Dapatkan lirik nasyid. Klik di sini. alJabal banner :: Pendakian Menuju Impian Nun di sana... a
l
J
a
b
a
l
Dapatkan disini...
Ku coretkan sebuah kisah kehidupan...


-Nasyidblog-

Sesekali ku terkenang...

"Jika bulan itu umpama Rasulullah, aku ingin menjadi pendampingnya yang paling akrab. Jika bulan itu agama kita, aku mahu menjadi pendampingnya yang paling akrab."

 

 

 

 


 

 


coretan terdahulu

August 2003 / September 2003 / October 2003 / November 2003 / December 2003 / March 2005 / April 2005 / May 2005 / June 2005 / July 2005 / August 2005 / November 2005 /


***********************

**Banjaran Kehidupan**


**************************
 

-hiwaar-


***************************

Sebarang komen atau anda ingin berhubung dengan penulis, sila hantar email anda ke sini.

***************************

 

Disklaimer: Cerita ini ada kena-mengena dengan yang hidup, masih meneruskan hidupnya, dan yang hidup tak ingat mati.  Sebarang coretan yang dititipkan tiada bertujuan menyentuh sensitiviti sesiapa sahaja yang sensitif. Jikalau sebarang entri di sini terkena sesiapa, harap dimaafkan. Bukankah seorang mukmin itu saling nasihat-menasihati.
Wallahu'alam.


Paparan terbaik 1024 x 768

hak cipta tak terpelihara jabal_nurr
pergunakanlah isi kandungan sebaiknya

version xxx

 

This page is powered by Blogger. Isn't yours?
Powered by Ukhuwwah!


Weblog Commenting by HaloScan.com
 

*************************************************
Sunday, November 13


alJabal kembali mengukir kehidupan(?).
 
*************************************************
Thursday, August 11

Islam adalah Penyelesaian
Percayalah, islamlah penyelesaiannya...
 
*************************************************
Thursday, July 21

Kita bagaimana?
"Saya dapati salah seorang ahli ikhwan, al-Ati Ali Abul 'Ala selalu dtg lewat setengah jam ke perjumpaan kami di waktu malam. Dia memberi alasan-alasan yg tidak berasas. Setelah menyiasat, saya mendapat tahu sebab sebenarnya. Dia memberitahu saya bahawa dia telah berjanji hendak memberi 150 Qursh kepada tabung kewangan Ikhwan. Dia tidak berwang. Oleh itu dia menjual basikalnya utk mendapatkan wang itu. Kini dia terpaksa datang dari pejabatnya dengan menaiki bas nombor 6 yg meninggalkannya 6 kilometer dari bandar. Dia terpaksa berjalan kaki dari situ. Dia telah memberi wangnya itu kepada tabung Darul Ikhwan. Kesemua ahli-ahli Ikhwan yg lain tertarik dengan pengorbanan Asti Ali Abul 'Ala. Berikutan itu, mereka mengambil keputusan mengumpul wang utk membeli basikal baru utknya. Basikal itu dihadiahkan kepadanya sebagai menghargai pengorbanannya."

Kita bagaimana, sanggupkah anda menjual basikal anda?

-Detik-detik hidupku (Muzakkiratud Daie wad Da'iyah)
ISHAB
 
*************************************************
Monday, June 20

Astana Fantasia 3 (AF3)
Syarat tahun ini seperti dua siri yang sudah, walang atau gemilang ditentukan oleh jumlah undian menerusi Sistem Mesej Sia-sia (SMS). Tahun ini entah siapa pula yang akan dinobatkan sebagai sang dewata yang akan memiliki astana fantasia seterusnya mengepalai Kampong Gumbira. Hangat, memang hangat. Menambahkan lagi kehangatan, puluhan tukang kutuk baik profesional atau tidak telah diupah khas untuk mengutuk persembahan muda mudi yang bersaing dalam rancangan realiti kehidupan itu. Seperti tahun-tahun yang sudah, rancangan itu akan dipertontonkan menerusi kaca televisyen sebanyak seratus siaran seminggu, biar seluruh penduduk Kampong Gumbira, baik tua atau muda, sihat atau sakit, lapang atau sibuk, papa atau kaya, hidup atau mati, semuanya punya kesempatan buat menonton acara pemilihan sang dewata itu.

Astana Fantasia agam berdiri dipagari rumah-rumah kotak penduduk Kampong Gumbira. Di situ, muda mudi yang berangan untuk menjadi sang dewata akan diasuh bersiul. Ya, bersiul! Itulah syarat utama untuk menjadi sang dewata. Anak-anak Kampong Gumbira yang terpilih akan dididik dengan teknik bersiul yang betul. Panjang lancipan bibir, kelangsingan siulan, mimik muka, teknik talaan pinggul, teknik pusing-pusing dan pelbagai lagi. Kamera yang menjejali tiap ruang Astana Fantasia siap untuk merakamkan kehidupan muda mudi yang bolak-balik di dalamnya buat tatapan seluruh penduduk Kampong Gumbira hinggakan ramai muda mudi menjadi bodoh kerana menonton rancangan itu. Hingga ada yang mahu menjajarkan seluruh kehidupannya supaya sama dengan kehidupan seorang calon sang dewata. Sampai masa yang pergi tak kembali digunakan khusus mengorek perkara-perkara remeh. Apa warna kegemaran? Makanan kegemaran? Ciri-ciri wanita idaman? Nama kucing kesayangan? Dah berpunya atau belum? Pengalaman pahit? Pengalaman melihat toyol? Air tin kegemaran? Jenama roti kegemaran? Ingin tahu semuanya, ingin buat semuanya. Sampai ada yang dimasukkan ke hospital kerana alergi makan udang akibat mahu seratus peratus dan tanpa was-was sama seperti idolanya.

Abang Ortodoks atau nama sebenarnya Sunnah bin Quran sudah mati kutu untuk menyedarkan seluruh penghuni Kampong Gumbira bahawa kelewahan dalam perkara-perkara remeh itu sengaja diwujudkan supaya mereka lalai dan lupa tentang tujuan dan tanggungjawab mereka di dunia ini. Hingga dia beroleh gelaran ortodoks kerana kesungguhan memperjuangkan fikrahnya. Dia mahu penduduk-penduduk Kampong Gumbira tahu, ini adalah sebahagian daripada rancangan jembalang-jembalang yang memusuhi mereka. Jembalang-jembalang itu diketuai oleh seekor jembalang pendek gendut yang mempunyai tatu bintang bersegi enam di dahi. Jembalang-jembalang itu sengaja menyesakkan fikiran penduduk Kampong Gumbira dengan lagu-lagu, wayang gambar, pergaulan bebas, rokok, sukan, keseronokan, makanan, fesyen dan kepercayaan cacamarba. Secara halus, jembalang-jembalang itu menyerang cara fikir dan secara berperingkat akan menakluki Kampong Gumbira beserta kampong-kampong yang berada disekitarnya dengan menggunakan modus operandi yang sama. Abang Ortodoks bimbang, jika nanti penduduk kampung mampu menjujurkan bergelen air mata apabila seorang peserta rancangan Astana Fantasia tersingkir tapi tidak ketika saudara-saudara seagama mati dihenyak jembalang-jembalang pongoh. Abang Ortodoks risau, jika nanti anak-anak muda senang dihunjam ke dalam kuburan besar kerana tidak berdaya di medan perang akibat keputusan bekalan rokok. Abang Ortodoks gundah, jika nanti muda mudi lebih kenal Beckham si penzina daripada pejuang-pejuang yang hidup matinya adalah semata kerana Tuhan. Abang Ortodoks gelisah, jika nanti penduduk kampong akan lebih sibuk membelek katalog fesyen daripada membelek manual penentangan jembalang yang tertulis dalam buku Tuhan dan himpunan kata-kata pesuruhNya. Risau, risau dan risau. Kerana risau, dia terus menyeru penduduk kampong supaya sedar akan perangkap halus yang telah dipasang oleh para jembalang.

Kerisauan Abang Ortodoks berasas. Malam minggu itu, ketika penduduk Kampong Gumbira ternganga di hadapan peti televisyen menyaksikan rancangan Astana Fantasia, soldadu jembalang sudah berada di perbatasan Kampong Singa Pura-pura yang hanya dipisahkan dengan Kampong Gumbira oleh Selat Sebarau. Ketumbukan jembalang itu diketuai oleh jembalang gendut pendek yang menunggang helang raksasa. Abang Ortodoks lari tak cukup tanah, menjuju dia ke arah pentas yang sesak dengan sepuluh peserta yang sedang bersiul sambil menghayun pinggul kanan kiri.
Gumam. Peserta Astana Fantasia berhenti bersiul. Tukang kutuk profesional yang duduk hampir dengan pentas senyap. Penonton yang kebanyakannya bertudung juga terdiam. Sunyi.

“Saya, Sunnah bin Quran membawa pengkhabaran yang mesti kita bimbangkan!” Abang Ortodoks jerit sepenuh hati.
“Kamu semua mesti percaya kepada saya, dan selagi mana kamu berpegang dengan kata-kata saya, kamu tidak akan sesat buat selama-lamanya!” Abang Ortodoks jerit lagi.
“Jembalang-jembalang itu tidak akan redha dengan kamu hinggalah kamu akur dengan cara hidup mereka!” Abang Ortodoks menambah, isi auditorium masih senyap.
“Sekarang mereka sedang menyerang kita, berjuanglah dengan penuh keimanan hingga nanti batu-batu dan pokok-pokok akan memberitahu kamu di mana jembalang-jembalang itu bersembunyi kecuali pohon Gharqad kerana pohon itu milik jembalang-jembalang berkenaan!” Abang Ortodoks menujah-nujah tangan ke angkasa, semangat.
“Tipu!” Jerit salah seorang penonton. Abang Ortodoks kenal benar akan pemilik suara itu, Haji Malboro, jiran sebelah rumahnya yang naik haji tahun lepas.
“Ortodoks!” Itu pula suara Hajah Habib Permata, bini kepada Haji Malboro.

O-R-T-O-D-O-K-S! J-U-M-U-D! K-O-L-O-T!

Muda mudi, tuan-tuan haji dan puan-puan hajah, pakcik-pakcik dan makcik-makcik, adik-adik, kakak-kakak dan abang-abang yang memenuhi auditorium Astana Fantasia sahut-sahutan seperti ungka. Bingit auditorium dengan tiga patah kata itu, khas buat Abang Ortodoks.

“Pergi kau Ortodoks, daripada kau berbuat kacau di sini, lebih baik kau pulang ke rumah dan makan biskut mayat!” Jerkah salah seorang tukang kutuk profesional. Sekonyong-konyong Sunnah bin Quran atau yang digelar oleh penduduk Kampong Gumbira sebagai Abang Ortodoks itu dihalau keluar dari auditorium.

Abang Ortodoks tidak patah semangat, walaupun dia berseorangan dia akan tetap berhadapan dengan jembalang gendut pendek. Malam itu, seorang pun tidak bersama Abang Ortodoks ke perbatasan. Pemuda yang diajak akan pergi hanya jika diberi rokok percuma, awek cun atau tiket ke Madrid. Pemudi yang diajak hanya akan pergi jika diberi baucar membeli-belah percuma di gedung Akusetan, album-album percuma atau tiket wayang percuma di Panggung Tengok Gila Virus (TGV). Malam itu, Abang Ortodoks sendirian menentang jembalang gendut pendek dan ketumbukan tenteranya. Dia berjuang mati-matian dan penuh dengan kesabaran. Keazaman dan kesabaran Abang Ortodoks itu sampai mengundang bimbang di hati jembalang gendut pendek, bimbang kalau-kalau ada orang yang telah terpengaruh dengan seruan Abang Ortodoks. Orang seperti Abang Ortodoks, kalau seratus akan mampu menewaskan dua ratus, kalau seribu akan mampu menewaskan dua ribu. Malam dan dingin menjadi saksi kematian Abang Ortodoks yang penuh dengan kemuliaan. Jasad Abang Ortodoks telah dipijak oleh helang raksasa dan sebelum jasad itu luluh menjadi cebisan daging, Abang Ortodoks sempat bersumpah bahawa nanti akan ada satu golongan yang berpaut teguh dengan kata-katanya. Jembalang gendut pendek senyum sinis. Dia terus mara bersama helang raksasa dan jembalang-jembalang pongoh. Mara terus tanpa sebarang penentangan.

Di petik dr weblog mantap: H.I.
 
*************************************************
Thursday, June 9

IZZATUL ISLAM || Kami Harus Kembali
Berkobar tinggi panaskan bumi
Membakar ladang dan rumah kami
Darah syuhada mengalir suburkan negeri
Tiada kata lagi ... kami harus kembali

Siapa dituduh siapa menuduh
Mulut lancang asal bicara
Kami mujahid bukan perusuh
Berjuang pertahankan agama
Tanah lahir kami ... akan tetap dibela

Walau tertatih kami berjalan
Susuri bukit lembah dan hutan
ukan karna takut kami berlari
dengan asma Allah ... kami akan kembali

berbekal iman yang paling utama
mujahid maju songsong senjata
pasukan Allah akan membela
mereka atau kami binasa
bergelar syuhada ... hidup dijalan mulia

*****
Sila download di sini.
 
*************************************************
Wednesday, June 1

Engkau Masih Engkau

I

Engkau masih engkau.
S-E-S-A-T.

Gagal! Mana satu kaca, mana permata? Ya, kau gagal bezakan antara dua lalu kau hambur kata: "Bodoh! Engkau pelajar yang tidak kenal matlamat.” Fikir cacamarba, semberono menuduh. Fikir semberono, cacamarba menuduh. Aku sudah jelak dengan kutukan sebegitu. Memang sunnatullah, yang cintakan kebenaran akan dibenci, dihina dan dinista. Ini sunnatullah, cuba kau lihat ayat 13 Surah Al Baqarah. Engkau sama dengan mereka yang menista di dalam ayat itu. Aku tahu kau tak ambil pusing. Engkau peduli apa. Kata kau, Quran guna untuk menghambat mambang, tidak lebih dari itu. Bukan dustur hidup seperti yang ku laungkan. Engkau adalah engkau. Engkau adalah pemikir yang semberono, hidup cacamarba tanpa kenal perbatasan haram dan halal, engkau semua betul, engkau adalah engkau, jauhari yang tidak mengenal manikam. Apa kesudahan engkau? Aku faham benar, tapi tidak dengan engkau. Bukalah lembar kitab yang kau dakwa untuk menghambat mambang, lihatlah ayat 16 surah yang sama, begitulah nanti kesudahan engkau. Sesat.

Berlarilah kau dari timur ke barat, berjejallah dari utara ke selatan. Kutip sampah-sampah dunia, penuhkan raga nafsumu, warawiri dari loha sampai hari menerjah sore, mencari zulmat buat menghitamkan hati, engkau takkan puas, dunia yang kau cari umpama mengejar bayang-bayang, ibarat melunas dahaga dengan air laut. Teguklah, guri demi guri. Tak cukup besar? Tempayan demi tempayan. Teguk demi teguk, sampai kendi perutmu memboyot dan meletup, kau akan tetap dahaga. Kejarlah bayang-bayang, randuklah lautan lepas mengelilingi tujuh benua, supaya nanti kau boleh mendabik dada, “lihat apa digengamanku, bayang-bayang!”. Tidak mungkin sahabatku, dahaga tidak terlunas dengan air laut dan bayang-bayang tak mungkin kau genggam dengan tanganmu. Begitu juga dunia yang saban hari kau kejar, takkan habis, takkan sudah, takkan mampu memenuhi serakahmu.

