Dapatkan lirik nasyid. Klik di sini. alJabal banner :: Pendakian Menuju Impian Nun di sana... a
l
J
a
b
a
l
Dapatkan disini...
Ku coretkan sebuah kisah kehidupan...


-Nasyidblog-

Sesekali ku terkenang...

"Jika bulan itu umpama Rasulullah, aku ingin menjadi pendampingnya yang paling akrab. Jika bulan itu agama kita, aku mahu menjadi pendampingnya yang paling akrab."

 

 

 

 


 

 


coretan terdahulu

August 2003 / September 2003 / October 2003 / November 2003 / December 2003 / March 2005 / April 2005 / May 2005 / June 2005 / July 2005 / August 2005 / November 2005 /


***********************

**Banjaran Kehidupan**


**************************
 

-hiwaar-


***************************

Sebarang komen atau anda ingin berhubung dengan penulis, sila hantar email anda ke sini.

***************************

 

Disklaimer: Cerita ini ada kena-mengena dengan yang hidup, masih meneruskan hidupnya, dan yang hidup tak ingat mati.  Sebarang coretan yang dititipkan tiada bertujuan menyentuh sensitiviti sesiapa sahaja yang sensitif. Jikalau sebarang entri di sini terkena sesiapa, harap dimaafkan. Bukankah seorang mukmin itu saling nasihat-menasihati.
Wallahu'alam.


Paparan terbaik 1024 x 768

hak cipta tak terpelihara jabal_nurr
pergunakanlah isi kandungan sebaiknya

version xxx

 

This page is powered by Blogger. Isn't yours?
Powered by Ukhuwwah!


Weblog Commenting by HaloScan.com
 

*************************************************
Sunday, September 28


Hari ini aku agak keletihan. Banyak yang telah berlaku sejak 2-3 hari ni dan semakin banyak aku belajar tentang kehidupan kita yang sementara ni. Terlalu banyak juga aku ingin coretkan tapi apakan daya..., tambahan pula sekarang ni aku tak dapat nak fikir secara jelas buat masa ni -keletihan-. Arraahatu lirrijaalu ghaflah. Aku tak boleh berenti sekarang hanya kerana aku letih. Banyak benda yang perlu aku buat dan bak kata2 seorang sahabat, "masa yang kita ada terlalu sedikit berbanding banyak kerja yang perlu kita lakukan". InsyaAllah aku akan kembali untuk menitipkan ilmu yang aku perolehi. Wallahu'alam

Komen? Respon?
 
*************************************************
Wednesday, September 24

progress
You know what..today i found another friend of mine jumping (well, not really jumping, kinda signing in...) into the blogging arena. Well, it's good to know that people are sharing their experiences in their daily life, not to mention a view of the world from another pair of spectacles shades eyes.

I found that people blogs for different reasons; as an online jurnal, to express their feelings, to relieve themselves of the burdens they're carrying and for other different reasons. For me, i just like the idea of sharing one's thought with others. Each and every one of us have our own way of looking at life. And that's what makes our life warna-warni colourful. Even though I can't really type in all the thoughts that i had due to (different) constraints and such, I still had the opportunity to share some of it.

I think I should stop now, coz' i've already blogged for today (not to mention it was a long one!). People may not have the time to really read it (kesian diorang...). Well, see you tommorrow. Assalamualaikum..

--nice!--

Repondez sil vous plait
 
*************************************************
Tuesday, September 23

projek
i. hmm...hari ni aku macam tiada mood untuk menyelesaikan projek programming (yg masih tak dpt nk start!!) aku tu. Aku pun tak tahu kenapa aku jadi camni dalam 2-3 hari ni (better change my mood fast...). Aku betul-betul blank nk mula camner. Aku dah cuba bertanya kepada senior aku, tp solution yg dia bagi kat aku tu macam tak jadi je (thanks anyway). Kalau penulis ada "writer's block", kalau aku ni kena block apa lak? Hmm...i wonder to ponder...

