Dapatkan lirik nasyid. Klik di sini. alJabal banner :: Pendakian Menuju Impian Nun di sana... a
l
J
a
b
a
l
Dapatkan disini...
Ku coretkan sebuah kisah kehidupan...


-Nasyidblog-

Sesekali ku terkenang...

"Jika bulan itu umpama Rasulullah, aku ingin menjadi pendampingnya yang paling akrab. Jika bulan itu agama kita, aku mahu menjadi pendampingnya yang paling akrab."

 

 

 

 


 

 


coretan terdahulu

August 2003 / September 2003 / October 2003 / November 2003 / December 2003 / March 2005 / April 2005 / May 2005 / June 2005 / July 2005 / August 2005 / November 2005 /


***********************

**Banjaran Kehidupan**


**************************
 

-hiwaar-


***************************

Sebarang komen atau anda ingin berhubung dengan penulis, sila hantar email anda ke sini.

***************************

 

Disklaimer: Cerita ini ada kena-mengena dengan yang hidup, masih meneruskan hidupnya, dan yang hidup tak ingat mati.  Sebarang coretan yang dititipkan tiada bertujuan menyentuh sensitiviti sesiapa sahaja yang sensitif. Jikalau sebarang entri di sini terkena sesiapa, harap dimaafkan. Bukankah seorang mukmin itu saling nasihat-menasihati.
Wallahu'alam.


Paparan terbaik 1024 x 768

hak cipta tak terpelihara jabal_nurr
pergunakanlah isi kandungan sebaiknya

version xxx

 

This page is powered by Blogger. Isn't yours?
Powered by Ukhuwwah!


Weblog Commenting by HaloScan.com
 

*************************************************
Friday, October 31

Tazkeer...
Jumaat menjelma lagi. Menjengahkan kepala, memanggil-manggil kita untuk bertemu dengannya. Tambahan lagi, Jumaat ini datang bersama seorang lagi tetamu kita yg mulia, Ramadhan. Seperti biasa kalau hari Jumaat, mestilah ada solat Jumaat. Dan seperti biasa juga aku akan tunaikan solat Jumaat di uni. Dan seperti biasa juga, kalau ada solat Jumaat, akan adalah khutbah Jumaat. Tapi, khutbah kali ini adalah suatu kelainan. Khatib utk khutbah buat satu kelainan kepada presentationnya. Aku agak tertarik dengan kelainan yg dibawa ni. Suatu idea yg bagus dan tidak melanggar peraturan berkhutbah.

Apa yg lainnya? Khatib ni bawak alat bantu mengajar semasa khutbahnya. Khutbah kali ini berkisarkan tentang penghayatan kita pada bulan ramadhan. Pada awal khutbah, dikeluarkan oleh khatib sifat-sifat manusia yg hipokrit dengan Ramadhan. Katanya, bila bulan ramadhan, ramai yg pergi solat jemaah di masjid. Tapi bila abis je ramadhan, in fact, takyah tunggu abis Ramadhan pun, tengah-tengah Ramadhan pun orang dah semakin berkurangan.

Dikhutbahkan juga bahawa umat islam zaman ini semakin payah untuk meramaikan masjid. Banyak dalih alasan yg diberikan untuk menjustifykan kenapa tak pi masjid untuk jemaah (dituju kpd lelaki); "jauhlah", "ada kete tapi still jauh", "bizi", dan seribu jenis lagi alasan.

"Hendak seribu daya..."

Lepas tu, khatib mengkhutbahkan tentang penghayatan kita dlm Ramadhan. Masa ni la dia guna alat bantu mengajarnya tu. Khatib membawa satu botol dan beberapa biji cawan berisi air (diletakkan di atas meja di tepinya). Khatib ibaratkan botol tu bagaikan bekas untuk menampung pahala kita semasa Ramadhan. Kemudian, dimasukkan air ke dalam botol tu satu persatu, ibarat pahala yg kita buat semasa Ramadhan; pahala puasa, berzikir, tilawah quran, solat sunat dan sebagainya. Bila abis ramadhan, botol tu (i.e. pahala kita) dinaikkan ke atas. Tu pun masih tak pasti samada diterima atau tak (semoga pahala kita diterima, insyaAllah).

Abis sahaja bulan Ramadhan, kita kembali kepada berbuat mungkar (na'uzubillah); mengumpat, mencela dsb. Kejahatan yg kita buat tu, bagaikan kita mencurahkan keluar pahala kita yg dlm botol tadi. Bila sampai the next Ramadhan, kita kena bermula kembali dengan botol yg kosong kembali!! Alangkah ruginya kita!!

Semoga kita dapat memanfaatkan Ramadhan kita supaya ia tidak sia-sia sahaja. Kita buat biar penuh botol tu, lagi baik, kita buat biar melimpah botol tu. Camne?

Wallahu'alam
 
*************************************************
Tuesday, October 28

Di Sebalik Tabir Malam...
i/
Hari ni hujan sepanjang hari. Berenti. Hujan. Berenti. Hujan. Hujan. Berenti. Keadaan pun jadi sejuk. Rasa macam winter lak. Satu persoalan timbul di benak kepala aku, adakah hujan ini menangisi kezaliman terhadap saudara-saudara islam kita di palestin. Ataupun adakah hujan ni meratapi umat manusia yg lupa dan alpa dlm menanggung tanggungjawabnya sebagai khalifah di muka bumi. Adakah hujan ini hiba dengan uamt islam yg tak reti-reti nak pergunakan Ramadhan ni sepenuhnya. Baru 2 langkah Ramadhan berlalu, telah wujudkah manusia yg sudah mula mengabaikannya?


ii/
Baru sahaja selesai call abati. Ditanya tentang khabaran puasa di perantauan. Jawab, biasa saja. Nothing special, cuma di sini bersendirian je lah. Borak jugak dengan akak dan ibu. Semua sihat alhamdulillah. Tapi yg kelakarnya, adik aku berkembar tu tanak borak ngan aku, malu katanya. Hehe...ngan abang sendiri pun nak malu. Pelik-pelik la budak ni. Adik aku nak aku belikan beg dan jam untuk diorang, tp dia 'order' barang-barang tu kat aku melalui akak aku. Aku cakap balik yg order diorang aku tak terima, kalau nk kena order sendiri. Barang punya pasal, baru la nak cakap ngan si abang dia ni. Isshh..budak ni. Aku tanya satu ayat, dia jawab sepatah. Mahu tak mahu je cakap ngan aku. Hmm...ibu bagitahu kalau akak aku sorang yang sorang lagi call, diorang pun tanak cakap gak...malu (lagi!).