Semalam masih bertenggek pada pangkin rasa. Masih mengalunkan bait-bait puisi yang membesit emosiku. Menolak kasihku terhadapmu terjelepok pada sudut sabar. Mahu saja aku menghancurkan bata-bata sabar itu menjadi puing-puing, dan membuang jauh kasih yang sekian lama berumah di hatiku. Biar atma ini pepak dengan meluat. Meluat melihat engkau, cantik muka buruk jiwa. Katamu, aku membuang masa mengajak kau melaksanakan amal-amal yang diredhai Allah. Kata kau lagi, nyahlah dari rutin hidupmu. Aku sebetulnya terkilan. Benar-benar terkilan. Kau salahkan pergi ke surau lima kali sehari sebagai punca kau gagal mendapat markah yang kau impikan dalam ujian pertengahan tahun. Kau salahkan aku, tidak menggunakan medium bahasa Inggeris sebagai kegagalan kau bertutur dalam bahasa itu dengan baik. Sedangkan, dengan mata kepalaku sendiri, aku lihat kau mencurahkan masamu sia-sia dengan memuat turun 1001 anime. Kau melopong pada ada malam sampai rengkung dinihari, melayani watak-watak anime kegemaranmu. Puluhan kali aku bertanyakan soalan dalam bahasa Inggeris, dan kau yang gagal bertutur dengan baik menjawab soalanku dalam bahasa Melayu. Sebetulnya, kau tertipu sahabat. Dan aku, takkan merobohkan dinding sabarku, malah akan merawat kasihku terhadapmu. Kalaupun kau tak mengerti, aku benar-benar mengerti yang aku kasihkanmu.

II

Engkau masih engkau.
S-E-S-A-T.

Sebetulnya sahabat, matlamat kita adalah untuk mencari redha Allah. Kita bukan dijadikan sia-sia. Bukan dihidupkan untuk mati. Bukan untuk menjadi hamba kepada apa-apa, kepada buku, kepada nafsu, kita adalah hamba Dia. Hanya Dia. Kita akan dipanggil pulang. Kita berhutang dengan Dia. Udara yang tiap detik kau mampatkan pada buntil-buntil alveolus, milik Dia. Neurotransmitter yang kau paksa merentasi ruang dua sinaps bagi membolehkan kau menggunakan sistem sarafmu, milik Dia. Haemoglobin yang berlari tanpa penat dalam pembuluh darahmu, milik Dia. Lymphocytes, suku sakat leukocytes yang bersarang dalam salur limfamu, menyerang bakteria dan virus penceroboh, milik Dia. Kon dan rod pada keluk retina matamu yang membolehkan kau mengenal warna-warna dan hitam putih alam, juga milik Dia. Vilus yang berjejal dalam usus kecilmu, menjulur menanti bola-bola makanan halal-haram yang kau sumbat ke dalam mulutmu, juga milik Dia. Otot jantungmu tanpa andar mengepam darah, juga milik Dia. Sebutlah dari hujung kaki sampai puncak kepala, luar dalam dirimu, segalanya milik Dia. Kau tak punya saham dalam penciptaan diri kau sendiri. Masih lagi bongkak dengan Dia? Masih mahu menjauhkan diri dengan Dia? Kau betul-betul manusia yang tidak tahu berterima kasih. Tidak tahu bersyukur.

Tetapi sahabat, aku akan tetap aku. Aku akan mengasihimu di sebalik gerigi bencimu. Kutuklah aku, seguni, dua guni, semahumu, aku akan terus menasihatimu. Aku akan terus mengajakmu mencintai Dia. Supaya kau bisa mengerti, cinta yang suci adalah cinta kepada Pencipta. Ini adalah manifestasi cintaku terhadapmu, juga cintaku pada Pencipta kita . Aku cuma mahu melihat kau riang gembira berlari bebas dalam taman syurga. Kala itu, aku akan menghampirimu, mendakapmu, berbisik lirih, inilah alasan mengapa aku adalah aku ketika kita di dunia dahulu. Dan kita, sama-sama menitiskan air mata, terharu. Engkaulah sahabatku.

Aku tetap aku.
S-A-B-A-R
Engkau masih engkau?
K-E-M-B-A-L-I-L-A-H


Hasil nukilan penulis muda; H.I.
 
*************************************************
Sunday, May 22

Labbaika ya Falastin...


 
*************************************************
Thursday, May 19

SUARA FIRDAUS || Orang Muda
Tuhan ampunilah hambaMu yang lemah
Kami orang muda banyak pancaroba
Kami sering lupa, malas beribadah
Tak menghormati ibu bapa

Gambaran orang mukmin sebenar
Sentiasa menjaga sembahyangnya
Bertanggungjawab terhadap agama, diri dan juga keluarga
Kanak2 mereka kasihi
Orang tua dihormati

Orang muda kuat tubuhnya
Tajam pemikirannya
Saat paling sesuai beribadah
Usah ditunggu lagi

Orang muda ada disebut mendapat lindungan hari kemudian
Jika mereka melaksanakan
Dua perkara menjadi rebutan

Satunya, berkasihan keranaNya
Berjumpa berpisah kerna ibadah
Duanya, menyatakan tidak kepada
gadis yang mengajak sumbang
Kita manusia beruntung

Wahai orang muda kita sering lupa
Masa berlalu sekali Cuma

Jangan budayakan tabiat melepak
kelak kita yang rugi

Membuang masa tiada untungnya
Mari hindari bersama
Kita hindari bersama
Kita hindari bersama
Kita hindari bersama...

*****

**Orang-orang muda sila download nasyid di sini.(Right klik dan save as)
 
*************************************************
Monday, May 16

Dan syaitan pun merasa takut...
Ada seorang manusia yang bertemu dengan syaitan di waktu subuh. Entah bagaimana awalnya, akhirnya mereka berdua sepakat mengikat tali persahabatan. Ketika waktu subuh berakhir dan orang itu tidak mengerjakan shalat, maka si syaitan pun sambil tersenyum bergumam, "Orang ini memang layak menjadi sahabatku..!"

Begitu juga ketika waktu dzuhur orang ini tidak mengerjakan shalat, si syaitan tersenyum lebar sambil berkata di dalam hati, “Rupanya inilah bakal teman sejatiku di akhirat nanti..!"

Ketika waktu asar hampir habis tetapi temannya itu dilihatnya masih juga asyik dengan kegiatannya, si syaitan mulai terdiam...... Kemudian ketika datang waktunya magrib, temannya itu ternyata tidak shalat juga, maka syaitan nampak mulai gelisah, senyumnya sudah berubah menjadi kecut. Dari wajahnya nampak bahwa ia seolah-olah sedang mengingat-ingat sesuatu.

Dan akhirnya ketika dilihatnya sahabatnya itu tidak juga mengerjakan shalat Isya, maka syaitan itu menjadi sangat panik. Ia rupanya tidak boleh menahan diri lagi, dihampirinya sahabatnya yang manusia itu sambil berkata dengan penuh ketakutan, "Wahai sahabat, aku terpaksa memutuskan persahabatan kita!" Dengan kehairanan manusia ini bertanya, "Kenapa engkau ingkar janji bukankah baru tadi pagi kita berjanji akan menjadi sahabat?".

"Aku takut!", jawab syaitan dengan suara gemetar. "Nenek moyangku saja yang dulu hanya sekali membangkang pada perintah-Nya, iaitu ketika menolak disuruh sujud pada Adam, telah dilaknatNya; apalagi engkau yang hari ini saja kusaksikan telah lima kali membangkang untuk bersujud padaNya. Tidak terbayangkan olehku bagaimana besarnya murka Allah kepadamu!", kata syaitan sambil berlalu pergi.
 
*************************************************
Tuesday, April 19


Last weekend pergi Miri. Best betul. Lama tak tengok bandar besar.
 
*************************************************
Saturday, April 16

Sajak: "Janji Kita"
Janji Kami
(bersempena 12 Rabiu’lawal 1426 Hijrah)

Rasulullah,
Kami telusuri tinta panjang sirahmu,
12 Rabiu’lawal yang barakah,
Liku juang penuh duga mehnah,
Buat mengutip semangat segar,
Menggalas syiar menggapai redha.

Ya Allah,
Kami mengadu fakirnya diri,
Kami rindu Muhammad Abdullah,
Tegarnya cinta terhadap kami,
Dijengah ajal setia dengan ‘ummati’,
Sedang kami culas berjuang.

Rasulullah,
Kami kerdil di sisi peribadimu,
Agung kasihmu terhadap kami,
Kepalang sakit tidak terperi,
Dijalari maut masih bertanya,
Ganjaran kami di hari kemudian.

Ya Allah,
Titipkan rindu kami padanya,
Janji kami terhadap junjungan,
Kekal tabah mengusung juang,
Quran dan sunnah sebagai bekal,
Walau kami dinista disisih.



Nukilan,
-H.I.-
 
*************************************************
Friday, April 15

Kebangkitan Pemuda Islam
Dalam satu hadith, Nabi (s.a.w.) kita pernah menyebutkan bahawa islam akan kembali dagang sebagaimana ia dahulunya dagang. Bermakna, akan wujudnya satu golongan minoriti di kalangan manusia yg akan cuba utk perjuangkan islam dan berusaha utk meletakkan islam kembali ke takhtanya...iaitu sebagai Ustaziatul 'Alam.

Dalam tulisan al-Qaradhawi (bukan al-Qardhawi yer...:) ) bertajuk "Kebangkitan Pemuda Islam" (2003), mengatakan bahawa fenomena pemuda-pemuda islam bangkit dan kembali kepada ajaran islam yg sebenar adalah suatu fenomena yg 'real'. Bukannya seperti air bergas yg digoncang dan mengeluar gas sekejap sahaja. Malah ia sedang mengumpul momentum utk melompat dgn lebih jauh.

Namun begitu, kebangkitan ini perlulah dibimbing oleh golongan-golongan qudama' iaitu syeikh-syeikh yg telah lama berkecimpung dlm dakwah. Semangat orang muda dan kebijaksanaan orang tua. Satu kombinasi yg cukup hebat sekiranya berjaya disatukan. Kebangkitan yg berjaya mestilah mematuhi qanun-qanun atau faktor-faktor yg perlu dituruti atau dilengkapi. Dalam pada menuju kebangkitan ini -atau dengan perkataan yg lebih enak didengar- nahdhah, Syeikh al-Qaradhawi menggariskan beberapa faktor yg diingkari oleh golongan muda dalam usaha mereka. Di sini akan dihuraikan secara ringkas:

1) Kedangkalan dalam memahami islam dan syariatnya.
- Majoriti pemuda yg bergabung dalam kelompok ini mempelajari islam secara pemahaman sendiri. Mereka berguru kepada buku-buku tanpa pembimbing yg dapat mengarahkannya, menafsirkan masalah-masalah dan istilah-istilah kunci yg samar-samar, mengembalikan masalah-masalah cabang kepada akarnya, dan mengikat bahagian-bahagian induknya.
Padahal dalam mempelajari islam tidak dapat dilpenuliskan dgn jalan pintas, sebab tidak akan terlepas dari hal-hal yg rumit dan berisiko. Hal-hal ini tidak dapat diselesaikan kecuali melalui berbagai latihan dan ketekunan. Menjadi fitnah bg seorang pemuda yg merasakan buku-buku yg dibacanya sudah cukup baginya utk memahami islam, lebih lanjut lg memahami cara dakwah islam itu sendiri.

2) Tidak mengpenulisi kebenaran pendapat orang lain
- Kelemahan lain yg ada pada mereka(pemuda) adalah keterppenulisan(statik) pada satu sudut pandang masalah dan tidak mengpenulisi kebenaran pendapat orang lain dalam masalah ijtihadi yg bersifat zhanni (mempunyai lebih drp satu penafsiran). Sehingga dari masalah-masalah tertentu akan muncul pelbagai pemahaman, ijtihad dan penafsiran. Namun begitu, aliran-aliran ini hidup saling berdampingan, bertoleransi dan bekerjasama. Hal ini tercipta kerana adanya pengertian dari para pengikutnya bahawa setiap mujtahid mempunyai sudut pandangan yg tersendiri. Setiap mujtahid memperoleh dua pahala jika ijtihadnya benar dan satu pahala jika salah. Bila terjadi perbezaan pendapat di antara mereka terhadap sesuatu masalah, maka hal itu diungkapkan dalam bentuk dialog membangun, tidak sampai keluar dari etika ilmiah dlm bentk mencela dan melukai perasaan ahli dialog.

3) Sibuk mempersoalkan masalah-masalah sampingan dan mengabaikan yg pokok.
- Para pemuda aktivis terlampau menyibukkan diri pada masalah-masalah yg tidak jelas prinsipnya dan tidak memberikan perhatian yg memadai dalam masalah-masalah besar yg berhubungan keadaan dan masa depan umat. Mereka mempersoalkan kembali masalah-masalah usang yg telah lama diperdebatkan. Misalnya: memelihara janggut, memanjangkan pakaian hingga menutup mata kaki; berbanding masalah umat yg jauh lebih besar -isu palestin, isu umat islam yg semakin jauh dr islam etc.

4) Berdialog (berdebat) dengan pendekatan yg kasar
- Kelemahan lain pada kelompok pemuda ini adalah cara mereka berdialog dgn orang lain atau kelompok lain yg berbeza pendapat, iaitu dgn cara yg kasar dan keras. Mereka menghadapi orang lain secara emosional dan tegang dan menolak cara dialog yg lebih baik terhadap orang yg menentang pendapatnya. Mereka tidak membezakan kawan bicara dari kalangan muda atau orang tua, tidak melihat apakah yg diajak berkomunikasi itu orang yg mempunyai kedudukan khusus seperti ayah-bonda atau orang lain, tidak membezakan antara orang yg banyak makan asam garam dunia dakwah dan jihad dgn mereka yg belum berpengalaman, dan tidak melihat tingkat pemahaman keislaman orang yg berdialog dgn mereka.
Cara keras dan kasar ini merupakan suatu pendirian dari sikap tidak mahu mengpenulisi pendapat orang lain, mempersempitkan dan su'uz-zhan (bersangka buruk). Padahal tujuan asal yg harus diingat adalah menciptakan keadaan keislaman yg damai dan baik. Kelemahan ini juga merupakan akibat dari keadaan psikologi, sosial, politik dan budaya menuntut respon berupa kebangkitan islam.

5) Cenderung memberatkan diri dan mempersukarkan persoalan.
- Ciri lainnya adalah cenderung memperberatkan persoalan dan mempersulitkan persoalan, bersifat kukuh dalam pendirian dan sikap keagamaan, berwawasan agama yg sempit, tidak menyukai keringanan (rukhsah), menolak fatwa-fatwa ulama' fiqh yg memberikan keleluasan mempraktikkan hukum, bahkan dalam batasan-batasan tertentu bersikap ekstrim dalam pemikiran dan perilpenulisnya. Mereka lupa bahawa dasar penerapan hukum islam adalah prinsip memudahkan dan menyenangkan.