Untuk tak membazirkan masa aku camtu je, aku sambar buku yang aku pinjam dengan senior aku kelmarin. Tajuk? Tajuk dia "Ghulamud Dakwah". Kau pun tahu kisah ghulam ni kan? So tak perlu la aku citer kat sini. Aku tengok matan hadith dia, cara Rasulullah s.a.w. cerita tu straight forward. Terus kepada points-points dan takde pusing-pusing cam buku-buku novel. Effect (pengajaran) sampingan yg aku dapat dari hadith nabi (s.a.w.) tu selain kisah dakwah ghulam, aku juga dapati sebenarnya hadith tu jugak tunjuk kat kita camna cara sebenar nk bercerita. Sebab apa2 sahaja cerita yg kita nk sampaikan kat orang, yg pentingnya adalah ISI. Kita nk sampaikan pengajaran cerita tu kat orang bukan nk melalaikan orang. Maksud aku dengan melalaikan ni adalah; bila kita citer sesuatu kisah tu kalau kita duk berbelit2 (i.e. menyedapkan citer), nnti orang yg mendengar akan tenggelam dalam belitan tu. Last-last, isi kandungan cerita tu tak dapat disampaikan sepenuhnya.

Apa? Nak bagi sedap cerita? Betul...aku setuju. Tapi bila terlalu nk sedapkan, prioriti kita akan beralih; dari pentingkan isi, bertukar kpd penekanan kepada jalan cerita. Bila keutamaan dah beralih, matlamat sebenar tak akan tercapai atau lebih teruk matlamat itu sendiri akan tergelincir daripada landasannya. Apa yang aku cakap taip ni boleh diapplykan dimana2 saje, bukan setakat nak bercerita sahaja...Yang penting; MATLAMAT

ii.
Pagi tadi aku kuar pi teman sahabat aku tengok keter dia yang rosak kat workshop. Keter tu perlu disiapkan secepat mungkin sebab nak diguna secepat mungkin jugak. So, tanya la mekanik (orang aussie) tu bila boleh siap dan katanya insyaAllah akan siap lunch nnti (tapi dia tak sebutlah "insyaAllah" tu). So, kitorang pun balik la (takkan nak tunggu sampai tengah hari kot). Aku pun terpikir, selalunya orang duk sebut pasal "janji melayu" (hmm..kena ubah trend ni) yang selalunya lewat drp masa yang dijanjikan. Kali ni aku nk tengok lak camner "janji aussie" ni. Kalau lewat gak, takleh pakai la istilah "janji melayu" lagi sebab bukan melayu je yg lewat, dah jadi universal dah.

iii.
Sebaliknya (betul ke tatabahasa aku ni??) dari workshop tu, ingatkan nk sambung balik projek programming tu, tp nmpk gayanya tak tersambung...masih blank. So aku pun online la, tetiba "BUZZ". Mesengger aku berbunyik. Lor..rupanya sahabat lama aku. Borak la, tanya pasal kehidupan dia seharian, tanya pasal study dan...ala benda biasa la orang borak. Tah camner, terkeluar satu topik ni pasal diri kita. Kata beliau, kita ni sebenarnya tak tahu siapakah diri kita sendiri ni. Kita tak kenal tentang perihal peribadi sendiri walaupun kita ingat kitalah paling arif. Oleh sebab kita tak tahu siapa kita, sebab tu la wujud macam2 budaya...kuninglah, merahlah, hitamlah. Kita duk tercari-cari camne diri kita sebenarnya, tu yg kita tgk ader yg cuba jadi ayam (rambut terpacak), ada yg cuba jadi lembu (tindik sana sini sinun), ada lak yg mengaku asal dari beruk dan macam2 lagi lah. Ala...apa susah2. Bak kata kamal_san dalam bloging dia, ish...tak jumper cari la pulak kata2 dia ni. Kta beliau, robot yg beliau buat tu kena ikut manual baru jadi. Kita sebagai manusia pun ada manual kita -al-Quran & sunnah- so kalau tak ikut, sama la kita ngan robot tu; rosak la kita.