Adik aku akan pindah sekolah. Sebab kami akan pindah rumah. Aku suruh masukkan ke sekolah agama, tapi mungkin payah. Sebab tak ada basic bahasa arab. Bagi aku, bahasa arab tu bukannya masalah, boleh dipelajari. Yang pentingnya suasana di sekolah tu memainkan peranan penting dalam membentuk diri. Fitrah manusia, dibentuk oleh suasana. Payah nak cari manusia yang membentuk suasana. Hmmm....

Dulu, masa awal masuk sekolah diorang tidak dimasukkan ke dalam kelas arab. Adik aku tak nak. Aku pun tak tahu kenapa diorang tak nak. Mungkin di mata diorang, tak nampak kepentingan kenapa kena masuk kelas tu. Aku dulu selalu disuakan oleh abati buku-buku pembentuk fikrah. Abati selalu suruh aku baca buku-buku sebegini, tapi aku hanya sekadar baca kerana disuruh. Dan ada juga buku-buku yg aku tak terbaca. Kini aku nampak kenapa selama ni aku tak ter'motivate' untuk baca buku-buku yg abati berikan. Aku tak nampak kenapa aku perlu baca buku tu. Abati faham kenapa perlu baca; tetapi aku yg tidak faham secara jelas kenapa perlunya baca buku itu. Kini tabir itu telah disingkap sepenuhnya. Aku nampak kenapa perlunya aku baca buku tu. Aku nampak ke mana hala tuju aku. Semoga tabir itu terus dirafa' agar aku tetap di jalan ini.

- Perjuangan ini, Jalan kita -
 
countdown
Countdown to exam...9 hari lagi!!

Semoga aku dapat membuat preparation secukupnya untuk menghadapi exam yg mendatang. Tapi, aku sendiri pernah ckp, "kita takkan bersedia sehinggalah kita mengalami atau melaluinya sendiri". Hmmm....

Yang penting usaha yg aku lakukan bukannya. Seterusnya, letakkan tawakkal kepada Allah. Bak kat seorang sahabat, tahap tawakkal kena tinggi". :)

Wallahu'alam.
 
*************************************************
Monday, October 27

Tetamu
Tetamu itu datang lagi. Kedatangannya kali ini adalah berbeza daripada sebelumnya. Kerna kemunculannya kali ini di suatu tempat yg bagi aku sendiri adalah asing. Tapi ini tak bermakna aku tak akan melayannya. Bal, aku akan lebih menghargai dan memuliakannya.

"...maka muliakanlah tetamunya..."

Aku rasa tak perlu aku cakap tentang betapa mulianya tetamu ni. Rasanya banyak yg telah disampaikan tentang keberkatan dan kemuliaan tetamu segala tetamu ni. Yang pentingnya, kita nak kejar dan capai buah tangan yg dibawa bersama oleh si tetamu kepada tuan rumah. Dan sepatutnya senang sahaja bagi kita untuk mendapatkan buah tangan tu kerana sekarang ni pun musuh kita semakin berkurangan, hanya tinggal satu; al-hawa.

Situasi aku kali ini agak berbeza dengan sebelumnya dan tak pernah aku berada dalam keadaan sebegini dalam menyambut tetamu ini. Kini aku berada di perantauan, bertemankan isteri sahabat taulan rakan seperjuangan. Bersama-sama melayan tetamu pada kali ini. Dan buat kali kedua aku melayan tetamu ni dalam musim peperiksaan; semasa SPM 2 tahun lepas dan juga sekarang di menara KLCC gading. Bagi aku, sama sahaja sama ada exam semasa puasa atau pun tidak. Pabila kita duduk di meja bermuka dengan kertas, yang hanya ada dalam kepala, "alamak! ni camne pulak nak buat ni??!". Tapi, yg aku dapati dalam keadaan berpuasa ni aku dapat jawab exam dengan lebih tenang. Mungkin kerana nafsu yg dulunya memberontak, meronta-ronta, tapi dapat dijinakkan; melahirkan ketenangan. Mungkin juga kerana tetamu ini sendiri menghasilkan aura-aura yg menenangkan. Walau macam mana sekalipun, kedatangan tetamu ini amatlah sangat dielu-elukan.

Cabaran yang perlu aku hadapi untuk melayan tetamu ni meningkat dengan datangnya aku ke sini. Masa yg lebih panjang; suasana yg langsung tidak "kondusif" bak kata orang sini; pusat-pusat bujil yg mempunyai kaki; cabaran peperiksaan. Itu hanya sedikit dan tribulasi yg terbesar sekali yg aku perlu hadapi adalah al-hawa. Ini semuanya bukannya pelemah semangat, bal lebih memberi advantage kepada aku kerana aku lebih banyak peluang untuk menambah point-point aku kalau aku menang dalam pertarungan. InsyaAllah...