Wallahu'alam.

Sumber: "Kebangkitan Pemuda Islam: Suatu kemajuan yg harus dibimbing bukan ditentang" -Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi.
**utk download, right click dan save as di sini (p/s: download ni hanya utk sbhgn buku sahaja, insyaAllah akan diupdatekan)
 
*************************************************
Sunday, April 10

Ciri-ciri Generasi Mujahid
Qiam di tengah malam
Generasi yang bangun dan tahajjud di tengah malam. Madrasah Al-Lail telah mengeluarkan graduan-graduan yang mempertahankan agama Islam dan umat Muslimin serta menghapuskan penyembahan sesama manusia kepada menyembah Allah yang Esa.

Kejelasan Fikrah Islam.
Kefahaman yang mendalam serta kesyumulannya berlandaskan Al-Quran dan Sunnah.

Darjat keikhlasan tajarrud yang tinggi.
Memperjuangkan Islam kerana Allah semata bukan untuk mengejar Material atau manfaat duniawi.

Bersegera dalam kebaikan.
Setiap yang kita laksanakan akan mendapat balasan dari Allah swt dan segalanya untuk diri kita sendiri sebagai bekalan untuk kita berjumpa dengan Allah nanti. Setiap kebaikan yang kita salurkan di jalan Allah akan di beri ganjaran sebanyak orang yang mengikut amal tersebut, begitu juga sebaliknya.

Merendah diri sesama mu’min.
Firman Allah:
“Dan orang-orang yang bersama dengan dia (Muhammad) adalah keras terhadap orang kafir tetapi berkasih sayang sesama mereka (mukmin).”

Merasai penderitaan yang ditanggung oleh saudaranya.
Mengangkat wajahnya dengan rasa IZZAH apabila berhadapan dengan musuh tanpa mengenal takut dan gentar. Sumber Izzah adalah hasil hubungan yang berterusan dengan Allah swt.

Tidak panjang angan-angan
Setiap detik hidupnya sentiasa mengingati saat-saat kematian. Hidup di dunia tidak lebih hanya sebagai pengembara (orang asing) yang sentiasa beringat-ingat untuk pulang ke negeri asalnya (akhirat).
Ibnu Umar berkata bagi pihak dirinya : Apabila kamu berada di waktu petang jangan kamu menunggu waktu subuh. Begitu juga apabila kamu berada di waktu pagi, jangan menanti-nanti waktu petang. Pergunakan masa sihat kamu sebelum masa sakit dan masa hidup sebelum mati.
Umar Al-Khattab berkata: Di setiap hari orang memperkatakan kematian si ‘Fulan’ dan si ‘Fulan’. Nescaya suatu hari nanti mereka akan menyebut : Umar telah meninggal.”

Kaya Jiwa dan Perasaan.
Bukanlah kekayaan sebenar mereka-mereka yang telah berjaya mengumpul harta yang banyak sebaliknya kekayaan sebenar adalah kaya hati dan perasaan. Mampu mengawal perasaan dalam apa keadaan sekalipun, serta tidak mudah melatah.

Menjalinkan persaudaraan kerana Allah.
Mengasihi seseorang kerana sifat-sifat yang ada padanya adalah yang dikasihi oleh Allah bukanlah ukhuwwah kerana mengejar manfaat duniawi. Ukhuwwah yang dapat merealisasikan daripada serendah-rendah martabat ukhuwwahiaitu berlapang dada sehinggalah ke martabat ‘ithar’.
Suatu kisah Ikrimah dan dua orang sahabatnya semasa peperangan Yarmuk, masing-masing dahagakan seteguk air. Apabila tiba giliran untuk meminum air tersebut belum sempat minum mereka serahkan kepada saudaranya kerana sayangnya kepada saudaranya sehinggalah mereka syahid tanpa meneguk minuman tersebut.
Begitulah tingginya martabat ukhuwwah para sahabat, begitu juga dengan diri kita yang mengikut jejak langkah Rasulullah dan para sahabat untuk mencernakan ukhuwwah yang sebenar.

Kesabaran.
Seorang hamba Allah yang bersabar dalam apa jua keadaan adalah suatu kemenangan dan kebahagiaan baginya.
Sabda Rasulullah saw : “Amat menakjubkan sekali urusan hidup seorang mukmin, setiap urusannya adalah baik belaka. Dan ini hanya ada pada orang yang beriman iaitu sekiranya dikurniakan kenikmatan dia bersyukur adalah mendatangkan kebaikan kepada dirinya. Sekiranya di timpa kesusahan dia sabar juga adalah suautu kebaikan untuk dirinya.”
 
*************************************************
Saturday, April 9

Mahabbatullah
"Kecintaan pada Allah itu terwujud pada seorang hamba meninggalkan hawa nafsu, ia berhubungan dgn zikir pada Tuhannya, ia memandang Allah dgn hatinya. Apabila ia berbicara, maka ia berbicara dgn Allah. Apabila ia berbincang, ia berbincang tentang Allah. Apabila ia bergerak, maka ia bergerak kerana perintah Alla. Apabila ia diam, maka ia diam bersama Allah. Jadi, dia DENGAN ALLAH, UNTUK ALLAH dan BERSAMA ALLAH." -al-Junaid al-Baghdadi
 
*************************************************
Thursday, April 7

Mencela Diri
Islam itu syumul. Segala sudut penjuru hidup manusia telah Islam sediakan sebaik-baik cara utk melakukannya e.g. adab-adab, kaedah dan sebagainya. Seperti tajuk di atas, dlm mencela diri pun ada adab-adab yg telah Islam gariskan. Mencela diri, camne tu? Contohnya camni...

"...aku ni bukannya baik sgt..."
"...apalah sgt kelebihan aku ni, satu habuk pun tak reti. Habuk pun lg terer dr aku..."


...dan sebagainya.

Pada asalnya di dalam islam, seorang muslim itu tidak dibenarkan mencela diri sendiri. Di sini penulis ingin membawakan tiga sebab kenapa seseorang itu mencela diri:

1) Mengelakkan diri drp tanggungjawab yg diberikan.
- sebenarnya, orang memberikan tanggungjawab kpd kita kerana mereka tahu kemampuan kita. Malah mungkin lebih tahu drp kita sendiri. Manakan kita nampak batang hidung sendiri.

2) Memuji diri secara halus.
- insyaAllah yg ni boleh faham sendiri ;)

3) Ditipu syaitan
- syaitan menipu kita utk tolak tanggungjawab yg diberikan kpd kita mungkin boleh menyebabkan; satu, kita tak dapat pahala bila kita pikul tanggungjawab tu...dan dua, kalau tanggungjawab tu diberikan kpd orang lain ia tidak dapat dilaksanakan sebaik mana kita yg laksanakan tugas tu.

Kalau macam tu, memang tak boleh langsung cela diri la ye?
Pada asalnya begitulah. Tapi, hanya ada satu kondisi yg membolehkan kita mencela diri -iaitu ketika bersendirian dihadapan Rabbul 'Alamin menangisi dosa-dosa yg telah dilakukan.

****

Sikap mencela diri ni semahunya kita jauhi. Kerana ia akan membawa implikasi yg pelbagai. Di sini penulis ingin membawa satu contoh. Katakan kita diminta utk memberi tugasan yg perlu dilakukan, tetapi kita menolak, dan cuba berdalih sana-sini, dan mungkin kita (secara sedar atau tak) kita mencela diri; mengatakan kita tak layak dan sebagainya. Padahal orang yg memberi tugasan tu telah consider option2 lain (i.e. orang lain utk ambil tugas tadi -rujuk (1)).

Di sini akan berlaku pembaziran masa dan implikasi yg lebih besar lagi adalah ia akan menjejaskan tugasan tersebut. Kenapa? Kerana masa hanya akan dihabiskan utk memujuk kita melaksanakan tugas tersebut berbanding kita bebincang tentang BAGAIMANA sepatutnya kita menjalankannya. Persoalannya adalah "Bagaimana cara terbaik aku lakukan tugas ni?" dan bukannya "Kenapa aku?".

Wallahu'alam.
 
*************************************************
Thursday, March 31

Diablogs
Diablog 1:
Ustaz: Cuba bagikan contoh ghazwul fikr.
Talib 1: 5S -song, sex, sport, smoke dan skrin.
Talib 2: Emm...tivi.
Talib 3: (Dengan selamba) Inteam...
Ustaz: Ni fikrah tinggi nih... :)

Diablog 2:
Kawan 1: Apa la ko duk termenung-menung tu??
Kawan 2: Hmm...pikirkan masalah ummat...
Kawan 3: (Tanpa beri salam) Ala...apa pikir-pikir. Buat je kejer...
Kawan 2: adus...
 
*************************************************
Saturday, March 19

AMNM
Takrif
- Ma'ruf: Sesuatu yg menjadi kebiasaan manusia dan diterima oleh mereka.
- Munkar: Sesuatu yg tidak menjadi kebiasaan manusia dan tidak diterima oleh mereka.

Dalam takrifan ma'ruf dan munkar, kayu pengukur atau mizan yg kita ambil dlm menentukan sesuatu perkara itu menjadi 'kebiasaan' manusia adalah berdasarkan syara'.

Kepentingan:
- Ciri utama Islam
- Bukti wujudnya iman di dalam hati manusia [rujuk hadith ke-34 drp Hadith 40 an-Nawawi].
- Bukti ikatan seorang muslim dan agamanya [Syahadatul haq].

Tanggungjawap siapa?
- Setiap individu muslim.
- Didatangkan dalam bentuk taklif syarie 'am.
- Syarat kelayakan wilayah Allah dan Rasulnya.

Mulakan dgn apa?
- Digabungkan dgn kedua-duanya di dalam beberapa ayat dan diasingkan Nahi Munkar di dalam beberapa ayat dan hadith.
- Ini membuktikan bhw kedua-duanya kadang-kadang dituntut berasingan dalam suasana dan keadaan tertentu dan kadang-kadang dituntut agar dilakukan serentak.

Kaedah:
- Apb munkar tamkin (bertapak) di sesuatu tempat - amar maaruf akan menjadi agenda utama di dalam proses taghyir.
- Apb maaruf tamkin di sesuatu tempat - nahi munkar menjadi agenda utama di dalam proses taghyir.
- Amar maaruf memainkan peranan ta'sis dan bina' (proses pembinaan asas)
- Nahu munkar memainkan perana islah dan tarmim (proses pembaikpulih dan pembetulan)

Tabiat Amar Maaruf:
- Hikmah
- Kasih-sayang
- Mengembangkan potensi dan sifat positif
- Qudwah hasanah (lisan hal sebelum lisan maqal -perbuatan sebelum kata-kata)

Tabiat Nahi Munkar:
- Muqawwamah (menguatkan)
- Tahaddi (mengehad/membataskan drp membuat munkar)
- Penafian adat dan tasarrufat
- Menghalang kehendak-kehendak

Amar Maaruf dan Taghyir:
- Bermula dgn kata-kata lembut, mantiqi (logik) dan hujah yg kuat.
- Marhalah 1: Tindakbalas masyarakat (thdp amalan amar maaruf) -istihjan dan sukhriah (hina dan perlekeh)
- Marhalah 2: Tindakbalas masyarakat - tidak senang dan marah
- Marhalah 3: Tindakbalas masyarakat - penolakan
- Marhalah 4: Tindakbalas masyakarat - penerimaan secara tabie
- Marhalah 5: Kemenangan maaruf
- Berlaku secara marhali dan tadarruj (berperingkat)
- Di masa yg sama, munkar juga akan berjalan dan mengembangkan pengaruhnya

Nahi munkar dan taghyir:
- Perkara yg perlu diletakkan dalam pertimbangan:
* Munkar telah mendarah daging dalam jiwa masyarakat
* Ada badan yg mempertahankannya (munkar)
* Uruf (kebiasaan), adat, citarasa dan nilai telah rosak
* Imej ahli munkar sebagi wira projek islah dgn kekuatan system dan perundangan

- Menggunakan kekuatan adalah 'pembunuhan' kpd maaruf dan membuang tenaga.
- Tidak boleh gunakan kekuatan kecuali pada dua keadaan:
* Daulah Muslimah dan Amir Muslim
* Individu muslim di dalam masyarakat islam pada sesetengan keadaan.

Nahi munkar dgn lisan:
- Mulakan dgn lafaz yg baik - cukup utk membanteras munkar.
- Tidak menyebut nama dan badan
- Mengambil kesempatan dari neraca masyarakat yg betul terhadap munkar yg telah bertapak
- Statistik, data, laporan dan sebagainya
- Memastikan maklumat yg tepat sebelum melakukan nahi munkar

Nahi munkar dgn hati:
- Maknanya marah, benci dan memandang jelek (i.e. terhadap kemungkaran yg dilakukan, bukan terhadap pelakunya)
- Darjat terendah (dalam amar maaruf) dan merupakan sifat asasi muslim
- Mesti ada pada nahi munkar dan dgn lisan dan kekuatan

Munkar akbar:
- Tenaga mesti ditujukan utk membanteras munkar akbar iaitu kehilangan tahkim syariat Allah di atas muka bumi
- Munkar lain akan mudah dibanteras apb munkar akbar berjaya dilenyapkan.

Wallahu'alam
 
*************************************************
Thursday, March 17

Bismillah....
Segala puji bagi ALlah, Tuhan sekalian alam yg mengurniakan hidayah kpd sesiapa saja yg dikehendakinya...

Sudah sekian lama aku meminggirkan diri drp mencoret di warkah cyber ni. Bukan niat aku sebegitu, tp keadaan tidak mengizinkan. Kini, aku berasa terpanggil kembali utk berkongsi, kalau tak banyak, sedikit ilmu dan juga pengalaman yg, insyaAllah, kita dapat sama-sama ambil iktibar.

Memandangkan server SodeeQ.com masih lagi down, maka blog ni akan dihidupkan kembali (insyaALlah).

Semuga bermanfaat.

Wallahu'alam.
 
*************************************************
Sunday, December 7

Sodeeqii...
Alhamdulillah, alJabal di Blogspot kini telah berjaya menjadi mangsa rasmi blogger rasmi kumpulan weblog islamik Sodeeq.com. Dengan ini secara rasminya weblog ini ditutup dan dipindahkan ke alJabal fi Sodeeq.com.
 
*************************************************
Thursday, December 4

Semaikan Harapan
Aku letih, tapi aku suka dengan perasaan ni. Ini menandakan aku di sini tak 'duk saje'. Alhamdulillah. Semoga masa-masa yg aku ada sementara tak disibukkan dengan ilmu sihir dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Semalam ke rumah hukamak, balik tengah malam. Oleh kerana aku pergi dengan kereta aku, ditumpangkan oleh sahabat-sahabat lain, aku kena hantar diorang balik dulu. Ingatkan nak balik rumah jugak, tp aku terpaksa mengalah, badan aku keletihan. Aku menumpang tidur di rumah salah seorang sahabat. Kang kalau apa-apa terjadi semasa dalam perjalanan, aku sendiri jugak yg susah. Teringat aku kat seorang sahabat, katanya winter trip beliau masih lagi belum berakhir sejak kali pertama memulakan perjalanan beberapa bulan yg lalu. Katanya lagi, rasa letih semasa trip tu masih lagi terasa sehingga ke hari ini, dan beliau pun suka dengan perasaan tu. Sekarang aku dapat betul-betul merasai apa yg beliau rasa.