Ok, berbalik kepada sahabat lama aku tu. Dia pernah berborak dengan seorang senior yg rapat dengan dia pasal ilmu diri (istilah aku reka sendiri ;)), senior bagi satu nasihat yg amat berguna. Kata beliau (senior tu la...), hanya Allah yang tahu tentang diri kita. Jadi kita berdoalah, "Ya Allah, kenalkanlah aku dengan diri ku sendiri". Jadi, mari kita ramai2 berdoa. "Doa senjata mukmin".

iv.
Hmmm, another long entry by me. Hope that i didn't bore anyone. (eh..how come you're eyes are red?). Tengok, kan aku dah cakap. Sekali aku tulis taip, memang tak reti nak berenti. Maaf ye... :)

v.
-end-

vi.
-tamat-


-misiku
Komen? Respon?
 
*************************************************
Monday, September 22

percubaan
...this is my next attempt on doing my programming project (which i couldn't even get started!!)
Ya Allah bantulah hambaMu yang lemah ini...

(my shortest entry yet :))
 
*************************************************
Sunday, September 21

ganbate!!
i. My friend wrote to me:

bui dulu sepukul

"ingat sokmo hok mok pese,
nak-nak kali ambo nok turun jale,
ingat sokmo ke tuhe,
kito ore issele,
jange tingga semaye,

ingat sokmo hok mok pese,
nak-nak kali ambo nok turun jale,
walau jauh duduk tepak ore,
jange lupo kapong lame,
woreh waroh di kelate,
jange sombong nga ore."

paham tak? :)

ii.

Progressing...

iii.
Hari ini sekali lagi sahabat aku memberikan suatu nasihat berguna kepada aku tentang blogging ni. Apa kata dia...beliau kata kat aku, aku patut blogging selalu. Ada cerita je, terus tulis biar citer tu still FRESH. Hmm..betul gak tu. Makanan pun kita nak fresh, ikan, buahan dan sebagainya. Apa bezanya kalau kita applykan kat sini kan? Dok gitu? InsyaAllah aku akan cuba untuk kekalkan kesegaran blogging aku ni.

TAPI...apa yg aku tulis kat sini pun ilmu jugak kan (jangan sempitkan konsep ilmu). Nabi sendiri pernah sebut; ilmu ni barang jatuhan org mukmin, kalau kita jumper kita amik la (sila betulkan kalau salah...aku lupa matan dia:)). Ilmu ni berterusan kesegarannya. Ia takkan basi, samada ia akan dikekalkan kesegarannya dengan pengamalan berterusan-istiqamah- ataupun ia diTAMBAH kesegarannya dengan dipermajukan ilmu itu sendiri. Either way, ilmu takkan basi!!

iii.
Hari ini aku ada jumper sorang student yg buat foundation kat KMB dulu. So aku tanya la dia kenal ke tak sepupu aku yg masih buat ada kat situ buat foundation medic. Dia cakap dia kenal. Dia citer la skit yg sepupu aku tu power kat kmb tu. Study gempak, pastu lebey kurang 'leader' jugak la kat situ. Kau ingat tak aku pernah cakap pasal bahasa Arab aku? Sepupu aku tu pun belajar ngan ustaz sama, tapi dia masuk kelaas tu lebih awal dari aku. Aku pindah sekolah, so aku tak dapat la nak habiskan pengajian bahasa arab ngan ustaz tu. Sepupu aku beruntung, dia tak pindah sekolah. So, dapatlah dia abiskan pengajian tu. Eh, apa kaitan aku cerita pasal ni lak kat kau kan? Camni, masa duk borak2 pasal sepupu aku ni (mengumpat la pulak...hehe), dia cakap sepupu aku ni mempraktikkan bahasa arab dia kat kmb tu. Kau nak tahu camne cara dia praktikkan arab dia tu? Sepupu aku tu, tulis nota pelajaran (i.e. bio etc) dia dalam bahasa arab!! Aku ulangi, nota dalam bahasa arab!! Wah!! Aku dengar tu, aku tercabar!!! Hehe...naik semangat aku rasanya nak sambung balik bahasa arab yg aku tinggal ni. Hari tu ustaz bahasa arab aku email pasal bahasa arab ni, sekarang ni sepupu aku lak. Memang Allah nk suruh aku teruskan dengan pengajian bahasa arab aku. Ya, Allah bantulah hambaMu....