Ramadhan || BROTHERS

Bertemu kembali dengan Ramadan
Kurasakan bahagia menyelubungi
Ya Allah daku bersyukur
Kau pertemukan aku semula

Ramadan yang mulia
Di Ramadan Ya Allah
Rahmatnya ku rasa
Banyakkan beribadah
Ku tahu pengampunan Mu
Melangit tinggi

Ramadan rahmat dari Ilahi
Banyakkan beribadah dan berdoa

Hapuskan dosa tingkatkan pahala
Semoga beroleh nadirah
Semoga kita menjadi hamba yang setia
Ramadan menyedarkan aku

Kesusahan yang dialami insan lain
Ramadan ujian Ilahi
Mengajar erti kesabaran dan kesetiaan
Andainya ini Ramadan terakhir bagiku
Kuharap ianya kan membela ku di akhir nanti

----------
Mari layan tetamu. Klik di sini.
----------

Semoga dalam kesibukan arus dunia ni, kesibukan exam dan sebagainya tidak menjadi batu penghalang bagi aku untuk mengutip point-point yg boleh aku tukar gantikan di kemudian hari. Aku ingin ucapkan selamat menyambut hari raya selamat menyambut ramadhan. Pergunakanlah ia sepenuhnya, jangan sia-siakannya kerana mungkin inilah kali terakhir kita dapat melayan tetamu kehormat kita ni.

Wallahu'alam
 
*************************************************
Friday, October 24

Powered by...
Hehe...cuba tengok kat bawah sebelah kiri sekali. Apa yg pelik kat situ :P. Aku berjaya menukar logo blogger kepada logo aku sendiri -U- Powered by ukhuwwah. Maaf kalau buruk sikit logo tu. Aku buat guna Paint je. Tu yg nmpk cam 'cacat' sikit. Aku takde software untuk mengedit ataupun membuat apa2 design. Lepas format hari tu (kompiter aku buat hal), aku takde install apa-apa software lagi untuk bermain-main dengan image, gambar dsb. InsyaAllah lepas exam aku akan hasilkan artwork dengan banyaknya (yeke ni?? boleh cayer ke budak ni??). InsyaAllah...

Ayuh kita sama-sama letakkan logo ni di blog masing-masing. Ayuh!!
 
Share lagi...
Ni lagi satu entri yg 'mantap' :). Klik sini.
  Share
Just nak share satu entri yg menarik, dari kaca mata berbeza drp blog ni. Klik sini. Semoga bermanfaat.

  Bila nur melimpah di hati...
i/

"Bila nur melimpah di hati...manusia itu bangun....dari alam kegelapan..."

Hati manusia adalah suatu yg kompleks. Tapi di situlah segalanya berpusat; gerak-geri kita, perlakuan kita, tingkah-laku kita, hatta pemikiran kita sekalipun berasalkan dari seketul darah tu.

"...ketahuilah, itulah hati."

Nur yg dilimpahkan ke dalam hati bukannya dapat dicurahkan oleh sesiapa melainkan Dia yang Esa. Kita tak dapat memberikan hidayah kepada sesiapa, kerna kita hanyalah makhluk yg hina. Manakan mungkin seorang yg kotor dapat menjadikan orang di sekelilingnya bersih. Berkawan dengan tokey perfum, kita pun akan turut berbau wangi.

Aku sebenarnya amat terharu dengan satu peristiwa. Di mana seorang sahabat itu sanggup membuatkan sesuatu yg merupakan perkara yg amat diberat di mata (dan juga hati) orang selainnya. Beliau sanggup untuk meninggalkan sisa-sisa jahiliah yg mencengkam dirinya. Perubahan yg dilalui amat mengharukan bukan saja aku, tapi ramai juga sahabat-sahabat yg lain. Bila teringatkan kembali hijrah tersebut, hati aku timbul suatu perasaan. Perasaan ni tak dapat aku nk gambarkan dengan kata-kata. Bahkan tiada perkataan yg wujud untuk mendeskripsikan perasaan ni. Terharu. Gembira. Sedih. Bangga. Bagaimanakah mungkin kau mahu tafsirkan semua perasaan ni. Ia hanya dapat dirasai oleh mereka yg melihatnya, lebih-lebih lagi mereka yg mengadakan sendiri perubahan tersebut. Perubahan ini tak mungkin dapat dihasilkan kalau tidak kerana nur iman telah melimpah ke dalam hati. Mana mungkin mahu mengatur langkah jika jalan di hadapan diselimuti kegelapan. Lampu neon yg mencurah di jalan, jika malap, masih tak dapat membantu untuk digunakan sebagai panduan. Kalau dapat pun, hanya langkahan mikro kecil dapat di buat. Kita sendiri akan menjadi takut untuk melangkah jika kita tak tahu apa yg ada di hadapan.

"...manusia memusuhi apa yg ia jahil tentangnya..."

Kita meminta kepada pihak yg Berkuasa agar memetik suis lampu neon itu agar kita mungkin untuk melangkah maju ke hadapan. Untuk melangkah dengan lebih berani, kita perlukan teman di sisi yg ingin turut sama melangkah. Teman yg sefikrah. Teman yg ingin ke destinasi yg sama. Supaya kita utuh berada di atas jalan yg bersuluh. Kegembiraan sama dirai, kesedihan sama dikongsi, rintangan sama ditempuhi.

"Moga tabah hati...tak berbelah bagi..."

----------

Nur Di Hati || RABBANI

Bila nur melimpah di hati
Manusia itu bangun
Dari alam kegelapan
Ibarat mata yang berseri

Meratapi mentari pagi yang
Indah dan cerah menerangi
Kerana iman dan juga islam
Telah menjadi keyakinan

Bila quran dan sunnah didaulatkan
Ketika itu jiwa dikorbankan
Harta kemewahan dilaburkan
Demi untuk agama kebenaran

----------
Limpahkan nur ke dalam hati. Klik sini.
----------

"Rabbanaa laa tuzigh quluubana ba'da iz hadaitana, wahablana min ladunka rahmah. Innaka antal wahhaab."


ii/

Jumaat datang menjengah lagi. Moga terbit lagi kisah-kisah yg boleh dicoret diambil iktibar dan pengajaran :).