"Arraahatu lirrijaali ghaflah"

Sesuci Sebersih Hati
Masa balik kampung, cam biasalah, akan wujudnya kanak-kanak dumex yg meriuhkan suasana. Jadi budak-budak ni senang. Bak kata omputeh, "no care in the world". Tiada apa yg perlu dirisaukan, kalu nak aper-aper, mintak dengan mak ayah. Kalau tak dapat menangis, hempas kaki kat lantai :). Masa zaman jadi bebudak ni jugaklah hati kita suci drp dosa sebab kita masa tu belum lagi diberikan tanggungan terhadap dosa-dosa kita. Dan masa ini jugaklah proses tarbiyah yg dilakukan akan membentuk diri dan peribadi; semoga dibentuk menjadi seorang mukmin yg soleh.

Semasa kecik-kecik dulu aku selalu terfikir; alangkah baiknya aku jadi batu, alangkah bagusnya aku jadi kayu, burung; tak diberi tanggungjawab menanggung dosa yg dilakukan. Aku takut kalau-kalau dilemparkan ke dalam api neraka kerana dosa-dosa yg aku perbuat. Aku terfikirkan ni semasa aku kecik, semasa belum lagi betul-betul diberi hak memegang buku sendiri. Sekarang ni, dah pegang buku sendiri, masyaAllah...astaghfirullah.

"Allahumma ajirna minannaar"

Semasa kecil dulu, hati masih suci, bersih dari titik hitam dosa. Semasa hati masih suci nilah, aku diberi peluang untuk bermimpi berjumpa dengan junjungan mulia kita, Nabi Muhammad s.a.w. Dalam mimpi tu aku berjalan kaki balik dr tadika. Baru je keluar dari pintu pagar tadika, 3 lembaga manusia turun dr atas [langit(?)]. Aku tanya siapa mereka. "Aku Nabi Muhammad", kata yg berada di tengah. *Puff* Terus je aku sedar, abati kejutkan aku. Aku bagitahu abati pasal mimpi tu, abati senyum je. Tapi tu cerita semasa zaman muda-muda masih kecil, hati masih suci bersih. Sekarang ni hati penuh bintik-bintik hitam, hasil drp dosa-dosa yg dikutip sepanjang perjalanan. Kemungkinan aku nak bermimpi macam tu sekali lagi? Wallahu'alam. Aku teringatkan zikir yg selalu je dibacakan beramai-ramai masa di sekolah dulu;

"Wahai Tuhan, aku tak layak ke syurgaMu,
Namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu,
Ampunkan daku oh Tuhanku..."


Semakin kita meningkat dewasa, sedikit demi sedikit kita mula accumulate tanggungjawab dan amanah yg perlu kita pikul dan uruskan sepanjang kehidupan kita; dan tanggungjawab terbesar yang diletakkan di atas bahu kita adalah satu projek di mana semua orang terlibat [bukan projek grid ya, kamal_san!] ; the 600 Years Project. Setiap orang perlu buat kerja masing-masing berdasarkan kemampuan masing-masing. Kita tak akan ditanya tentang kejayaan kita, tapi kita akan ditanya tentang usaha kita. Kejayaan projek kita semuanya bergantung kepada Yang Maha Esa.

Semoga kita terus istiqamah menyiapkan assignment kita ini. Wallahu'alam.
 
*************************************************
Tuesday, December 2

Kembalinya berbuah tangan...
Assalamulaikum warahmatullahi wabarakaatuh,

Setelah lebih daripada seminggu merantau, alJabal kembali lagi mencoret kisah-kisah kehidupan. Keras la pulak rasanya tangan aku memetik papan kekunci ni setelah sekian lama [seminggu -lama tu!] berpisah dengan bini [baca: kompiter]. Terlalu banyak yg aku ingin tulis taip dalam lembaran ni, dan seharapnya dapatlah aku kongsikan semua [harap-harap tak terlupa!]. Setelah sekian lama offline, aku kembali menjenguk jurnal-jurnal sahabat. Rupanya, ramai juga yg tak banyak menulis menaip macam aku. Masing-masing sibuk dengan urusan sempena nak menyambut hari raya. Oklah, kali ni, entri ni aku masukkan berdasarkan hari-hari yg aku tinggalkan rumah aku [Maaf ya kalau panjang :)].

Hari Raya -2
Tengahari - bertolak pulang ke kelate. Sepatutnya bertolak selepas sahur, akhirnya terbabas ke tengahari [kereta rosak]. Setiap apa yg berlaku ada hikmahnya. Rupanya, kami terlepas trafik jam di hiway dekat Kuala Krai-Machang. Tafik jam di KL di alihkan ke Kelantan. Seluruh kelantan jam, kat KB tu bertambah lagi la. Alhamdulillah, tiba di kampung [perihal tokoh kampung aku masuk dalam Misteri Nusantara pukul 9 malam ni 1/12. Entah-entah gambar rumah aku pun masuk :)] pada pukul 11 malam. Terus aja..zzzzz [bukan akhi ZZZZZ ya!]

Hari Raya -1
Pagi - Kami sekeluarga rumah tok ayah dan mok aji [mok==nenek (panggilan orang k'te)] sebelah ayah. Mok kena strok beberapa ketika sebelum kami ke UK dulu; kakinya menjadi lemah, tak dapat berjalan dengan betul.
Malam - Aku ke rumah sepupu aku yg berada tak jauh dr umah nenek. Ha...sini la bermula 'odisi' aku ke alam keracunan kemakanan. Malam tu banyak makanan dihidangkan; kueh-mueh, buah nangka, cendol [suspek utama dlm kes aku] dan pelbagai lagi makanan. Tengok pengumuman raya,
"Haa...dok senyum tuh, [merujuk kepada penyimpan mohor besar reraja], yolo doh tu ghayo esok tuh."
"Ho..yo lo doh. Kato doh esok ghayo, dok cayo..hahaha"


Hari Raya 1
Bermulanya babak memulas dan memutar perut serta lawatan tak rasmi ke tempat-tempat pelaburan. Bermula dari subuh lagi. Tapi syukur, Allah masih bagi peluang untuk aku solat sunat hari raya aidilfitri beserta kesempatan mendengar khutbah raya, alhamdulillah. Lepas je khutbah, perut aku terus buat onar di pagi raya. Selepas acara kemuncak, aku muntah mengeluarkan segala isi perut yg ada [maaf kalau ada yg terasa], aku dihantar ke pusat kesihatan berdekatan. Yg besnya [*sinis], kena inject 2 das. Satu untuk melegakan perut memulas, satu lagi untuk masukkan air dalam darah yg tercemar. Sejam jugak la aku kena tunggu masukkan air sebotol(?). Baru aku dapat rasa, macam mana perasaan orang yg terdampa dihospital; tangan rasa tak selesa, ye la dah ada benda terlekat kat pergelangan tangan ko. Nak buang takleh [buang jarum la...], sabor aje la. Baliknya ke rumah, aku tersadar di atas katil. Keracunan makanan ni bukan je bawak sakit perut, tp bagi bonus lagi tu; demam. Rosak abis plan ari tu, famili aku pun takleh nak g beraya kat memane, ye la ngan aku tengah sakit ni.

Hari Raya 2
Masih lagi tersadar di atas katil. Tidur je manjang. Seluruh badan rasa lenguh. Memang Allah betul-betul uji aku. Raya kedua ni selalunya bapa saudara aku buat jamuan, ajak semua famili. Aku paksakan diri jugak untuk pergi. Aku tak sentuh langsung makanan, hilang abis selera aku. Tengok makanan macam takde apa-apa. Balik. Sambung tido lagi.

Hari Raya 3
Alhamdulillah, demam dah beransur surut tapi perut memulas lagi. Sepatutnya semalam aqad nikah sepupu aku, tp aku takleh nk pi [ye la demam...]. Hari ni buat kenduri, tp aku pegi jugak. Ye la, sekali je seumur hidup. Alhamdulillah, selera makan pun dah kembali walaupun sikit. Betapa nikmatnya 'nikmat berselera untuk makan' ni. Ye la, kalau kita takde selera, kita makan cam takde paper la. Bosan la kan. Senang je Dia nak tarik nikmat, dan senang jugak Dia nak bagi balik. Som, aku kena selalu bersyukur dengan nikmat yg diberi. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.

Hari Raya 4
Alhamdulillah, demam aku dah kebah. Alhamdulillah. Hari ni ada perjumpaan alumnni sekolah rendah(!) [Sek. Ren. Islam Aman]. Alumni ni merupakan alumni sekolah rendah pertama di m'sia. Hebat tu!...hehe. Tapi memang bes, dapat jumper rakan-rakan lama yg aku tak jumper sejak aku kuar sekolah tu masa darjah 3. Lama tu! Bi'ah pun bes. Ikhwah berjubah dan berkopiah; akhawat bertudung labuh. Fuuhhh, mantap! Ada lapan generasi [batch] kesemuanya; dari yg baru abis UPSR baru-baru ni, hinggalah batch kitorang, batch '96 i.e. batch pioneer. Buat jamuan hari raya berserta AGM untuk pilih bakal peneraju kelab.
Pastu, pi kenduri kawen kakak kepada sahabat aku yg juga belajar di aus, tp dia belajar di perth. Petang baru balik ke rumah tok aku [kami stay di umah mok kepada ummi]. Aku ingat nk pegi ziarah lg, tp takde kenaikan. Cari punya cari, jumper sebiji motor. Dapat gak ziarah, tp sorang je; rumah sahabat baik aku. Pergi pun dah nk maghrib, nasib baik bawak motor, kalau tak tersangkut dalam jam [roti pun tak bawak :P].
Malam - Hantar Kak Long balik ke Bumi Kenyalang, kelas dia dah bermula. Dia amik medic.

Hari Raya 5
Pagi - Balik ke rumah melalui hiway Grik. Tp kali ni tak bernasib baik, 2 jam tersangkut dalam jem jam di Machang. Kena pergi Perak dulu nk hantar akak. Akak kedua ni pun amik medic gak, aku je tersesat amik engine. Takpe, aku tak minat nak jadi doktor. Kureng sikit kalau main-main ngan jarum nih :P.
Malam- Sampai ke rumah akak. Terus zzzz [pun bukan akhi ZZZZZ gak].

Hari Raya 6
[Baper banyak hari raya da... EH, orang kelantan beraya sebulan ;>]
Pagi - Bertolak balik ke rumah. Singgah sebentar di rumah kawan abati.
Tengahari - Tiba di rumah. Tak berenti rehat lagi! Terus je berkemas untuk pindah dulu sikit barang ke rumah baru. Sebelum tu aku pergi gunting rambut dulu. Rambut aku panjang, sehinggakan masa kat jamuan alumni ari tu pun kena komen ngan dif kehormat dalam ucapannya; "...alhamdulillah ramai yg datang dengan pelbagai ragam, berkopiah, berjubah, berambut panjang pun ada; maklum la baru balik dari oversea, gunting mahal...", sumer tengok kat aku. Padan muka aku, hehe.
Pi hantar barang kat umah baru, rupanya air tak masuk lagi. Minggu lepas, janji minggu depan. Minggu sebelum tu, janji minggu depan gak. Bila komen, cakap nk uruskan secepat mungkin, cakap beria-ia. Rupanya menabur je [tabur janji]. Orang zaman sekarang...

---------------------

Macam tu la sedikit sebanyak kehidupan aku dlm seminggu berlalu. Sori la kalau panjang sangat [memang panjang pun!]. Ye la, lama tak blog. Lepas gian, hehe. Banyak sebenarnya aku terpaksa tak taipkan, nanti jadi panjang sangat lak, tak terbaca lak. Nanti insyaAllah aku akan ceritakan benda-benda yg aku pelajari sempena seminggu beraya [walaupun atas katil :P]. InsyaAllah raya aku tak berenti setakat itu sahaja. Esok nak gi beraya rumah al-seca ngan al-hukamak lak. Nak gi umah al_hakimm, dia tak balik lak. Takpe takpe, nnti balik sana g beraya umah dia. Jangan lupa sedia biskut lak, hehe.

Salam aidilfitri aku ucap buat semua. Ampun dan maaf dipinta. Jaga makan, jangan jadi macam aku. Merana...

-Salam Aidilfitri-
 
*************************************************
Sunday, November 23

Aku yang belum balik ...
Hmm .. aljabal nak balik kampung. Famili aku kat Malaysia pun akan balik malam ni jugak. Aku? bersama teman di bumi kanggaru ini. Tahun ini pertama kali dan mungkin kali terakhir sebagai undergrad, beraya di Australia ni. Tapi, tak perlu rasa sedih seperti yang mungkin orang lain sangka. Di sini ada kemeriahannya tersendiri . Malah terawih di sini sepanjang bulan ini akan jadi memori yang amat berharga.

Mungkin ada yang sedih bila berhari raya di perantauan ... tapi berapa ramai yang sedih sebab kita akan meninggalkan bulan ramadhan ? .... dan berapa ramai yang lagi sedih sebab takdapat upgrade apa-apa dalam diri sepanjang ramadhan ?

Selamat Hari Raya buat semua...
 
Berita terkini
Tak jadi balik malam ni. Lepas sahur karang baru bertolak sebab lewat dah ni kalau nk balik kampung. Mungkin dalam beberapa waktu aku tak dapat nak update blog ni sebab balik kampung nnti mungkin tak sempat nk update, ditambah lagi dengan kekurangan connection. So, sehingga waktu aku boleh online balik, aku syerkan satu entri yg sebenarnya dah lama ter'eram' dlm blog aku ni. Tak terupdate sebab tak habis tulis ditaip.

---------------------------



*entri ini ditulis sehari sebelum aku kembali ke tanah air*
i/
Hmm...tiba-tiba je hati aku rasa cam tak sabar nak balik. Aku pun tak tahu kenapa. Padahal, sebelum ni aku tak rasa apa-apa pun pasal nak balik ni. Aku seakan-akan tiada perasaan. Tapi sekarang ni secara tiba-tiba perasaan tak-sabar-nak-balik menjengah muka pintu hati aku. Ishh...tak bes la pulak rasa camni. Aku tak nak perasaan camni, perasaan yg akan membelenggu aku. Yela, camne kalau kita nak buat benda lain, tp asik teringat kat rumah je. Tak ke cam terhalang je aktiviti kita? Tambah-tambah lagi lepas ni aku kena hantar orang ke airport utk pulang ke tanahair. Ish...harap-harap perasaan ni cepat berlalu pergi. Berlalu bersama angin bertiup di pagi hari pertama selesai exam.

ii/
Pelikkan dunia sekarang... orang nak jadi lebih baik dianggap sebagai buang tabiat.
Hairankan dunia sekarang... orang nak ajak kepada kebaikan dichop sebagai "ustad" seolah-olah perkataan tu membawa maksud yg buruk.
Ajaibkan dunia sekarang... orang yg menjaga pergaulannya dianggap sombong, antisosial, ekstrim, tak tahu bergaul, tiada sifat kepimpinan... Orang yg bergaul sana-sini seolah-olah semuanya sama 'spesis', bertepuk tampar sepak terajang dikatakan sebagai orang yg pandai bersosial, 'rileks', sempoi, 'moderate muslim' dan segala jenis lagi perkataan lain. Padahal Islamlah agama (baca: cara hidup) paling 'moderate' yg wujud di muka bumi ni.
Taajubkan dunia... agama hanya pada nama, amalannya entah kemana. "Agamanya tinggalkan ia di masjid saja", kata si dia. "Kami tak perlukannya, kami ada dunia", kata mereka. Bukankah agama itu sama dengan cara hidup?
"Tak la...fesyen la, we're in with the fesyen now. Itulah cara hidup kami. Apa? Si John tu pasang tanduk kat kepala? Cepat-cepat, pegi beli tanduk; kita pakai. Tanak jangan outdated. Came on, man.", kata kau.