iv.
Ni la sebabnya aku tanak menulis tetiap hari. Yela, cuba kau tengok kat atas tu. Sekali tulis tatau nak berenti. Pastu jadi panjang sangat lak. Pastu nanti, takde orang nak baca lak. Ishh....takpelah. Kalau kau tanak baca, aku bukan rugi apa. Kau yg sebenarnya rugi sebab mungkin kau terlepasa daripada mendapatkan ilmu yg kau tak tahu sebelum ni. Kalau kau dah tahu pun, boleh dijadikan sebagai peringatan. Kau jangan lupa, kita ni manusia dan manusia ni adalah seorang (semanusia?) yang sentiasa lupa. Lupa nak ucap syukur kepada Allah bila kita dapat nikmat, lupa nk beristighfar bila kita buat salah, SERBA-SERBI LUPA!!

v.
-end-

---adakah kau lupa---
 
*************************************************
Friday, September 19

maha suci Engkau
i. Maha Suci Engkau...yang menyinari alam ini dengan kenikmatan Islam. Maha Suci Engkau...yang masih lagi memberikan ku hidayahMu, agar Engkau tidak memesong hati ku ini. Maha Suci Engkau...yang memberikan ku keupayaan untuk meneruskan perjuangan ini. Maha Suci Engkau...di atas rahmat dan kasihMu terhadapku yang tak terhitung bilangannya. Maha Suci Engkau...

ii.
Berlepas sudah 8 minggu dalam pengajian aku, bermakna bermulalah 2 minggu cuti mid-sem aku. Harapan aku kecik je; biarlah cuti aku ni tak terbuang camtu je. Biar aku dapat manfaat dlm cuti ni tak kisah dari sudut mana datang manfaat tu. Baru je tadi aku abis buat lab electrical circuit. Syukur alhamdulillah dapat menyiapkannya dengan jayanya. Memula tu circuit yg aku pasang tu buat hal. Rerupanya ader wayar yg short circuit. Mungkin ada dosa aku yang aku buat kot; Allah nk balas situ gak. Akhir lab tu, aku yang paling last. Lab demonstrator pun dah nk blah dah, cuma tunggu aku je nk siapkan repot tu...hehe. Yela, nk buat repot yg terbaik. Pastu tawakkal la kan. Yang penting ikhtiar tu perlu kita buat bersungguh.

iii.
Semalam sahabat aku ada citer pasal rezeki. Dia cakap, kita ni kalau nk derma tu pikir 3-4 kali (mungkin lebih dari tu!!) untuk masukkan duit dalam tabung tu. Duit tu pun kalau kita tak masukkan pun dalam tabung tu , kita still tak kofem betul ke kita akan guna duit tu. Entah-entah hilang camtu sajer. Bukan sajer duit ilang, pahala sedekah tadi pun tak dapat jgk (RUGI!!). Dia pun citer la masa dia pegi tukar duit untuk dapatkan small change utk laundry, cashier tu bg lebih kat dia. Dia pun still amik gak duit tu (AMARAN KERAJAAN: Jangan tiru cara ni!!). Pastu bila dia nk buat laundry, masuk duit $3 kat washing machine tu. Cuba kau teka apa jadi? Haa..betul tekaan kau. Mesin tu tak hidup (i.e. tak terbasuh la baju dia!!). Hehe...kesian. Moral of the story? Faham-faham jela...