Wallahu'alam
 
*************************************************
Wednesday, October 22

Dunya...
i/
Dunya tamak. Dunya kedekut. Dunya hanya mimpi. Dunya perlukan duit. Perlukan sogokan.suapan. mengisi penuh mulutnya. Tapi kau, wahai dunya, tiada saluran untuk mendapatkannya melainkan mencekik.memeras manusia seperti aku. Aku tak perlukannya. Aku tak perlukan duit. Hanya kau yg memaksa aku. AKU yg hendak makan. KAU mahu AKU yg bayar. AKU yg hendak menunaikan hajat. KAU yg sibuk meminta-minta dari AKU. KAU lapar. KAU mahu AKU suapkan KAU. KAU memang lapar. Pergi jauh dari aku! Kau bersuka hati menumpang hati aku. Hati ini bukan milik kau. Hati ini bukan hotel kau. Aku cintakan yg lain. Kau bukan cintaku yg hakiki. Dulu kau boleh mengabui mataku, sekarang tidak lagi. Nyah kau dari sini! Persetankan...

ii/
Dunia ini bukan lagi dunia dahulu. Bahkan, dunia ini tak pernah menjadi dunia pada erti kata sebenarnya. Di mana di dalam dunia the good fight against the bad. the good always wins. Di mana perbuatan baik di sokong ramai. Tujuan murni di beri bantuan sepenuhnya. Mungkin itu hanya tinggalan cerita-cerita novel. Mungkin itu hanya khayalan komik-komik hero-hero super. Mungkin juga aku berpagi di plenet yg silap!!

"Kalau apa yg kita nk buat tu kerja baik, dengan niat yg baik, insyaAllah kita akan dibantuNya..."

Kalau kita nak buat benda baik, insyaAllah orang akan bantu kita kan? Dan kita juga akan diberikan pertolongan yg sedaya mungkin. Dan orang pun suka kalau kita nk buat benda baik kan? -KHOTO'! Aku rasa kita ni dah silap planet ni. Mungkin kita ni sebenarnya asal dari planet marikh, takpun pluto. Mungkin planet zargus kot!

Entah, aku pun dah tak sanggup lagi untuk meneruskan coretan ni. Aku pun jadi pening. Mungkin sebab udara planet ni lain kot. Kita nak buat benda baik, banyak pula yg mendengki. Ramai pula yg berhasad. Orang yg tak pernah wujud dari dalam hidup kita pun, secara tiba-tiba menjengahkan kepala. Nak halang kita, padahal dia sendiri tak tahu pokok pangkalnya. Terperosok di bawah tempurungnya. Mana mungkin seseorang yg tertutup matanya tahu ke arah mana kakinya melangkah. Tapi masih sibuk mengganggu hidup orang lain. Baik butakan terus matanya!

Aduhai dunya...

Dunia || RAIHAN

Inilah peringatan
Buat diriku yang sering lupa

Dunia tak seindah di mata
Dunia bukan yang disangka
Dunia negara beda
Penuh dengan tipu daya

Inilah peringatan
Buat diriku yang sering lupa

Dunia penuh alpa
Dunia penuh gundah gulana
Dunia memang fana

Dunia penuh alpa
Dunia penuh gundah gulana
Dunia pura - pura

Dunia
Yang kecil mahu yang besar
Yang besar makan si kecil

Yang miskin nak jadi kaya
Yang kaya miskin jiwa
Yang muda hilang malunya
Yang tua lupa usia

Yang lemah malas usaha
Yang kuat tindas sahaja
Dunia tak seindah di mata
Dunia bukan di sangka

-----
Lagu dunya. Klik sini.
 
*************************************************
Tuesday, October 21

Hari ini dalam sejarah...
i/
Hehe...sebenarnya blog ni takde kaitan pun dengan tajuk kat atas tu. Saje je gimik skit. Aku kekurangan idea untuk the next blog (blog ni pun sama!). Semakin dekat dengan exam ni, aku menjadi semakin kurang produktif. Aku pun tak tahu kenapa aku jadi macam ni. Sudah lupakah aku tentang matlamat sebenar aku. Sudah lupakah aku kenapa aku datang sini, bagaimana Allah telah memilih aku untuk datang sini; memilih aku untuk melalui jalan ni. Hmm...

Sejak awal semester lg aku ada suatu perasaan yg kurang menyenangkan. Entahlah, aku pun tak tahu apa perasaan tu. Secara tiba-tiba muncul dalam hati aku. Sampai nk final exam ni pun perasaan ni sekali-sekala datang menjengah hati aku. "Ittaquu firasatal mukmin". Hati yg bersih, punya pandangan yg benar. Tapi hati aku kotor dengan debu-debu dosa yg aku kutip selama pemusafiran aku ni. Ya Allah bantulah hambamu ini...

ii/
*deleted entry*
 

"...maka beruntunglah kedua belah tanganmu."
 
*************************************************
Monday, October 20

Semenjak ini...
i/
Sejak dua menjak ni aku banyak mengelamun berfikir (not that I never think), entah aku pun tak tahu apa yg aku fikirkan. Masalah dunia dan juga maslahah. Apa yg aku fikirkan, telah banyak aku coretkan walaupun ada yg masih tertanam di benak fikiran. Yang tertanam tu, usah digali. Kerana yg hanya akan keluar adalah tanah-tanah, tak mungkin harta karun. Exam aku pun dah semakin dekat. Less than 2 weeks. InsyaAllah, semoga aku dan juga sahabat yg lain dapat harungi dengan cemerlang. Ganbatte!!

-merindui ramadhan-
 
*************************************************
Friday, October 17


Hari ini hari jumaat. Esok hari Sabtu. Lusa hari Ahad. Pada hari Jumaat ada solat Jumaat. So, aku sebagai seorang lelaki baligh kena la pergi solat jumaat. Dan seperti biasa aku akan solat di surau uni. Semasa tengah bersiap untuk solat, nk ambil wudhu', masuklah seorang brother ke dalam surau. Lepas tu datang berkedek2 sorang budak kecil dalam umur 3-4 tahun. Rupa-rupanya anak brother tu. Budak tu memang cute abislah. Yang membuatkan dia bebetul kiut tu bukan apa, bayangkanlah, ayah (atau mungkin mak dia) pakaikan hijab untuk dia. Pakaian budak tu memang tutup aurat abis lah; cukup syarat. Dia masuk (budak tu la...), bukak kasut kecik dia tu dan masukkan kasut dia dlm kasut ayah dia. Hehe...takut kasut kena pijak kot. Pandai betul. Kalau tu anak sedara aku, dah lama aku cubit2 pipi tu :P. Tapi aku takde anak sedara Y_Y.