Mahu speaking semacam si David tu, padahal english tersepit celah gigi.
"How are you, dude?"
"Oh, I'm fine. I'm in the well."
Untuk belajar tak salah. Yang salah kalau bukan untuk belajar.
"Agama?"
"Islam."
"Cara hidup?"
"Barat."
"Agama tak sama dengan cara hidup?"
"Tak."
"Oh."
"Agama tu atas IC je."
"Oh."

Pelik...Hairan...Ajaib...
-------

  Balik kampung
Assalamualaikum,

Malam ini aku balik kampung di kelate darul naim. Tengah hari tadi aku g ambil kakak sulung aku di airport, pulang dari oversea; Sarawak.
Ingatkan tadi dah bertolak dah, tiba-tiba alternator rosak. Tertangguh la sekejap. Semasa nak baiki tu, aku kena drive kereta satu lagi ke workshop. Dalam kereta tu penuh dengan adik beradik aku yg semuanya perempuan (kecuali aku la...). Pastu tetiba kakak aku cakap "eh, dah lama kita adik-beradik tak kumpul sama-sama camni..." Betul gak tu, kali terakhir berkumpul bersama, rasanya masa raya lalu. Selalunya, kalau aku cuti, akak aku tak cuti. Kalau aku dan akak aku sorang cuti, yg satu lg tak cuti. Memang payah la kalau nk berkumpul semua. Ni baru belajar, bukan kerja lagi. Kalau dah kerja tak tahu la camne. Walaupun berjauhan, insyaAllah ikatan tu masih kukuh.
 
*************************************************
Friday, November 21

Lain syakartum la'aziidannakum...
i/
Hari ni berkemas rumah untuk pindah. Banyak jugak barang yg perlu dikemas, terutamanya buku-buku yg bertimbun. Hmm, jadi seakan-akan perhiasan pulak buku-buku tu. Buku-buku yg ada pun berjenis; majalah, komik, suratkhabar lama (eh, ni masuk kategori buku ke?), kamus dsb. Akuk perhatikan, masyarakat kita ni kurang membaca. Ada kajian dibuat, secara purata masyarakat tanahair hanya membaca satu atau dua buku setahun. Setahun tu! Camne la nak berkembang pemikiran kalau ilmu tak masuk.

"You can't give what you don't have"

Terutamanya kita sebagai seorang muslim, kena ada ilmu. Perlu menuntut ilmu tak kira dimana dan tak kira masa. Kita kan banyak mini time; masa menunggu bas, masa dalam bas, masa trafic jam (bagi mereka yg drive) dan banyak lagi mini time lain. Cadangan aku, ke mana sahaja kita pergi, pastikan ada satu buku ditangan (atau dalam beg). InsyaAllah termanfaat masa kita. Aku pun dah cuba cara ni, alhamdulillah setakat ni berjaya. Semoga istiqamah.

ii/
Selesai kemas rumah, aku ke bangi pergi ambil spek. Rupanya spek aku naik lagi powernya, (dah boleh jadi power ranger dah aku ni ;)). Akak yg check mata aku tu, kat ni normal je. Sebab walaupun aku dah berenti membesar, mata aku still membesar disebabkan bendalir dalam mata. Mungkin selepas 5 tahun baru stabil kot. 5 tahun tu! Entah tebal mana nanti spek aku. Hmmm.

Mata aku yg rabun ni bukan terhasil drp membaca buku dalam gelap, ataupun menghadap komputer tak henti-henti; aku rasa benda ni disebabkan oleh faktor genetik. Abati, adik kembar aku, kakak aku, sepupu aku, bapa sedara aku; semua pakai spek. Pakai spek ni ade kelebihan dia dan ada juga kekurangannya, sama la cam benda-benda lain. Tp, aku rasa mungkin aku takkan cerita pasal kelebihan dia kat sini kot. Kalau nak tahu jugak, tanya aku. Manusia ni adalah makhluk yg tak tahu bersyukur. Apa yg ada tak tahu nk bersyukur; apa yg tak dimiliki, itulah yg berkejaran sehinggakan terlupa dengan yg dah sedia ada.

"La'in syakartum la'aziidannakum, wala'in kafartum inna azaabi lasyadiid."

Walaupun aku dah tahap jadi power ranger, aku tetap bersyukur sebab masih diberi nikmat untuk melihat. Aku kena jaga mata ni biar tengok yg berpekdah je dan dengan harapan agar aku dapat menjaganya daripada maksiat. Semoga bersyukur.

iii/
Lepas usai je menjadi power ranger, aku meneruskan pengembaraan aku. Kali ni kaki aku bawa aku ke kedai buku. Tengok punya tengok, cuba teka apa yg aku jumpe? ALWAN!! Aku jumper komik Alwan, jumper dua-dua keluaran tu. Gembira betul aku. Baru je semalam cari, hari ni jugak jumpe. Rezeki aku. Payah, memang payah nak cari komik dakwah macam ni. Komik-komik lain hanyalah pasal lawak bodoh, ataupun komik gocoh gaduh-gaduh; yg langsung tak membentuk pemikiran. Apatah lagi nak membentuk fikrah islamiah! Aku tunjuk kat abati komik Alwan ni, apa katanya, "Ha...komik camni la yg abati nk buat selama ni...". Sekali lagi terluah tentang impiannya tu :). Sekurang-kurangnya walaupun bukan beliau sendiri yg buat, tapi dah ada yg laksanakan. Kita perlukan banyak lagi komik-komik camni, kasi lawan sama komik lain yg tak berpekdah (maaf, kasar).

iv/
Seterusnya, kaki aku bawa aku ke kedai kaset pulak. Apa lagi, cari kaset nasyid la. Seperti semalam, aku cari kaset AlarmMe, alhamdulillah jumper. Tapi aku jumper album dia yg lama, lama pun lamalah. Aku beli kaset tu dan satu lagi nasyid. Cuba teka kaset apa? Aku beli kaset rakaman konsert nasyid lama; kumpulan Nadamurni, Nahwan Nur dan al-Anwar. Nama-nama kumpulan nasyid lama yg telah bubar dan menjadi kumpulan nasyid baru yg femes. Tajuk konsert? Tajuk konsert, "Bila Nur Melimpah Di Hati" :). Aku tak tahulah, tapi ayat (tajuk) tu, dan juga nasyid dia sangat menyentuh hati aku sekarang ni. Bila aku terdengar ayat tu, satu ayat lain timbul dalam benak aku,

"Betapa mahalnya harga sebuah(?) hidayah"

Balik kampung nanti, kena cari lagi satu album AlarmMe dan mungkin juga beberapa kaset lain. InsyaAllah. Mahu kirim?

"Rabbana la tuzigh quluubana ba'da iz hadaitana wahablana min ladunka rahmah"
 
*************************************************
Thursday, November 20

Tazkeer...
Semalam aku pergi bertarawikh di masjid di Sungai Long. Imam kat situ adalah seorang imam dari indonesia. Apa yg nak aku ceritakan adalah tazkirah yg diberi selepas terawikh.

Selepas usai terawikh, ustaz ni menyampaikan tazkirah tentang cara solat yg betul. Katanya (dalam loghat indon), "Solat kita dah betul, insyaAllah sah. Tapi, masakan jalan raya upgrade, solat kita bertambah lagilah..." Dan diajarnya cara-cara yg betul (panjang sangat nk tulis pulak nanti, cuba rujuk dlm buku :)).

Kemudian, masuk tentang lailatul qadar. Katanya, dia dapat cam sape-sape yg dapat lailatul qadar. Senang saje, katanya lagi, kita pergi kat cermin pastu tengok kalendar. Kalau penuh terawikh kita, dapat lah lailatul qadar tu. Kan ke mudah, lailatul qadar kan start lepas isya'. Asalkan kita istiqamah,insyaAllah dapat.

Bab seterusnya, tentang raya. Masa raya ni la kita nak bermaafan dengan semua orang. Dan nak meminta maaf pun ada caranya. Apa yg kita selalu buat; "Minta maaf la ek semua salah silap aku terhadap kau...". Camni tak jadi sebenarnya. Kata ustaz tu, meminta maaf ni sama jugak dengan jual beli, mesti tahu kadarnya. Yang-hendak-diminta-maafkan tu kena la tahu apa yg dia perlu maafkan. So kita sebagai yang-nak-minta-maaf, kena la bagitahu apa yg kita dah buat salah dengan dia, apa yg kita ingatlah. Dosa besar yg kita buat kat orang lain, mesti kita ingatkan?. Baru la sah jual-belinya.

So sempena ni, aku ingin meminta maaf kalau aku ada buat salah dan silap kepada sesiapa samada secara sengaja ataupun tidak. Kadarnya insyaAllah akan aku bagitahu kat sesiapa yg berpatutan.

Wallahu'alam
 
*************************************************
Wednesday, November 19

Cari lain, Jumpa lain
Tadi aku ke Metro Shopping Centre Kajang. Singgah sekejap, ingatkan nak cari kaset AlarmMe kat kedai kaset. Cari punya cari, tak jumpa. Dalam banyak-banyak (tak banyak pun sebenarnya) kaset nasyid, takde kaset AlarmMe. Frust jugak :|. Hmmm, pelik jugak kenapa takde ye? Nampak gaya kena cari kat kelantan la bila balik kampung nanti. Ada saper-saper nak kirim?

Lepas tu, singgah di gerai buku dalam Metro tu jugak. Hajat di hati mahu cari komik Alwan. Sebab wanzu tulis dalam weblog dia, Alwan dah ada kat pasaran. Siap ada gambar lagi tu. Cari-cari tak jumpa jugak. Hmm, takde rezeki kot. Dalam tengah mencari tu, ternampak majalah Al-Islam, keluaran Disember 2003. Macam menarik je aku tengok. Kat muka depan ada dua tajuk yg menarik hati aku; satu tajuk besar dan satu lagi tajuk kecik.

Tajuk besar diambil drp kata-kata seorang ulama' Azhar, Dr Zaki (tak pasti nama); dikatakan tentang tudung ni. Dalam artikel tu, dikatakan tudung ni tak wajib (setiap masa) dan kadang-kadang boleh jadi haram. Hmmm...aku pun takleh nak ulas panjang, tak cukup ilmu dalam bidang ni.
Tajuk kedua: "Bahaya fahaman syumul agama". Aku sempat baca sampai abis dua-dua artikel, tp aku buat 'speed' reading. Aku cuma tgk sepintas lalu. Tapi bila aku baca kedua-dua artikel tu, aku terasa cam ada something wrong(?). Terutama tajuk kedua (agama syumul). Aku takleh nak ulas panjang, takut tersilap faham artikel tu. Sesiapa kalau boleh tolong ulaskan artikel berdua (kat guessbook ke atau mungkin di blog sendiri). Ustaz? Ustazah?
 

Eh, rupanya seca pun bercakap menulis pasal lawatannya ke tempat sama.
  Lawatan
Semalam aku ke UiTM SA dengan sahabat aku. Pergi ziarah sahabat-sahabat sekolah lama. Aku sampai di SA hampir lewat dalam pukul 5 petang. Lepas call sahabat aku tu, dia turun. Kami just berbual-bual, catching up on things. Aku tanya pasal sahabat-sahabat lain, ramai yg lost contact. Sejak lepas SPM ari tu, semua entah ke mana. Membawa haluan masing-masing. Semoga mereka berjaya dalam apa yg mereka lakukan. Untuk iftar, kami berbuka di bandar SA. Selepas solat isya' dan terawih di Masjid SA, aku ke bilik sahabat aku tu. Berkenalan (bukak proxy :)) dengan rakan sekursus sahabat aku tu.

'Lawatan' aku semalam tu, agak menyedihkan aku (bukan 'agak', mmg menyedihkan pun sebenarnya Y_Y). Sebelum aku balik, sahabat aku ajak minum di gerai; mahu berbual-bual lagi. Aku bersetuju. Di kedai tu, aku dapat perhatikan gelagat pelajar-pelajar, atau secara umumnya; muda-mudi generasi kini. Lelaki perempuan duduk semeja minum air, biasa sahaja; sana sini sinun. Tu kalau yg duduk sahaja, yg berkepit pun ada, lebih drp tu pun ada! Tudung hanya di kepala, bukan di hati.

Di gerai tu memang penuh dengan orang. Aku tanya dalam nada berseloroh, kalau malam exam pun ramai jugak ke orangnya. Sahabat aku tu bagitahu, kalau malam exam pun sama. "Nak lepas tension", katanya. Ramai lagi masih hanyut. The fact that we are now in Ramadhan, doesn't seem like anything important to this people. Malam dibazirkan begitu sahaja. Berborak-borak digerai, bahkan terawikh pun ditinggalkan camtu saje. Tiada rasa ingin berlumba untuk beramal, tambah-tambah lagi di sepuluh malam terakhir ni.

Aku dapat buat satu kesimpulan daripada lawatan tu, dakwah kita masih perlu dipesatkan lagi. Biar sampai seruan kepada mereka ni. Aku ingin pinjam kata-kata seorang sahabat;

"Laungkan sahutan itu. Biar ia bergema ke seluruh alam!!"
 
*************************************************
Sunday, November 16

Mahu aja aku tanyakan soalan itu...
 
Guest blogger
Agak lama jugak aku terfikirkan idea ni; aku ingin menjemput beberapa orang sahabat, tak kisah blogger ataupun tidak sebagai tetamu blogger bagi mewujudkan suatu kelainan dalam blog aku. Bagi kau dapat rasa entri perasa lain lak sekali sekala, ni asik rasa entri cap bukit. So, untuk tetamu pertama, aku menjemput kamal_san sebagai guest blogger yg pertama. Jemputan seterusnya akan tiba bila-bila sahaja. So kau bersedia sahajalah :).

p/s: Thanks kamal_san kerana sudi menerima jemputan aku. Tp, sebenarnya aku mengharapkan entri yg lebih panjang. Takpelah. Syukran jazeelan.
  Istiqamah..
Semoga kita istiqamah walau mana kita berada .... dan jaga-jaga .... terutama bila kita berada di tempat yang kita rasa kita sudah selamat di dalamnya.
 