My beloved abati pernah bagitahu aku dulu pasal rezeki ni. Setiap kita dah ditetapkan rezeki kita oleh Allah. So, kalau kita amik duit tu melalui jalan tak halal (i.e. cara haram la!), duit tu (atau apa saja barang) mmg rezeki kita yg telah ditetapkan. Cuma kita amik rezeki tu secara haram dan 'awal' dari masa yg di'allocate'kan. Bukan sajer kau dah men'cantas' rezeki kau yg sepatutnya terima suatu masa nanti, tapi kau dapat BONUS lagi tu...DOSA!!

-semoga hidup bermanfaat-
 
*************************************************
Tuesday, September 16

segala puji...
i. Alhamdulillah, dah habis pun test midsem untuk semester ni. Lega sebab dah habis test (buat masa ni la..), walaupun ada test yang aku rasa boleh buat lebih baik daripada tu. Maybe aku perlu lebih kuat untuk study... Teringat pulak aku apa yang aku baca dalam sebuah buku ni, SEBAB tidak dapat melahirkan kesan; sebab tidak ada kuasa untuk melahirkan sesuatu kesan melainkan diizinkan oleh al-Khaliq. Kalau camtu, kenapa kita study kuat-kuat pulak? Kita study tu kerana satu sebab je, DAH MEMANG ALLAH SURUH!! Kita sebagai hambaNya hanya ikut je apa yang disuruh. There's no other way about it. Api takkan membakar kalau Allah tak izinkan ia untuk membakar. Tengok masa Nabi Ibrahim a.s. kena campak dalam api, tak terbakar pun.

ii. Ada seorang sahabat aku cakap, aku ni jarang sangat nk tulis blog. Tapi bila sekali tulis, panjang lak. Tapi lepas tu tinggal balik. Sama la cam entri ni ;). Bukan apa, aku bukan tak ada idea nk tulis i.r. blogging kat sini. Tapi entahlah, aku pun tatau apasal aku jadi malas nk tuliskan kat sini. InsyaAllah aku akan kerapkan lagi untuk menulis kat sini. Setiap kali berlaku sesuatu peristiwa dalam kehidupan seharian aku, setiap kali tu la timbul idea untuk nk tulis apa kat sini. Tapi nmpknya idea2 tu just go to waste sebab aku tak salurkan kat blogging ni. Aku minta maaf la kat ko sebab tak dapat nk kongsi ngan ko idea tu. InsyaAllah kalau aku ingat balik aku akan tuliskan balik kat sini ek :)

iii. Hari tu secara tetiba sahaja sampai suatu email daripada orang yang dah lama aku tak berhubung. Terkejut gak aku. Eh...bukan, bukan kekasih lama la...mana ader. Yang hantar email tu adalah ustaz yang mengajar aku bahasa al-Quran dulu. Baru je ari tu aku teringat kat dia. Tengok2 sampai berita. Aku pun reply la balik kat dia, aku reply guna bahasa Arab (tapi tulis guna huruf abjad la...). Aku pun ada kasitahu dia Arab aku pun dah karat dah sebab lama tinggalkan (betapa ruginya aku!!!) Arab aku dah agak karat sekarang ni. 2 hari lepas tu dia balas balik, dia cakap Arab aku still okey. Alhamdulillah...pastu dia cakap apa kat aku. Aku quote balik kata dia; "For about being an enginerer. We've got plenty of them, become a scholar!!" Hmmm...kata2 dia buat aku terfikir gak. Jurutera memang ramai, member2 aku kat utp sana berlambak-lambak lagi amik engineering. Yang kekurangan sekarang ni adalah ustaz-ustaz untuk mendidik anak bangsa. Kalau kau tengok berita sekarang ni pun penuh dengan penyakit sosial. Baru2 ni sibuk pasal gangster di SBP. Apa la nk jadi dengan generasi zaman sekarang. Seriously, aku pikirkan benda ni sangat diperlukan. Apa pendapat kau?