Daripada panorama indah tu, membuatkan aku terfikir. Betapa beruntungnya budak tu kerana dari kecil lagi dah diasuh dengan pengajaran islam yg sebenar. Dari kecik lagi dah dilatih untuk mempraktikkan islam. "...masuklah ke dalam islam seluruhnya, janganlah kami turut langkah-langkah syaitan." TAPI (huruf besar ni!), untuk si anak tu mendapat didikan camtu, kedua-duanya ibu bapanya perlulah mempunyai suatu fikrah yg sama. HA! Kat sini la timbul betapa pentingnya kita memilih the other half kita. Tak, aku bukan berfikir jauh sangat. Ini adalah realiti. Soalnya bukan siapa yg kita cari, tapi bagaimana yg kita cari. Bak kata seorang sahabat aku; "kalau nak cari pasangan, jangan cari orangnya, carilah hatinya".

Bagi kaum aku, kalau nk memilih tu guna la saluran yg betul. Jangan kita terperangkap dengan filem jiwang jerat yg telah dipasang oleh kafir laknatullah. Movie2 cinta yg hanya mengabui mata sebenar kita tentang hakikat cinta sebenar. Tapi yg pentingnya, kalau kita nk yg baik, terlebih dahulu kita sendiri kena jadi yg terbaik. Dok gitu? Teringat pulak aku kat satu lagu ni...

Untukmu Mujahidah Sejati || NAHWAN NUR

Mujahidah sejati
Intan mutiara permata mahkota
Seindah pelangi di cakerawala
Menghiasi taman indah nan permai

Mujahidah sejati
Engkaulah serikandi pembela agama
Peribadi solehah hiasan diri
Subur dengan iman dan ketakwaan

Mujahidah sejati
Akhirat utama
Kerana dunia bukan pilihannya

Mujahidah sejati
Hatinya berbeza
Kerana diasuh iman dan taqwa

Mujahidah sejati
Berbekalkan Al-Quran dan As-Sunnah
Bersulam pengorbanan bisa menggegarkan
Isi dunia

Mujahidah sejati
Terus subur mekar mewangi
Seindah suria menerangi bumi
Harapan ummah yang abadi

Mujahidah sejati
Menyoroti langkah Khadijah, Aisyah, Fatimah
Menjadi muqarrabin bermujahadah
Menuju cinta dan kasih Allah

Paras rupa bukannya ukuran
Nilainya sama di sisi Tuhan
Hanya ibadah yang membezakan
Wanita solehah di sisi Tuhan

Berhati-hatilah hasutan dunia
Kerana ia merbahaya
Jangan dibiarkan ia bertakhta
Dalam diri dengan dosa-dosa
-----
Nak dengar ke lagu ni? Klik sini.

Hehe...sure kau ingat aku nak letak lagu Permaisuri Hatiku ataupun Nur Kasih.

Bagi yg bukan dari kaum aku, syarat-syaratnya pun sama je apply. Guna cara yg betul. Mantapkan Iman. Sahihkan Ibadah...dan sebagainya.

Kalau kita nak buat benda elok, dengan tujuan yg betul, niat yg baik, insyaAllah Allah akan tolong kita. Rezeki? Allah dah tetapkan. Benda payah? Abis, cuba bagitau aku apa benda dalam dunia ni yg mudah. Tanggungjawab? Ya, ia adalah suatu tanggungjawab. Still, kalau tak buat pun masih ada tanggungjawab lain yg ada selain dari ni. So, sama je... Tak ada calon? Allah telah tentukan masa kita di alam roh lagi. Tak ready? Ya, kau memang tak akan ready selagi kau tak menghadapi dan mengalaminya. Aku? InsyaAllah :).

Hehe, kau pun pelik kenapa tetiba aku cakap pasal benda ni yg dianggap sebagai suatu taboo bagi kita yg masih budak kecik lagi. Anyways, this is just a piece of my mind bila terlihat peristiwa tu. Hmmm...banyak la pulak aku berfikir :).

Wallahu'alam.
 
*************************************************
Thursday, October 16


Guess what? alJabal had finally came back. I asked him where did he go, he said he was away because of some undisclosed reasons. Guess that he wanted to be by himself for a while, to prop himself back up together. Maybe because he thought that he needed a break from all the breaks he took. Well, good for him. Hope that he will be ready to start again al the things he abandoned before. Surely, he must have a lot to say.

Welcome back

-----

i/
Finally, I think I've pulled myself back together. My arms, foot, legs were everywhere. My mind especially had wondered off to a far away place; to a place I don't know whether it should have been there or should have gotten there in the first place. I hope it got something (good?) back from that place. I hope.....

Since I've been away, I've observed and learnt some very useful lessons. From which I think would (insyaAllah) change me for the better.


ii/
Something you have won't be as much appreciated as the things you don't have; or better yet, the things you've lost. The things you own, as a matter of fact, it's not yours. You only borrowed it for an amount of time until when the REAL owner decided to take it back from, and maybe lend it to somenone else. Tukar la pulak. Apa yg aku cakapkan ni adalah kerana teringatkan satu kejadian yg pernah melibatkan aku dan juga beberapa orang sahabat aku yang lain.

Kisah dia macam ni, basikal aku pernah suatu ketika dicurik orang. Dah la pada keesokan hari tu ader exam, ditambah lagi dengan dua tiga hari sebelum xam tu (dalam the last week sblm exam), buku teks aku pulak hilang. Memang bebetul bukan rezeki aku. Beskal aku tu kena curi under my own apartment!! Yang tak patutnya, apartment tu dah la ada guard, tp still kena curi gak. Rantai beskal aku kena potong, tak tahu la pencuri tu potong macam mana (gigit kot!). So, aku pun agak down la kerana dua kejadian yg berturutan. Pada esok harinya, entah macam mana, timbul satu urge suruh aku pergi tgk beskal aku kat bawah (padahal aku tahu benda tu hilang). Tergezut aku. Apsal? Yela, tengok2, muncul balik beskal aku tu. Alhamdulillah. Aku pun tak tahu camner la sessuatu barang yg hilang tu boleh secara tiba2 muncul balik. Baik betul la pencuri tu. Eh, patut ke aku panggil pencuri. Panggil peminjam tanpa izin kot lagi sesuai. Tiada kekuatan melainkan Allah. Up balik aku (yela, dah tadi down). Tanpa melengahkan masa lagi, aku terus capai beskal tu dan terus beli lock yg power punyer.