*************************************************
Saturday, November 15

Tivi II
Ish...tak patut, tak patut. Betapa pernah aku nyatakan tivi ni sebagai alat indoktrinasi yg sangat berkesan, memang ia betul-betul diperalatkan sepenuhnya. Aku ada tengok tivi tadi (camne leh tertengok ni?). Tivi ni banyak membentuk minda manusia zaman moden ni terutamanya kanak-kanak bila mereka tengok kartun. Dan yg membuatkan aku lebih sedih, semasa aku browse channel di tivi tadi, ada satu rancangan kartun tentang kehidupan seorang budak perempuan di biara (i.e. gereja). Terang-terangan dalam cerita tu mengelilingi sekitar kehidupan di gereja, atau lebih tepat lagi agama kristian! Kartun-kartun macam ni yg akan diterap dan diserap oleh kanak-kanak. Akhirnya, dalam kepala otak mereka akan wujud satu pemikiran bahawa agama kristian pun 'baik' jugak. Ini juga akan melalikan sensitiviti seseorang, in this case: kanak-kanak; terhadap agama selain Islam. Kalau pada asalnya mereka tengok kat tivi kartun macam ni, mereka akan berfikir bahawa macam-macam mana pun kristian tetap tak betul. Ini pun kalau bernasib baik seorang kanak-kanak tu diajar camni (bahawa hanya islam yg betul). KALAU BERNASIB BAIK! Otherwise, kanak-kanak tu akan tengok kartun tu seolah-olah kartun tu adalah kartun biasa. In both cases, kalau dijamukan dengan kartun begini secara berterusan mereka akan menjadi lali. Akhirnya kanak-kanak pada situasi pertama tadi akan mengganggap benda ni perkara biasa. Mungkin keadaannya lagi teruk untuk kanak-kanak pada situasi kedua. Bila sensitiviti ni dah mula kurang kepekaannya, dengan itu senang apa-apa sahaja fahaman untuk masuk ke dalam kepala dan akhirnya, (nauzubillah) disemai sebagai 'fikrah'.

Abati punya satu impian. Impian ni beliau dah nyatakan sejak sekian lama. Beliau impikan untuk menghasilkan kartun-kartun islam yg akan dijadikan sebagai pembentuk fikrah kanak-kanak islam. Beliau tahu beliau tak berkemampuan untuk menghasilkan sendiri kerana beliau sendiri tak pandai melukis (begitulah jugak anaknya ni...). Tapi beliau masih ingin meneruskan jugak impiannya. Kadang-kadang kalau ada saudara yg pandai melukis, dia akan meluahkan kembali impiannya tu. Tapi malangnya, tak mendapat sambutan sepertimana yg dikehendaki. A

Aku dulu pernah disuruh menjadi seorang doktor. Pada masa tu, aku masih kecik, jadi aku just turut sahaja. Semakin aku membesar, aku menjadi fascinated dengan teknologi dan computer especially design computer. Setelah lama, aku mengambil keputusan untuk menjadi computer engineer menurut minat aku ni (tapi sekarang ni aku amik elec. engr.-dekat la tu dgn comp). Aku ada bagitahu kat abati tentang fascination aku ni; dan sebagai ayah yg mithali, beliau support aku. Sekali lagi, impiannya itu menjengah kembali menuntut untuk direalisasikan. Abati bagitahu, "Baguslah amik course ni, nanti abati nak suruh Jabal buat animasi islam.". InsyaAllah. Aku akan cuba usahakan. Buat masa ini pun telah wujud animasi-animasi dan kartun-kartun bersifat islamik; Muhammad al-Fatih, Si Syahid Kecil, Ashabul Ukhdud (Kisah Ghulam), just to name a few. Usaha ni masih boleh dikembangkan. Kerna tak ramai pun tahu tentang kewujudan animasi-animasi ni. Kita laksanakan bagi kalahkan Disney :). InsyaAllah.

Semoga impian ini, yg wujud demi mencari keredhaanNya dan demi menjayakan the 600 Years Project; akan dapat direalisasikan. Sekarang ni pun telah ada sahabat aku yg telah memulakan langkah awalnya untuk impian yg sama. Semoga diberikan kemudahan dan bantuan darinya dalam menjayakan bukan sahaja impian ni, malah impian kita yg lebih besar lagi; UA.

Wallahua'alam.
 
Ketibaan
Alhamdulillah syukur dapat selamat sampai ke tanah air dengan tanpa sebarang gangguan diperjalanan walaupun flight bertolak agak lewat. Sedar tak sedar dah setahun (lebey kurang la...) aku berlalu. Masa berlalu pantas tanpa kita sedar, sama ada kita pergunakannya atau kita ditinggalkan begitu sahaja; rugi la kita.

Flashback...

Hampir sepagi aku pusing-pusing vic mart mencari barang-barang souvenir. Letih tu jangan cakap la, ditambah lagi dengan kepanasan yg membahang. Selalunya kalau ada matahari, angin still sejuk. Balik rumah, kamal_san datang ziarah. Kesian dia, aku tak dapat nk layan sangat, kena kemas barang (afwan kamal_san:)). Beg aku penuh dengan barang orang je, barang sendiri sikit je...hehe. Takpe, beg bawak balik kosong, nnti datang penuh la beg tu :). Malam tu sepatutnya ader buat jemaah terawih bersama-sama peljar melayu, tpi aku tak berkesempatan nak pergi (ishh, ruginyer!). Dalam pukul 10 aku bertolak ke airport dihantar oleh si seca.

Sebelum bertolak tu berjumpa dengan dua senior.

Senior 1 : Nak balik tu betulkan niat. Kau tulis apa yg kau nak buat selama balik nanti.
Senior 2 : Ye. Hari ni la hari paling penting sekali; hari ni la menentukan apa yg ko akan perbuat masa balik nanti. Istiqamah.

Di airport aku kena beratur panjang. Ramai rupanya nak balik ke tanahair. Kaunter flight lain pun tak seramai di kaunter MAS. Tapi suatu yg pelik masa aku tengah beratur. Apa perasaan kau bila kau nak tinggalkan famili ko untuk pergi ke luar negara untuk studi dan sebagainya? Ha...camtu la perasaan aku masa tengah beratur tu. Padahal aku nak balik jumpa keluarga bukan nak meninggalkan keluarga! Sayu je rasanya.

Sepanjang flight, tiada apa interesting yg berlaku. Aku tidor separuh perjalanan, letih membeli belah siang tadi :).

Selepas aku terbang selama 8 jam, akhirnya aku menjejakkan kembali kaki aku ke tanah air selepas hampir setahun. First skali aku keluar dari terminal tu aku jumpa abati. Ibu dan adik-adik pergi solat subuh. Sementara menunggu the rest of the family, aku dengan abati just berborak-borak pasal setahun aku berada di luar tanahair. Tak banyak dibualkan sebenarnya, yg lain-lain sampai; ibu, akak dan juga adik berkembar. Akak nampak kurang 'bulat daripada biasa. "Kuat diet tu...", kata ibu...hehe. Adik aku tu pulak aku nampak semakin tinggi. Ish, tak lama nanti lagi tinggi dari aku lak :).

Semoga dengan kembalinya aku ke tanahair ni dapat aku manfaatkan sebaiknya. InsyaAllah. Tak sabar nak jumpa sahabat-sahabat lain bila diorang balik nanti.
 
*************************************************
Friday, November 14

berdebar...?
Aduiihh..letih. Letih sungguh. Aku baru je balik dari pergi membeli barang-barang souvenir. Memang bebetul rushing nak cari barang-barang yg orang kirim, inilah akibatnya buat kerja lambat-lambat :P. Letih, ditambah lagi dengan cuaca yg sangat panas dan udara yg kering. Rasa lagi panas dari tanahair. Barang-barang pun tak packing lagi.

Hmmm. Tinggal beberapa jam lagi aku akan mengangkat kaki meninggalkan bumi aus ni yg banyak mengajar aku walaupun dalam satu jangka masa yg pendek; setahun. Bagi aku, setahun ni paling banyak mengajar aku dalam seumur hidup aku dan jangka masa setahun ni juga merupakan tahun yg best (setakat ni la...). Tapi aku rasa pelik. Kenapa aku berperasaan macam ni. Aku rasa semacam berdebar-debar nak balik. Semalam semasa aku pergi berbuka puasa di rumah sahabat aku, dan semasa dia hantar aku balik aku bagitahu apa yang aku rasa tu. Dia bagitahu, mungkin sebab kali ni aku nak balik dengan objektif lain, suatu objektif besar. Hmm, ada benar jugak apa yg dia kata tu. Eh, tak siap packing lagi ni. Nanti aku akan update balik sekembalinya ke tanahair.

Wassalam
 
*************************************************
Tuesday, November 11

Ucaplah alhamdulillah
Lafazkan alhamdulillah. Ucapkanlah syukur. Berikanlah penghargaan kepada yg sepatutnya. Alhamdulillah. Akhirnya, selesai juga last paper aku, Electrical Circuit. Aku dah cuba sedaya upaya dan telah berusaha sekuat mungkin, sekarang aku hanya tawakkal kepadaNya. Hanya Dia yg berkuasa menentukan baik buruk bagi aku.

Macam tak percaya lak aku dah abis exam ni. Dan macam tak percaya jugak yg aku telah berada di luar tanahair ni selama hampir setahun. 3 hari lagi dah nak balik semula ke tanah air. Sebelum abis exam, kalau boleh nak habiskan cepat. Tapi bila dah nak dekat abis exam, rasa macam bagi lambat pulak; takut nak tengok result :). Dasar manusia, tak pernah rasa puas hati dengan apa yg ada, asik nk merungut je, hehe. Setiap satu paper tu ada yg aku baca masuk, tapi malangnya aku tak cukup fokus terhadap semua tu dan bertambah lagi semasa exam tu, aku menjadi seakan gelabah. Mungkin Allah nk balas dosa-dosa aku yg lalu. Semoga neraca sebelah kiri aku menjadi lebih ringa, insyaAllah.

Aku terkenangkan exam yg telah berlalu (ceh...baru je abis tadi!), sebenarnya exam ni 'penyekat nikmat'. Maksud aku, kerana kita nak exam esok, malam ni kita kena tumpukan kat revision. Segala benda lain yg kita nk buat semuanya menjadi terhalang. Kalau aku sendiri, aku rasa tak senang nk buat kerja lain sebab teringatkan exam. Tapi alhamdulillah, exam ni tak menyekat aku untuk buat amal jugak, terutama dalam bulan Ramadhan ni. Siang hari aku dedicatekan untuk mengulang kaji dan malamnya aku dedicate untuk terawih dan amalan lain. Alhamdulillah, rutin seharian aku tu tak mengganggu pun aku nk menelaah. Saper kata kita tak boleh nak buat benda lain kalau kita exam!!

Syukur || RAIHAN

Ucaplah Alhamdulillah syukur kita kepada Allah
Ucaplah Alhamdulillah syukur kita kepada Allah
Shalawat ke atas nabi, Muhammad ya Rasulallah
Shalawat ke atas nabi, ya Rasulallah

Tanda syukur itulah taat
Setiap tempat setiap waktu
Syukur itu dapat dilihat
Pada sikap dan tingkah laku

Marilah bersama kita bersyukur
Kepada Allah kita bersyukur

Syukur itu sifat mulia
Hindar dari tamak dan loba
Rasa cukup apa yang ada
Hati tenang hidup sejahtera

Mari amalkan rasa bersyukur
Hidup bahagia, aman dan makmur

Syukur, syukur, syukur ya Allah
Syukur alhamdulillah

Syukur itu banyak caranya
Taat beribadah tekun berusaha
Saling membantu berkasih sayang
Murah senyuman tulus sedekah

Marilah kita beramal bersama
Rasa bersyukur kita suguhkan
-------------------------------
Mari ucapkan syukur. Klik di sini.
-------------------------------

ii/
Semalam aku bermimpikan sesuatu yg sangat best. Nak tahu apa? Dalam mimpi aku, aku ada bersama-sama lagi beberapa rakan yg lain dalam satu latihan seolah-olah latihan ketenteraan. Rasanya banyak yg aku mimpikan, tapi bahagian akhir mimpi je aku ingat dan aku rasa part itu paling aku suka. Orang kata, lepas mimpi kita akan terlupa apa yg kita mimpikan. Sebab itu kot aku terlupa. Oh ye, sambung cerita mimpi aku. Ok aku cerita.

Semasa part terakhir mimpi aku tu (cam movie la pulak!), aku berada dalam satu bulatan. Alamak! Dah lupa. Jap nak ingat balik. Oh ye, aku berada dalam satu bulatan bersama-sama sahabat yg lain (aku dah lupa siapa yg ada masa tu). Kami semua ada memegang senjata (pedang ke senapang? lupa lagi :P). Masa mula-mula berkumpul tu, ada seorang ni berada di tengah memberi satu taklimat yg bersemangat. Pastu dia tanya satu soalan kat semua orang,

"Katakan, kalau sekarang ni diserang musuh. Apa yg akan kita lakukan, lari lintang-pukang atau berjuang menangkat pedang?"
"Kita lawan!!"


Ngam-ngam je dia cakap camtu, tiba-tiba terus kitorang kena serang, termasuk aku. Ni aku nak cerita part best ni. Semasa kena serbu tu, tiba-tiba ada seorang ni datang mari serang aku; serang dengan pedang. Di tangan aku pun ada pedang, tapi aku tak sempat nk pertahan, tangan aku kena tetak. Perasaan aku masa tu; memang betul-betul semangat (semasa menaip ni pun masih terasa lagi). Masa aku kena tetak tu, dalam mimpi tu, aku bukan berundur. Tapi aku terus maju ke arah musuh tu, aku rindukan syahid!! Itulah perasaan dan fikiran aku masa tu. Sebaik sahaja pedang di hayun ke leher aku, aku sedar....

Terkejut jugak aku. Tapi semasa aku bangun tu, semangat semasa dalam mimpi tu masih lagi dirasai. MasyaAllah...bes sangat perasaan tu! Tak dapat nak digambarkan macam mana. Tapi malangnya, sedar-sedar dah subuh. Terlepas sahur...isshh. Melepas aku amalan sunat.

Macam movie pulak mimpi aku ni. Hehe...takpe, semoga kau pun turut bersemangat. Semoga terbakar sikit pelita semangat dalam diri ko. Aku teringat kata-kata aku, "Jom ke Palestin!"

Aku teringat sekarang, kata-kata yg diluahkan oleh seseorang dalam mimpi aku dan juga semasa di realiti

"Kalau takutkan rintangan, usah bicara tentang perjuangan."