Ustaz aku tu pun ada cakap pasal arab aku, takkan la aku nk bazirkan camtu saja. Teringat lak kata2 sahabat aku dalam blogging dia, kita ni tak reti jaga ilmu kita. Sebab tu la dia (ilmu) lari dari kita, jadi kita pun lupa dengan apa yang kita belajar dulu. Aku ulang sekali lagi, BETAPA RUGINYA AKU!!!

iiia. Bercakap pasal study, skang ni pun aku duk sibuk tulis entri ni. Esok ada tutorial tapi tak buat lagi. Kau rasa teruk tak aku? Banyak jugak sebenarnya aku nk cover ni. Ye la, duk menangguh je aku ni. Dasar procrastinator semi-pro memang camni. Last2 minit baru nak buat. Kau jangan tiru aku lak, nanti tak siap lak assignment kau yang berlambak tu. Takpela, aku tulis entri ni pun sebagai suatu refleks terhadap pertanyaan member aku. Lagi pun, kau pun dapat baca gak. Eh, kau duk baca entri aku ni dah siap ke kejer kau? Nanti jangan salahkan aku lak kalau kau tak siap. Hehe, gurau je.

Aku pernah buat satu pact ngan sorang member aku ni last sem untuk saling peringatkan untuk study. Tapi, this sem cam tak jadi sangat...hehe. Oklah, aku pun nak buat kejer aku. Makan malam pun tak lagi ni. Dah lebih seminggu rumah aku tak masak nasik. Lauk takde..hehe. Nantila aku sembang ngan kau. Chow lu, assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.


-puncak gunung masih jauh-
 
*************************************************
Tuesday, September 9


i. Seperti yang aku tuliskan pada entri yg lalu, sampai juga akhirnya Raihan ke sini. Malam sebelum konsert tu, diadakan perbincangan bersama Raihan bertajukkan "Nasyid Sebagai Kenderaan Dakwah" atau dalam bahasa Melayunya "Nasheed as a vehicle for Dakwah". Pada awal perbincangan, hanya sekadar pertanyaan yang ditujukan oleh penonton tentang camner Raihan boleh famous, apa rahsia diorang dan sebagainya. Aku rasa perbincangan malam tu sebenarnya duk menunggu2 satu soalan last ni yg dikemukakan oleh senior aku. Dia cakap pasal identiti nasheed yang semakin hari semakin hilang 'identiti'. Nasheed ni sebenarnya diadakan sebagai salah satu alternatif kepada kita untuk dapatkan hiburan yang islamik dan juga untuk MENGINGATKAN kita kepada Khaliq kita. Tapi sekarang ni konsep nasheed ataupun identitinya semakin pudar. Banyak nasheed yang 'melalaikan' (kalau tak paham maksud ni, tanya aku). Niat nasheed yang pada asalnya diadakan adalah untuk mengajak orang kepada Islam bertukar kepada niat2 lain yang tak perlu aku sebutkan kat sini. Nasheed menjadi semacam tiada beza dengan lagu2 pop lain dan sebagainya. TAPI, alhamdulillah ia masih lagi menyampaikan pesan2 supaya kita mengingati yang Mencipta.

Bercakap pasal identiti, camner pulak dengan kita sendiri sebagai umat Islam yang beriman. Ramai yang hanyut dalam arus dunia yang mengalir deras. Aku sendiri pun kekadang secara tak sedar diseret arus tu walaupun cuba untuk berpaut sekuatnya pada dahan yang ada. BETAPA LEMAHNYA MANUSIA!!! Hanya satu je kita nak meredah arus tu dengan berjaya. Dan aku rasa kau sendiri pun tahu aper benda tu...

ii. Pernah tak kau secara tetiba je, masa dalam lecture ke, masa duk study ke tak kira masa la; secara tetiba je datang imbasan-imbasan memori lalu. Aku rasa perkara ni biasa je pada manusia cam kita ni (kau manusia kan?). Aku nk cakap kat sini, bukan memori2 indah yang datang mengetuk pintu benak tapi memori kenangan lalu yang membuatkan aku sedih dengan kejahilan lalu. Bila je memori tu datang, memang berenti sekejap kerja yang aku buat. Terkenangkan KEJAHATAN aku tu. Betapa jahatnya aku, betapa jahilnya aku.