Banyak pengajaran yg dpt aku amik drp kisah tu. SATU: Sabar. Apa2 je yg menimpa kita, sabar. Tapi sabar pun ada peringkatnya. Itu nanti lain kali kita bincang. DUA: Setiap sesuatu yg berlaku, ada hikmahnya. Cuma sama ada kita nampak atau tak je. Apa yg akan berlaku tak mungkin lebih baik daripada apa yg telah berlaku. Allah dah tetapkan setiap sesuatu kejadian tu, sebagai yg terbaik untuk kita. Ingat, ini aqidah kita. TIGA: Syukur dengan apa yg ada. Nanti hilang baru la kita tahu betapa berharganya sesuatu tu. Banyak lagi pengajaran yg boleh diambil, tapi aku tak dapat nak tulis semua. Nanti panjang sangat lak coretan aku ni.


iii/
Soalan: Apakah yg boleh kita gunakan sebagai untuk menentukan pembelajaran (baca:tarbiyah) yg kita lalui tidak sia2. Apakah yg boleh kita gunakan sebagai kayu ukuran dalam mendapatkan sejauh mana markah daripada apa yg kita lalui selama ni.
Jawapan(?): Bagi aku, aku nmpk satu cara (mungkin ada byk lagi) yg dapat kita jadikan sebagai tolok skru mikrometer dalam mendapatkan ukuran tu. Paradigm shift. Atau dalam bahasa omputehnya, "anjakan paradigma". Kalau selama ni kita diberikan tarbiyah yang (insyaAllah) terbaik, kita perlu jadikan ia betul-betul sebagai tarbiyah; bukan hanya pada nama.

Dalam mengukur hasil tarbiyah tu, kita sekurang-kurangnya dapat melakukan penghijrahan atau perubahan kepada sesuatu yg lebih baik. Contohnya; kita berhenti daripada mendengar lagu-lagu lagha kepada yg lebih bermakna i.e. yg mendatangkan manfaat (cth: dengar al-quran atau nasyid). Nilai penghijrahan tu sama ada besar atau kecil, hanya dapat dinilai oleh diri sendiri. Suatu penghijrahan tu mungkin nampak kecil bagi orang lain, tapi sebaliknya bagi kita; kerana penghijrahan yg kita buat tu adalah mungkin dengan meninggalkan sesuatau yg kita betul2 minat tetapi diluar Islam. Contoh paling senang (tapi suatu yg agak sukar); seorang perempuan yg mengambil keputusan untuk menutup auratnya walaupun perkara itu agak sukar, atau, mengambil keputusan untuk memakai tudung yg berjahit. Itu adalah suatu penghijrahan yg amat bermakna, tidak kira betapa besar nilainya, kerana dengan tu kita tahu tarbiyah kita selama ni membuahkan hasil. Dan insyaAllah kita akan terus mengadakan penghijrahan lain, sedikit demi sedikit demi mencapai mukmin yg sempurna. Wallahu'alam.

-ayuh berhijrah!-
 
*************************************************
Tuesday, October 14

?
 
*************************************************
Monday, October 13


Guess what? I'm out of ideas. I don't know why or what have gotten into me, but it seems that my mood for blogging is wandering of somewhere. I hope it'll get back soon. Until then...
 
*************************************************
Saturday, October 11

Tangislah wahai diri yg berdosa...
Aku ingin menangis. Aku ingin menangisi dosaku yg bertimbun bagaikan bukit seumpama nama aku. Aku ingin menangisi dosaku yg dilakukan di waktu aku sedar serta di waktu aku terlena. Aku ingin menangis mengenangkan kesalahan yg aku lakukan yg mengguris ramai jiwa keluarga dan sahabatku...kerna ku tahu air mata yg dititiskan kerana dosa dapat memadamkan api neraka yg panas membakar diri yg berdosa. Tapi, aku takut. Aku takut. Air mataku enggan mengalir untuk ku. Keraskah hati aku sehinggakan mataku turut membeku. Betapa banyakkah dosaku yg menyumbat aliran air mataku. Aku takut. Aku takut...

-astaghfirullahal aziim-
 
*************************************************
Friday, October 10

layout baru
Alhamdulillah, finally I manage to make this new layout. It was quite a struggle, it's not because of the designing of the layout itself. The layout wasn't that hard to make, but the whole ordeal of understanding how the blogger can be assimilated into the layout makes it quite a pain. I was actually quite confused by it. I tried to understand the code but all I see was just lines of words. Maybe I need a new glasses. After some messing around (not to mention the amount of time I 'burnt' on the bloggo code), in the end I've got it working. Syukur...

The lessons I got from this whole thing was that you must have patience. Patience is everything. Or so they said, "Patience is Virtue". Even Islam taught us to be patient especially when facing difficulties. This is the first time I made a webpage from scratch since quite some time. Before this I just maintained some other sites which have already been set up. All I have to do was just to add in some stuff and make sure that the site is up to date. Well, this is quite an experience. Bak kata my sahabat, "Hidup adalah pengalaman." In the end, I'm pleased with myself with the layout I've made (with Allah's help for sure). It's quite late now. I think I'll sign off for now. Wslm
 
*************************************************
Thursday, October 9

Zaman ini...
Dunia zaman sekarang telah banyak berubah. Teknologi berkembang pesat, bangunan semakin tinggi, pergerakan semakin laju...Kita sebenarnya semakin hampir dengan hari yang dijanjikan. Aku timbulkan isu ini bukan apa. Sebenarnya aku nk kaitkan ngan satu kejadian yg berlaku dalam famili aku.