-ganbate!-
 
*************************************************
Monday, November 10

one more...
i/
Alhamdulillah, one more. Satu lagi paper yg aku kena menatap esok petang. Blog ni pun agak terabai kerana aku tak sempat nak menulis menaip panjang. Campur lagi dengan ketandusan idea. Idea-idea yg berada dalam kepala aku ditindih formula-formula dan konsep-konsep utk diguna semasa exam.

ii/
Setiap apa yg kita lakukan tu, ada balasannya. Mungkin ganjaran baik, ataupun balasan yg buruk; semua itu bergantung kepada apa yg telah kita lakukan. Mungkin ganjaran atau balasan tu kita tak terima terus sebaik sahaja kita buat sesuatu. Mungkin balasan tu kita akan terima setelah sekian lama, secara tiba-tiba. Tahu-tahu je, kita dapat sesuaru. Kita pun pelik dari mana datangnya sesuatu benda tu. Kalau kita fikir-fikirkan secara mendalam, balasan tu mungkin perbuatan kita yg kita buat suatu masa dulu; baru sekarang kita dapat ganjaranya atau balasannya. Begitu lah juga kita sekarang ni. Sedang mengisi botol kita dengan pahala-pahala untuk bekalan nanti. Kadang-kadang, kalau kita tak pegang botol tu atau kita tak tutup rapat. terkeluar air tu. So kita kena sentiasa jaga agar kita sentiasa perhatikan botol tu tak kosong. Apa yg aku cakap tu, teramat general sebenarnya. Tapi, insyaAllah dapat difahami (harapnyer lah...).

iii/
Orait. Next!

:: 431-103 Electrical Circuit ::
 
*************************************************
Friday, November 7

2 lagi...
Alhamdulillah, selesai sudah 2 paper. Maknanya tinggal lagi 2. Orait, next!

.::620-143 Applied Mathematics::.
 
*************************************************
Thursday, November 6

One down...
Alhamdulillah...

Selesailah satu paper untuk exam kali ni. Alhamdulillah sekali lagi kerana dikurniakan kekuatan dan kemudahan dariNya untuk aku hadapi paper tadi. Sebenarnya tiada sesuatu pun yg mencukupi kalau hendak dibandingkan dengan rasa kesyukuran aku. Masa mula-mula buka paper tu, aku rasa overwhelmed. Overwhelmed kerana ada beberapa soalan masuk sepertimana yg aku study dan beberapa soalan lain yg aku bincangkan dengan sahabat aku masuk paper. Walaupun, dlm tengah-tengah buat tu pun ada cam tersangkut gak, tp generally aku bersyukur. Alhamdulillah...

Ok. One down, three more to go. Next!

620-142 : Physics B
 
*************************************************
Wednesday, November 5

Esok!
Esok bermulalah pergelutan aku dengan kertas-kertas soalan. Paper pertama: 433-152 Introduction to Programming (Advanced)

Doakan aku dan juga sahabat lain agar tenang dalam menjawab soalan esok, dan memperoleh keputusan cemerlang. Amin.

-Ya Allah, kurniakanlah kami ketenangan-
 
*************************************************
Tuesday, November 4

Senjata kita
Masih terngiang-ngiang di benak kepala aku. Kata-kata yg membuahkan seribu satu persoalan; membenihkan sejuta macam perasaan.

"...it's so hard, it's not funny anymore."

Kata-kata yg menggetarkan jantung pada tangkainya. Kata-kata yg diluahkan oleh seorang senior semasa majlis jamuan berbuka puasa kelab penaja pada hari berlalu. Perkatan yg merangkak keluar daripada mulut seorang pelajar tahun akhir jurusan kejuruteraan elektrif. Frasa yg agak menggerunkan aku. Aku risau. Aku risau nnti bila aku sibuk dengan ilmu sihir, aku akan mengabaikan the 600 Years Project. Aku takut aku sendiri yg akan meluahkan kata-kata yg sama. Mungkin. Mungkin benar kata-kata tu. Bahkan aku rasa memang betul pun apa yg disebutkannya. Qad sadaqta!!

Ya Allah, ya Rabbi, peliharalah aku di atas jalan ni. Kekalkanlah aku sebagai salah seorang drp ahli group project ni."

Tapi, lain pula ceritanya dengan seorang lagi senior aku. Kedua-dua senior ni (yg ni dan juga yg di atas) mengambil jurusan sama ngan aku (eh, ke aku yg ambil jurusan sama ngan diorang?) tapi di universiti berlainan (ketiga-tiga berada di uni berbeza; i.e. aku dan dua senior). Senior aku yg sorang lagi ni, Allah telah permudahkan jalan dia. Hidup dia sebagai final year, tak beza drp student-student yg lagi junior drp dia. Sahabat-sahabat satu batch dgn dia (i.e. final year student yg lain), semuanye masih sibuk hendak siapkan projek masing-masing walaupun peperiksaan sudah semakin hampir, hanya menunggu sedetik masa sahaja mendengar pintu apartment rumah diketuk. Dia menceritakan perihalnya yg dimudahkan jalannya. Dia bercerita yg dulu dia seringkali berdoa (ya berdoa!), supaya tahun akhirnya dimudahkan. Dan alhamdulillah doanya dimakbulkan. Aku hampir-hampir terlupa dengan 'senjata mukmin' tu.

Suatu ketika dulu pun aku pernah juga diingatkan tentang 'doa'. Betapa pentingnya doa dalam hidup kita. Aku pernah mengajukan soalan kepada seorang sahabat aku yg 'hebat';

"Camner kau study ha?"
"Hmm, entah. Biasa saje. Study bila masa study. Main bila masa main."
"Oh."
"Sebenarnya...aku selalu berdoa. Terutama setiap kali solat."
"Hmm..."


Abati dulu pun pernah berpesan; "...hubungan dengan Tuhan kena jaga. Apa-apa pun, hubungan tu kena sentiasa biarkan intact. Kalau kita tak jaga, payah la kita..."

Ibu pun sama; "Ummi selalu doa untuk jabal dan kakak-kakak yg lain; setiap kali lepas solat. Biar mudah belajar, agar dipermudahkan jalan bila hadapi masalah."

InsyaAllah. InsyaAllah aku tak lupa. Aku cuba ingat selalu. Apa-apa yg berlaku, kembali kepadaNya...

InsyaAllah.

-Ya Allah, bantulah hambaMu-
 
*************************************************
Monday, November 3

Dunya lagi...
Ada apa dengan dunya. Pabila matlamat diabaikan. Pabila asas sesuatu tindakan hanya menjadi tiang sokongan. Bahkan menjadi bumbung penyedap duduk sahaja.

Ada apa dengan dunya. Pabila pengajak kebaikan dianggap penyeru kepada syaitan. Pabila yg memberi nasihat dipersalahkan kerana tak berhikmah dalam perbuatan.

Ada apa dengan dunya. Pabila kekejaman disanjung, kezaliman dijunjung. Orang yg lemah ditindas. Pembuli diberi penghargaan, diberi hadiah tanda budi dibalas.

Ada apa dengan dunya. Pabila hidup mengejar kemajuan. Segala kebendaan dijadikan ukuran. Agama ditinggal berciciran.

Ada apa dengan dunya. Hidup hanya berkejaran mengisi perut kosong. Bagaikan robot yg dicipta untuk mencari bateri menghidupkan diri sendiri!

Ada apa dengan dunya.
 
*************************************************
Sunday, November 2

Tazkeer... II
Malam ini kelab sponsor mengadakan majlis iftar bersama. Pelbagai makanan dihidangkan. Lepas makan, makan lagi. Memula, buka puasa makan kuih, dinner makan nasi, pastu moreh makan kuih "lompat tikam" (nama kelate, orang luar tak silapnya panggil "badak berendam"). Tapi, aku sebenarnya bukan hendak berbicara tentang makanan (eventho sedap! syukran). Apa yg mahu aku coretkan adalah tentang tazkirah semasa lepas solat maghrib yg disampaikan oleh seorang senior.

Intisari rancangan Intipati tazkeerah yg disampaikan tu memang menarik. Apa isinya? Well, dia buka tazkeerah dia dengan mengingatkan kita kembali betapa beruntungnya kita menjadi umat Nabi Muhammad s.a.w. ni. Umat yg banyak diberikan peluang oleh yg Maha Pencipta untuk terus buat maksiat tp masih diberikan peluang untuk bertaubat. Umat-umat zaman dulu, kaum Tsamud, kaum Aad, Kaum Nuh dan kaum-kaum lain semuanya dihapuskan oleh Allah sehingga tak tinggalkan langsung generasi penyambung. Seolah-olah tak pernah wujud atas muka bumi ni. Mereka dihapuskan sebab mengingkari Allah, padahal kita yg buat dosa lg teruk drp diorang masih lg diberi peluang untuk hidup dan untuk bertaubat.

Kita zaman sekarang ni heboh dengan kemajuan yg kononnya state-of-the-art dan sebagainya. Tapi sebenarnya kita tak ada apa berbanding dgn kaum-kaum dulu. Bak kata abang senior tu, "we're losers!". Teknologi kita yg kononnya maju, hanyalah picisan berbanding apa kaum terdahulu. Dikatakan, kalau seorang kaum Tsamud datang kat dunia sekarang ni, sepuluh orang zaman kita ni boleh duduk atas telapak tangan dia. Kaum terdahulu boleh bina bangunan tinggi yg pada waktu itu mungkin tak ada 'teknologi' seperti sekarang. Kaum terdahulu mengukir bukit-bukit menjadi istana besar. Kaum terdahulu sangat hebat dalam bisnes. Kita? Kecil je berbanding mereka. Apa yg mahu dibanggakan sebenarnya?

Tapi satu sahaja kelebihan yg kita dapat berbanding kaum-kaum terdahulu. SATU sahaja. Kita masih diberikan peluang untuk bertaubat apabila melakukan kesalahan. Padahal kesalahan kita lebih teruk berbanding dosa umat-umat terdahulu. Semua dosa yg menyebabkan kaum dahulu dihapuskan, semua kita lakukan. Zina? Arak? Homoseks? Menipu dalam berniaga? Apa lagi...

Wahai rakan. Wahai taulan. Wahai diri. Apa lagi yg kita tunggu. Berubahlah dari sekarang. Sementara kita masih berpeluang.

"Kenapa perubahan 'perlulah slow'. Seolah-olah mati hanya akan berlaku 20 tahun...40 tahun lagi. Kenapa perlu perlahan-lahan sedangkan tangan diangkat spontan bila tersentuh api. Kenapa perlahan-lahan dengan api neraka..."
 
Semakin hampir...
Ia semakin menghampiri. Manusia-manusia di sini sudah mula menampakkan jalur-jalur tension di dahi masing-masing. Masing-masing semakin kuat berkepit di ketika ini; berkepit dengan buku. Aku? Entah, aku pun takut juga sebenarnya. Tapi kena selalu ingat, belajar ni adalah senjata. Kalau senjata yg kita nk gunakan tak elok, macam mana kerja kita nak dibuat dengan sempurna? So, mahu tak mahu, kena hafal belajar dan rujuk balik notes-notes lalu.

Sebab tak melahirkan musabab? So apsal kena study, ha? Ha...ok. Kita jadikan soalan ni sebagai kuiz. Sila, sila...sila jawab.
----------

----------
Gambar: Pemandangan lantai bilik aku yg berselerak dipenuhi buku dan nota. Saje tukar selera drp study atas meja. Aku ni bila study, perlukan ruang yg luas :). 4 more days and counting...
----------

-Doakan kami
 
*************************************************
Saturday, November 1

Kelainan
i/
Aku terfikir kan khutbah semalam. Satu kelainan yg dilakukan oleh khatib tu dlm menjadikan khutbahnya interesting. Satu idea yg sangat menarik. Kalau kita tengok, kelainan tu kita boleh applykan kat mana-mana sahaja hidup kita. Kelainan yg mungkin dapat memberikan suatu tarikan kepada orang lain terhadap apa yg kita lakukan. Contohnya, dalam tugasan sebenar kita untuk menyebarkan islam, kita dapat sampaikannya dalam pelbagai cara. Asalkan dapat capai matlamat kita. Tapi kelainan tu pun mestilah tak keluar dari bulatan yg ditetapkan.

Aku terfikir juga, khutbah jumaat di sini berlainan dengan khutbah di tanahair. Maksud aku, kat tanahair, wanita tak dapat datang ke masjid untuk tunaikan solat jumaat. Setahu aku takde lah. Kalau aku salah, mungkin aku kena lebih kerap keluar rumah :) (sesiapa boleh tolong?). Di sini, solat jumaat juga boleh dihadiri oleh muslimah. So, pendapat aku la, muslimah-muslimah kita harapnya dapat selalu pergi ikut serta bersolat jumaat. Sebab bila balik ke tanahair nanti, peluang seperti ini hampir-hampir kepada sifar. So, sementara kita masih di sini, apa kata kalau kita (i.e. muslimah) join skali. Apa kata?

ii/
Sahabat aku pernah berkata, dia takleh nak terima orang yg blogging ni (ek..sabar. Jangan marah lagi), semacam mendedahkan diri kita kepada orang lain. Aku (sebagai seorang blogger yg sabar) menjawab balik, setiap orang adalah berbeza, bosanlahdunia kalau sumer orang macam dia (hehe...amik! kene balik), kalau semua orang tak mahu bercerita. Sebab tu la kita ada perkataan introvert dan extrovert (tambahan aku je ni :)). Tak kisah lah cerita apa sekalipun. Bagi aku, penulis-penulis novel (dan buku-buku lain) juga adalah blogger (except for the 'web' part - [web+logger]). Sebab, cerita-cerita yg dikarangkan adalah berdasarkan pengalamannya yg dilalui penulis tp disampaikan dalam bentuk cerita yg secara directly bukan tentang si penulis.

Yang penting disini yg perlu kita tengok adalah matlamat. Kenapa sebenarnya seseorang tu membuat blog? Apa yg aku dapat lihat, banyak blogger, ramai la juga sebabnya (eh..terbalik ke tatabahasa aku ni?); tempat luahan hati, tempat lepas tension, tempat untuk menaikkan semangat sendiri dan seribu satu lagi sebab. Aku? Hmm...bagi aku sendiri, aku mahu kongsi apa yg aku lalui supaya boleh diambil iktibar. Aku mahu sampaikan apa yg otak aku fikirkan tentang apa yg aku alami. Dan sebenarnya ini juga adalah salah satu usaha untuk kita menuju matlamat kita. Mungkin impact dia tak kuat (tak pasti pulak...), tp sekurang-kurangnya kita dah lakukan satu usaha. Dok gitu? (betulkan aku kalau salah...). Mungkin ada entri yg tak berkesan di hati kita tapi di hati orang lain.

Aku nampak juga dengan blog ni, kita dapat mengingatkan sesama kita agar tak leka; dan juga mungkin dapat memanaskan kembali semangat sahabat kita dan juga diri kita sendiri. Cuba tengok blog-blog sahabat lain. Ada pelbagai cara tazkirah online disampaikan. Dengan harapan matlamat kita tercapai. Guano, setuju?

"Sesuatu yg neutral akan jadi elok bila di tangan orang yg baik, dan akan menjadi buruk di kaki tangan orang yg tak patut memegangnya."

Sampai itulah sahaja tazkirah kita pagi ini (Haa..tengok. Kan dah jadi tazkirah online. Told you so! :))

Wallahu'alam
 
*************************************************
Friday, October 31

Tazkeer...
Jumaat menjelma lagi. Menjengahkan kepala, memanggil-manggil kita untuk bertemu dengannya. Tambahan lagi, Jumaat ini datang bersama seorang lagi tetamu kita yg mulia, Ramadhan. Seperti biasa kalau hari Jumaat, mestilah ada solat Jumaat. Dan seperti biasa juga aku akan tunaikan solat Jumaat di uni. Dan seperti biasa juga, kalau ada solat Jumaat, akan adalah khutbah Jumaat. Tapi, khutbah kali ini adalah suatu kelainan. Khatib utk khutbah buat satu kelainan kepada presentationnya. Aku agak tertarik dengan kelainan yg dibawa ni. Suatu idea yg bagus dan tidak melanggar peraturan berkhutbah.