Memang apa yang berlaku tu kita tak boleh buat apa2, tapi itulah yang membuatkan aku lagi sedih. Tak dapat nk perbetulkan apa yang telah aku buat. Kau pun tahukan, mana mungkin kita kembali ke masa yang lalu. Setiap kali tiba hari yang baru, wujudlah juga suatu makhluk baru yang diciptakanNya; "ana khalqun jadeed!". Setiap hari baru dicipta sebagai pentas baru bagi kita untuk "melakonkan" kehidupan kita dengan harapan kita mendapat anugerah "oscar" nanti kerana lakonan kita tu. Kau paham apa aku tulis kat sini kan?

iii. Kau tahukan rumah aku takde tivi? Saje je aku tanak beli; yela, satu; dapat jimat duit jimat letrik, dua; tak yah bazir masa aku tengok tivi. Aper? Nak dengar berita? Ala...internet ader, apa susah. Bila takde tivi ni, aku dapat suatu pengajaran yang SANGAT BERMAKNA. Apa dia kau tanya? Aku dapati, tivi ni memang merupakan satu alat propaganda yang SANGAT BERKESAN. Tak dapat aku nk emphasize betapa berkesannya tivi ni kepada penontonnya. Tivi ni boleh dianggap sebagai panggung kecik. Yela, kat tivi pun kau leh tengok movie-movie. So, apa bezanya ngan cinema kan? Dok gitu? Aper, sound system tak power? Apa ko tak tengok rumah2 yang ader speaker keliling pinggang tu; ala...sekeliling bilik tu, yang surround system tu. Aper, screen kecik?? Ko tak tengok ke tivi2 yang setinggi kau. Kau tinggi kan? Ha...tinggi camtu la. Yang lagi tinggi pun ader aper...

Apa yang aku nk bagitau ko kat sini, tivi tu memang kuat pengaruhnya. Terutamanya kat bebudak kecik. Kartun-kartun yang diorang tonton tu membentuk peribadi diorang. Betul aku cakap ni. Kan ada kartun pasal hantu, cam Casper tu. Kartun tu menanam dalam pemikiran diorang yang setan/jin ni baik. Padahal kita tahu setan ni MUSUH KITA YANG NYATA. Tu baru satu contoh. Contoh2 lain kau cari sendiri la. Bebudak besar pun sama gak, turut terpengaruh dengan prinsip2 dan gaya hidup yang dibawa oleh pelakon2 tu. Cara diorang pakai baju, cara diorang berinteraksi, perangai diorang dan sebagainya. Kalau kau tak caya, cuba kau tengok camne keadaan orang sekeliling kau. Kau tak payah pegi jauh, tengok je sekeliling ko sekarang. Takpun kau tengok kat dalam cermin kat dalam bilik air tu. Sedikit sebanyak kita terpengaruh. Memang payah kau nak lari, suasana lebih membentuk kita daripada kita yang membentuk suasana. Kalau kau tak setuju ngan aku, tak payah nk marah aku. Kau buat la blog sendiri, pastu tulis la apa kau nak. Kat sini blog aku, so ikut suka aku la nk tulis apa.

Dah la, dah panjang sangat aku tulis ni. Kau pun tak tentu akan baca sampai ayat ni. Lain kali la pulak aku tulis.

- aku mahu lupa -
 
*************************************************
Thursday, September 4

php
Penin...aku penin...tak faham aku pakai php ni. Konfius, bingung, BENGANG!! Aku cuba, dan cuba dan cuba jugak untuk pecahkan kebuntuan php ni. Tp apsal still aku tak dapat nk betulkan gak site yang php tu. Dah dua orang aku berguru, tp still ada masalah. Nak buat standalone pun tak dapat jugak. Masalah ngan database kat kompiter aku ni sendiri pulak. Aku pun tak paham (korang pun tak paham gak apa aku tulis ni kan??).