Semalam aku telefon famili aku di malaysia, so aku berbual dengan ibu tercinta. Beliau menceritakan kat aku tentang adik aku. Adik aku tu, 2-3 hari lepas masa dia sampai kat sekolah dalam pukul 8 pagi camtu (dia pergi dengan bas sekolah). Sesampainya dia di sekolah, terus dia call ibu aku kat rumah. Dia suruh datang amik. Dia cakap dia pening, rasa macam "nak pecah kepala". Ibu aku pelik la kenapa jadi camtu. So, hantar le ke hospital. Doktor pun examine dan satu conclusion di buat yg adik aku tu takde apa sebenarnya. Alhamdulillah... Cuma tertekan je. Ye la, apa taknya. Ibu aku cakap dia study kuat sangat; "kena 'migraine'" kat mak aku. Adik aku tu siap muntah2 lagi tu. Hehe...tergelak aku bila dengar. Baru tingkatan 2, dah study sampai muntah-muntah. Hebat betul adik aku ni :).

Aku tergelak bukannya apa, bukan aku tak concern kat adik aku tu. Sebagai abang kena la ambil berat. Tapi yang membuatkan aku tergelak tu yang betapa zaman sekarang ni betul2 menekan umat manusia untuk bergerak ke depan dengan pantas. "Jalan...jalan. Cepat!! Apa terhegeh-hegeh ni!!", kata Dunia Zaman Ini. Satu je cara nak atasi ni; kembali kepada fitrah sebenar. Kita fikirkan kembali, kenapa kita nak cepat sangat. Kalau kerana kemajuan (baca: material), maka apa gunanya kita struggle untuk mendapatkan sesuatu yang pada hakikatnya bukan milik kita; hakikatnya benda itu hanya sementara. So, kita kena tengok balik kenapa di sini. Rujuk balik apa yang kita tertinggal. InsyaAllah kita akan jumpa kembali apa yang (sepatutnya) kita cari selama ni. Wallahu'alam.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------

seca: Aku turut gembira untuk ko. Semoga the next phase berjalan dengan lancar. Jangan tunggu aku :)
alJabal: Wei, apa yg ko fikirkan lagi!!
 
*************************************************
Monday, October 6

bermulanya suatu perjalanan
i/ Kehidupan di uni hari ni berjalan seperti biasa. Tiada bezanya daripada hari-hari sebelumnya. Aku rasa apa yang aku dapat hari ni hanyalah lectures dan labs, rasa macam tak cukup. Sedikit cuma semua tu, perlu lagi aku tambahkan agar lebih produktif.

Dan seperti biasa sekembalinya dari uni aku akan kembali mengadap PC aku ni, dan seperti biasalah aku akan online...dan seperti biasalah jugak aku akan melawat blogging-blogging sahabat aku. Nampak gayanya setiap orang sibuk dengan kehidupan masing2, sibuk dengan ilmu sihir masing2. Semoga Allah membantu sahabat2 ku (dan aku sendiri) dalam perjuangan mereka. Amin...

ii/
Baru aku sedar, rupa-rupanya pelajar2 tingkatan 3 di malaysia sekarang ni tengah PMR. Apa la aku ni, tak amik tahu langsung pasal Malaysia :). Hehe...bukan begitu. Adik aku skang ni tengah tingkatan 2, so mana la aku amik kisah sangat (hmmm, betul ke aku buat ni?). Anyways, aku ucapkan kepada yang tgh amik peksa dengan ucapan "Selamat Hari Raya...", eh, melalut lak aku ni. Aku ucapkan semoga berjaya. Cara paling berkesan nk berjaya adalah dengan merapatkan diri kepada Yang Mencipta.
----------------------------------------------

seca: Minta maaf aku takleh tolong ko buat setakat ni. Mungkin aku pikir terlalu banyak. Aku doakan kan semoga kau tetap tabahkan hati kau. InsyaAllah boleh (boleh apa ni??:))

hukamak: Moga tabah hati tak berbelah bagi. Ingat kata2 ni yang pernah diluahkan oleh seorang yg aku sangat kasihi dan hormati, "kalau takut, jangan ikut jalan ni". Aku tahu ko tak takut, i'm beside you all the way...

al_hakimm: ko bila lagi?? ;)

zzzzz: Aku doakan kejayaan ko dunia dan akhirat.

kamal_san: Semoga berjaya menyiapkan thesis ko. Ko pun sama, aku doakan kejayaan ko dunia akhirat. Amin...
 
*************************************************
Sunday, October 5

syukur
i/ Maha Suci Allah dan segala puji bagiNya sebanyak makhluk ciptaanNya, dan keredhaanNya, seberat timbangan 'ArasyNya dan sebanyak dakwat (yang diguna untuk menulis) KalimatNya (x3). Tiada lah nilai kesyukuran yang dapat diberikan kepadaNya, Tuhan aku dan Tuhan engkau. Terlalu banyak nikmat yang patut aku syukuri. Walaupun projek Haskell aku tak siap sepenuhnya, tapi sekurang-kurangnya aku diberikan kekuatan untuk menbuat sedaya yang mampu. Yang selebihnya insyaAllah aku boleh mintak tolong nanti dengan sahabat sesubjek. Kalau ikutkan, dengan hanya dapat habiskan (well..almost) projek ni pun aku memang bebetul rasa bersyukur apatah lagi dengan nikmat2 lain yang aku dapat; tangan, mata, kaki, telinga dan nikmat paling besar sekali aku dapat...nikmat ISLAM (Alhamdulillah...)