Apa yg lainnya? Khatib ni bawak alat bantu mengajar semasa khutbahnya. Khutbah kali ini berkisarkan tentang penghayatan kita pada bulan ramadhan. Pada awal khutbah, dikeluarkan oleh khatib sifat-sifat manusia yg hipokrit dengan Ramadhan. Katanya, bila bulan ramadhan, ramai yg pergi solat jemaah di masjid. Tapi bila abis je ramadhan, in fact, takyah tunggu abis Ramadhan pun, tengah-tengah Ramadhan pun orang dah semakin berkurangan.

Dikhutbahkan juga bahawa umat islam zaman ini semakin payah untuk meramaikan masjid. Banyak dalih alasan yg diberikan untuk menjustifykan kenapa tak pi masjid untuk jemaah (dituju kpd lelaki); "jauhlah", "ada kete tapi still jauh", "bizi", dan seribu jenis lagi alasan.

"Hendak seribu daya..."

Lepas tu, khatib mengkhutbahkan tentang penghayatan kita dlm Ramadhan. Masa ni la dia guna alat bantu mengajarnya tu. Khatib membawa satu botol dan beberapa biji cawan berisi air (diletakkan di atas meja di tepinya). Khatib ibaratkan botol tu bagaikan bekas untuk menampung pahala kita semasa Ramadhan. Kemudian, dimasukkan air ke dalam botol tu satu persatu, ibarat pahala yg kita buat semasa Ramadhan; pahala puasa, berzikir, tilawah quran, solat sunat dan sebagainya. Bila abis ramadhan, botol tu (i.e. pahala kita) dinaikkan ke atas. Tu pun masih tak pasti samada diterima atau tak (semoga pahala kita diterima, insyaAllah).

Abis sahaja bulan Ramadhan, kita kembali kepada berbuat mungkar (na'uzubillah); mengumpat, mencela dsb. Kejahatan yg kita buat tu, bagaikan kita mencurahkan keluar pahala kita yg dlm botol tadi. Bila sampai the next Ramadhan, kita kena bermula kembali dengan botol yg kosong kembali!! Alangkah ruginya kita!!

Semoga kita dapat memanfaatkan Ramadhan kita supaya ia tidak sia-sia sahaja. Kita buat biar penuh botol tu, lagi baik, kita buat biar melimpah botol tu. Camne?

Wallahu'alam
 
*************************************************
Tuesday, October 28

Di Sebalik Tabir Malam...
i/
Hari ni hujan sepanjang hari. Berenti. Hujan. Berenti. Hujan. Hujan. Berenti. Keadaan pun jadi sejuk. Rasa macam winter lak. Satu persoalan timbul di benak kepala aku, adakah hujan ini menangisi kezaliman terhadap saudara-saudara islam kita di palestin. Ataupun adakah hujan ni meratapi umat manusia yg lupa dan alpa dlm menanggung tanggungjawabnya sebagai khalifah di muka bumi. Adakah hujan ini hiba dengan uamt islam yg tak reti-reti nak pergunakan Ramadhan ni sepenuhnya. Baru 2 langkah Ramadhan berlalu, telah wujudkah manusia yg sudah mula mengabaikannya?


ii/
Baru sahaja selesai call abati. Ditanya tentang khabaran puasa di perantauan. Jawab, biasa saja. Nothing special, cuma di sini bersendirian je lah. Borak jugak dengan akak dan ibu. Semua sihat alhamdulillah. Tapi yg kelakarnya, adik aku berkembar tu tanak borak ngan aku, malu katanya. Hehe...ngan abang sendiri pun nak malu. Pelik-pelik la budak ni. Adik aku nak aku belikan beg dan jam untuk diorang, tp dia 'order' barang-barang tu kat aku melalui akak aku. Aku cakap balik yg order diorang aku tak terima, kalau nk kena order sendiri. Barang punya pasal, baru la nak cakap ngan si abang dia ni. Isshh..budak ni. Aku tanya satu ayat, dia jawab sepatah. Mahu tak mahu je cakap ngan aku. Hmm...ibu bagitahu kalau akak aku sorang yang sorang lagi call, diorang pun tanak cakap gak...malu (lagi!).

Adik aku akan pindah sekolah. Sebab kami akan pindah rumah. Aku suruh masukkan ke sekolah agama, tapi mungkin payah. Sebab tak ada basic bahasa arab. Bagi aku, bahasa arab tu bukannya masalah, boleh dipelajari. Yang pentingnya suasana di sekolah tu memainkan peranan penting dalam membentuk diri. Fitrah manusia, dibentuk oleh suasana. Payah nak cari manusia yang membentuk suasana. Hmmm....

Dulu, masa awal masuk sekolah diorang tidak dimasukkan ke dalam kelas arab. Adik aku tak nak. Aku pun tak tahu kenapa diorang tak nak. Mungkin di mata diorang, tak nampak kepentingan kenapa kena masuk kelas tu. Aku dulu selalu disuakan oleh abati buku-buku pembentuk fikrah. Abati selalu suruh aku baca buku-buku sebegini, tapi aku hanya sekadar baca kerana disuruh. Dan ada juga buku-buku yg aku tak terbaca. Kini aku nampak kenapa selama ni aku tak ter'motivate' untuk baca buku-buku yg abati berikan. Aku tak nampak kenapa aku perlu baca buku tu. Abati faham kenapa perlu baca; tetapi aku yg tidak faham secara jelas kenapa perlunya baca buku itu. Kini tabir itu telah disingkap sepenuhnya. Aku nampak kenapa perlunya aku baca buku tu. Aku nampak ke mana hala tuju aku. Semoga tabir itu terus dirafa' agar aku tetap di jalan ini.

- Perjuangan ini, Jalan kita -
 
countdown
Countdown to exam...9 hari lagi!!

Semoga aku dapat membuat preparation secukupnya untuk menghadapi exam yg mendatang. Tapi, aku sendiri pernah ckp, "kita takkan bersedia sehinggalah kita mengalami atau melaluinya sendiri". Hmmm....

Yang penting usaha yg aku lakukan bukannya. Seterusnya, letakkan tawakkal kepada Allah. Bak kat seorang sahabat, tahap tawakkal kena tinggi". :)

Wallahu'alam.
 
*************************************************
Monday, October 27

Tetamu
Tetamu itu datang lagi. Kedatangannya kali ini adalah berbeza daripada sebelumnya. Kerna kemunculannya kali ini di suatu tempat yg bagi aku sendiri adalah asing. Tapi ini tak bermakna aku tak akan melayannya. Bal, aku akan lebih menghargai dan memuliakannya.

"...maka muliakanlah tetamunya..."

Aku rasa tak perlu aku cakap tentang betapa mulianya tetamu ni. Rasanya banyak yg telah disampaikan tentang keberkatan dan kemuliaan tetamu segala tetamu ni. Yang pentingnya, kita nak kejar dan capai buah tangan yg dibawa bersama oleh si tetamu kepada tuan rumah. Dan sepatutnya senang sahaja bagi kita untuk mendapatkan buah tangan tu kerana sekarang ni pun musuh kita semakin berkurangan, hanya tinggal satu; al-hawa.

Situasi aku kali ini agak berbeza dengan sebelumnya dan tak pernah aku berada dalam keadaan sebegini dalam menyambut tetamu ini. Kini aku berada di perantauan, bertemankan isteri sahabat taulan rakan seperjuangan. Bersama-sama melayan tetamu pada kali ini. Dan buat kali kedua aku melayan tetamu ni dalam musim peperiksaan; semasa SPM 2 tahun lepas dan juga sekarang di menara KLCC gading. Bagi aku, sama sahaja sama ada exam semasa puasa atau pun tidak. Pabila kita duduk di meja bermuka dengan kertas, yang hanya ada dalam kepala, "alamak! ni camne pulak nak buat ni??!". Tapi, yg aku dapati dalam keadaan berpuasa ni aku dapat jawab exam dengan lebih tenang. Mungkin kerana nafsu yg dulunya memberontak, meronta-ronta, tapi dapat dijinakkan; melahirkan ketenangan. Mungkin juga kerana tetamu ini sendiri menghasilkan aura-aura yg menenangkan. Walau macam mana sekalipun, kedatangan tetamu ini amatlah sangat dielu-elukan.

Cabaran yang perlu aku hadapi untuk melayan tetamu ni meningkat dengan datangnya aku ke sini. Masa yg lebih panjang; suasana yg langsung tidak "kondusif" bak kata orang sini; pusat-pusat bujil yg mempunyai kaki; cabaran peperiksaan. Itu hanya sedikit dan tribulasi yg terbesar sekali yg aku perlu hadapi adalah al-hawa. Ini semuanya bukannya pelemah semangat, bal lebih memberi advantage kepada aku kerana aku lebih banyak peluang untuk menambah point-point aku kalau aku menang dalam pertarungan. InsyaAllah...

Ramadhan || BROTHERS

Bertemu kembali dengan Ramadan
Kurasakan bahagia menyelubungi
Ya Allah daku bersyukur
Kau pertemukan aku semula

Ramadan yang mulia
Di Ramadan Ya Allah
Rahmatnya ku rasa
Banyakkan beribadah
Ku tahu pengampunan Mu
Melangit tinggi

Ramadan rahmat dari Ilahi
Banyakkan beribadah dan berdoa

Hapuskan dosa tingkatkan pahala
Semoga beroleh nadirah
Semoga kita menjadi hamba yang setia
Ramadan menyedarkan aku

Kesusahan yang dialami insan lain
Ramadan ujian Ilahi
Mengajar erti kesabaran dan kesetiaan
Andainya ini Ramadan terakhir bagiku
Kuharap ianya kan membela ku di akhir nanti

----------
Mari layan tetamu. Klik di sini.
----------

Semoga dalam kesibukan arus dunia ni, kesibukan exam dan sebagainya tidak menjadi batu penghalang bagi aku untuk mengutip point-point yg boleh aku tukar gantikan di kemudian hari. Aku ingin ucapkan selamat menyambut hari raya selamat menyambut ramadhan. Pergunakanlah ia sepenuhnya, jangan sia-siakannya kerana mungkin inilah kali terakhir kita dapat melayan tetamu kehormat kita ni.

Wallahu'alam
 
*************************************************
Friday, October 24

Powered by...
Hehe...cuba tengok kat bawah sebelah kiri sekali. Apa yg pelik kat situ :P. Aku berjaya menukar logo blogger kepada logo aku sendiri -U- Powered by ukhuwwah. Maaf kalau buruk sikit logo tu. Aku buat guna Paint je. Tu yg nmpk cam 'cacat' sikit. Aku takde software untuk mengedit ataupun membuat apa2 design. Lepas format hari tu (kompiter aku buat hal), aku takde install apa-apa software lagi untuk bermain-main dengan image, gambar dsb. InsyaAllah lepas exam aku akan hasilkan artwork dengan banyaknya (yeke ni?? boleh cayer ke budak ni??). InsyaAllah...

Ayuh kita sama-sama letakkan logo ni di blog masing-masing. Ayuh!!
 
Share lagi...
Ni lagi satu entri yg 'mantap' :). Klik sini.
  Share
Just nak share satu entri yg menarik, dari kaca mata berbeza drp blog ni. Klik sini. Semoga bermanfaat.

  Bila nur melimpah di hati...
i/

"Bila nur melimpah di hati...manusia itu bangun....dari alam kegelapan..."

Hati manusia adalah suatu yg kompleks. Tapi di situlah segalanya berpusat; gerak-geri kita, perlakuan kita, tingkah-laku kita, hatta pemikiran kita sekalipun berasalkan dari seketul darah tu.

"...ketahuilah, itulah hati."

Nur yg dilimpahkan ke dalam hati bukannya dapat dicurahkan oleh sesiapa melainkan Dia yang Esa. Kita tak dapat memberikan hidayah kepada sesiapa, kerna kita hanyalah makhluk yg hina. Manakan mungkin seorang yg kotor dapat menjadikan orang di sekelilingnya bersih. Berkawan dengan tokey perfum, kita pun akan turut berbau wangi.

Aku sebenarnya amat terharu dengan satu peristiwa. Di mana seorang sahabat itu sanggup membuatkan sesuatu yg merupakan perkara yg amat diberat di mata (dan juga hati) orang selainnya. Beliau sanggup untuk meninggalkan sisa-sisa jahiliah yg mencengkam dirinya. Perubahan yg dilalui amat mengharukan bukan saja aku, tapi ramai juga sahabat-sahabat yg lain. Bila teringatkan kembali hijrah tersebut, hati aku timbul suatu perasaan. Perasaan ni tak dapat aku nk gambarkan dengan kata-kata. Bahkan tiada perkataan yg wujud untuk mendeskripsikan perasaan ni. Terharu. Gembira. Sedih. Bangga. Bagaimanakah mungkin kau mahu tafsirkan semua perasaan ni. Ia hanya dapat dirasai oleh mereka yg melihatnya, lebih-lebih lagi mereka yg mengadakan sendiri perubahan tersebut. Perubahan ini tak mungkin dapat dihasilkan kalau tidak kerana nur iman telah melimpah ke dalam hati. Mana mungkin mahu mengatur langkah jika jalan di hadapan diselimuti kegelapan. Lampu neon yg mencurah di jalan, jika malap, masih tak dapat membantu untuk digunakan sebagai panduan. Kalau dapat pun, hanya langkahan mikro kecil dapat di buat. Kita sendiri akan menjadi takut untuk melangkah jika kita tak tahu apa yg ada di hadapan.

"...manusia memusuhi apa yg ia jahil tentangnya..."

Kita meminta kepada pihak yg Berkuasa agar memetik suis lampu neon itu agar kita mungkin untuk melangkah maju ke hadapan. Untuk melangkah dengan lebih berani, kita perlukan teman di sisi yg ingin turut sama melangkah. Teman yg sefikrah. Teman yg ingin ke destinasi yg sama. Supaya kita utuh berada di atas jalan yg bersuluh. Kegembiraan sama dirai, kesedihan sama dikongsi, rintangan sama ditempuhi.

"Moga tabah hati...tak berbelah bagi..."

----------

Nur Di Hati || RABBANI

Bila nur melimpah di hati
Manusia itu bangun
Dari alam kegelapan
Ibarat mata yang berseri

Meratapi mentari pagi yang
Indah dan cerah menerangi
Kerana iman dan juga islam
Telah menjadi keyakinan

Bila quran dan sunnah didaulatkan
Ketika itu jiwa dikorbankan
Harta kemewahan dilaburkan
Demi untuk agama kebenaran

----------
Limpahkan nur ke dalam hati. Klik sini.
----------

"Rabbanaa laa tuzigh quluubana ba'da iz hadaitana, wahablana min ladunka rahmah. Innaka antal wahhaab."


ii/

Jumaat datang menjengah lagi. Moga terbit lagi kisah-kisah yg boleh dicoret diambil iktibar dan pengajaran :).

Wallahu'alam