Abaikan...

Sejak dari balik uni tengah hari td lagi aku duk cuba. Naseb baik hari ni bukan turn aku masak, senang la sikit nak setelkan masalah ni (walaupun tak tersetel gak!). Penin aku dibuatnya. Just give me HTML any days, i would gladly do it. But just don't give me this damn PHP! Ish..mengarut lak aku ni. Serius aku bagitau korang, kalau nk buat homepage tu, pakai je la HTML; lain la kalau korang dah betul2 terer programming PHP. Kalu camtu ok la. Tp, drp pemerhatian aku, html jugak la senang nk modify sendiri sebab kita dah customize sepenuhnya page kita tu. Kalau dengan PHP, kena cari theme kat internet sebab kita tak reti nk tulis dalam PHP. Macam-macam la language ni. Penin aku. Dulu sebelum belajar programming, nk sangat belajar. Sekarang ni, TAKNAK!! AKU DAH SERIK!! Hehe...gurau je. Aku still minat nk belajar programming tp biarlah aku belajar dlm masa aku sendiri.

- Ku dorong diri ini mendaki bukit yang tinggi -
 
Raihan naik tram
Hari ni aku rasa letih semacam je. Aku pun tatau kenapa. Lemah semangat je aku rasa hari ni. Dan pagi tadi, di awal subuh Raihan menjejakkan kaki ke bumi Australia ni. Bagus betul la diorang, datang sini tak kisah pun nk stay memana. Ni mudah kejer ngan orang yg nakkan Islam. Dunia tak penting bagi dia, tapi tak bermakna kita kena teruskan tinggalkan dunia ni. Kita pun ada bahagian kita di dunia ni, cuma kena gunakanlah sebaik2nya.

Berita buruk...takde la buruk pun sebenarnya. Tp still tak bes, aku tak dpt nk bawak Raihan jejalan naik van. Aku pun sanggup ponteng kelas nk teman Raihan. Tapi dia nk naik tram. Biasala, dah sampai kat Melbourne ni mestila nk merasa naik tram. Member aku dari yang duk dlm Australia ni yg duk luar Melbourne pun still nak naik. Inikan pula datang dari Malaysia. Sebenarnya aku rasa takde beza tram ni ngan LRT ke Putra ke. Sama je sume sebenarnya. Takpela, aku ada tugas lain lak, salah satu benda yg aku minat; menjadi kameraman...hehe. Ada member aku ni bagus betul, berdedikasi dalam buat kerja dia. Memang bersungguh-sungguh dia buat kejer. *TabIK** Semoga Allah balas perbuatannya dengan balasan yg setimpal. Amin...




  ...
Hmmm....ader sorang brader tanya aku td, apsal tak update blog. Sebenarnya aku memang nk update pun. Kalau boleh aku nk ubah bloger ni untuk dijadikan sebagai personal website aku sendiri. Tapi...apakan daya, tak berkesempatan dan aku pun sebenarnya kehilangan idea. Entah ke mana la larinya idea2 aku. Maybe sebab aku tak jaga idea tu dengan baik (i.e. tak perguna sebaiknya), tu la pasal dia lari.

Benda yang paling jauh bukanlah bintang di langit, bukan lah bulan dan matahari; tapi yang paling jauh adalah masa. Itulah yang memang aku sangat kekurangan sekarang ni. Tu yg blogger ni pun terpaksa pakai template yang ada :) dan 'make-up' yang teramat la minima. Aku pun tak pasti sebenarnya ada ke orang yang akan masuk website aku (currently blogger) ni. Tu yg cam melemahkan semangat aku. Tp...apa kisah. Aku bukan buat untuk orang. InsyaAllah aku akan cuba develop blogger. Anyways, dah lewat malam dah ni sebenarnya. Homework pun ala kadar je siap...takpelah. Aku dah cuba yang terbaik. End

- ku dicantas masa tanpa ku sedari -

p/s: Jumat ni habis le Raihan nnti, kena naik van yg aku drive :)