Setelah dapat buat sikit projek programming ni, aku dapat rasa macamana perasaan senior aku yang amik software engineering; yang tak abis2 dengan projek dia. Selepas satu, datang dua, pastu lagi..dan lagi...dan lagi. Setiap kali aku jumpe dia, mesti dia citer pasal projek2 dan assignment dia tu. Aku just tadahkan telinga dan berikan apa2 nasihat yang patut. Aku risau gak tengok keadaan dia, tu baru final year belum start kerja lagi; dah sibuk tak ingat masa. Aku bukan risau pasal dia, tapi aku risaukan aku sendiri. Takut nanti terhanyut lak aku dengan kejer2 selain daripada kerja sebenar aku. Ya Allah bantulah hambaMu yang lemah dan hina ini. Amin...

ii/
Pejam celik, pejam celik, celik pejam. Dah tinggal hanya sebulan sebelum final exam. Betapa lajunya masa berlalu (lagi laju drp F1). Aku rasa macam baru je semalam aku menjejakkan kaki ke bumi wallabies ni. Tengok2 dah nak abis dah setahun aku berada di sini, not to mention banyak benda yang telah berlaku dan yang telah aku alami. Setiap detik masa yang berlalu, selama tak sampai setahun aku berada di sini telah banyak ajar aku tentang jalan sebenar yang sepatutnya aku lalui sejak dulu. Dulu aku memang berada di jalan ni, tapi aku tak sedar yang aku perlu melangkah ke depan untuk bergerak, bukannya main pusing2 atau lebih teruk tu kadang-kadang aku berundur! (astaghfirullahal aziim). Tapi syukur aku masih diizinkanNya untuk mengorak langkah bersama-sama sahabat aku yang dikasihi.

Pengalaman yang aku tempuhi kat sini aku rasa aku takkan dapat alami kalau aku stay di uni aku tu dulu (mungkin jadi lebih teruk!). Bayangkanlah, kat sini kena drive sepanjang lebih 1000km untuk ke negeri lain. Suatu pengalaman yang takkan dilupai (lepas ni pusing satu malaysia mesti no halnya...;)). Tak lupa juga suatu insiden yang kali pertama aku terlibat; insiden yang sampai sekarang membuatkan aku sedikit fobia. Aku taknak ingat pasal insiden tu, so tanak la citer...hehe. It's a secret between me and the others who've already knew about it. So...ssshhhhh.

iii/
Esok bermulalah lembaran baru bagi second half of the second semester. Semoga hari esok lebih bermakna dan lebih mantap daripada hari ini dan semalam. Azam dan pintu gol aku tetap sama, biar aku ni rajin sikit. Nak ubah biar lebih mudah nak start buat sesuatu kerja (baca: baca buku). Aku ingin sign off awal malam ni. Nak stadur awal supaya boleh study awal, insyaAllah. Wallahu'alam.

------bermula untuk mendaki kembali------
 
*************************************************
Saturday, October 4

Gathering
Hari ni ada gathering bersama penasihat pelajar aku dan juga penubuhan kelab pelajar satu scholar di tempat aku belajar ni. Perjalanan program adalah baik dan boleh dikatakan agak lancar. Tapi biasalah manusia, banyak kelemahan dan banyak juga yang perlu dan boleh diperbaiki. Cuma yang aku nampak secara jelas pada gath tadi adalah sikap professional dalam mengendalikan perjalanan majlis. Bukan aku nk cerewet, tp yang paling jelas sekali aku nampak adalah tulisan yang tertera di slide; "WelCOmE to **** StUDEnt GAtherinG". Cuba spot apa yang aku sebut sebagai professional kat tulisan tu. Walaupun majlis ni dikatakan sebagai semi-formal(?), tp dgn kehadiran student advisor tu aku rasa majlis tu boleh dikatakan memang FORMAL. So, dalam majlis seperti itu, tulisan tu pun (pada pendapat aku lah..kalau salah sila betulkan) sepatutnya tak boleh campur besar kecik camtu kan. Dok gitu? Walaupun benda tu perkara kecik, tp perkara kecik camni la yang akan orang tgk. Semasa election juga banyak yang boleh di'profesional'kan. InsyaAllah next time akan lebih dapat di'improve'.

Aku tak layak cakap tentang benda ni sebenarnya, siapalah aku. Tapi aku just ingin memberikan pendapat dan fikiran aku. So kalau ada yang terasa, aku minta maaf. Jangan nk marahkan aku sangat sampai tinggal terus apa2 point yang mungkin boleh diteliti dan diambil pengajaran. Wallahu'alam.

(p/s: Terima kasih kepada yang menempah lunch. Lunch yang besh!! Tahniah!)
 
mencuti
Aku kembali setelah sekian lama menghilang diri. Cuti aku pun tinggal sehari sahaja lagi sebelum memulakan kelas aku untuk sesi kedua untuk semester ni. Semoga Allah membantu aku mengharungi hari-hari seterusnya dengan cekal dan tabah serta istiqamah dalam menjalankan kerjaNya.

ii.
Banyak yang aku telah pelajari dalam 2 mingggu percutian aku ni; tentang kehidupan secara amnya dan tentang diri aku sendiri secara khususnya. Banyak aku pelajari sepanjang cuti ni daripada sahabat-sahabat aku. Aku ingin pinjam kata-kata daripada salah seorang sahabat aku (nama tak pentingkan?), katanya hidup ni terdiri daripada "sets of small decisions". Dan decisions ni lah yang membentuk apa yang kita alami dan yg kita lalui. Segala apa yang kita lalui dan alami itulah kita panggil sebagai kehidupan. Aku terfikirkan kata-kata dia tu mempunyai maksud yang mendalam. Setiap kali kita nk buat sesuatu, kita kena putuskan dulu nk buat atau tak. So itu dah jadi satu proses decision making. Aku pun malas sebenarnya nak elaborate, nnti panjang sangat. InsyaAllah kau akan dapat mentafsirkan diri kata2 dia tu.

iii.
Sejak dua menjak ni, di kalangan sahabat aku banyak membincangkan pasal benda ni. Macam2 diperbincangkan dan di'konsultasi'kan. Entah, ramai jugak yg dah bincang detail, tp hanya sekadar bincang. Takde tindakan lanjut yang dibuat. Dalam duk bincang2 ni aku pun macam tersangkut sama. Membuatkan aku terfikir,merenung sejenak; patutkah aku? Semalam pun ada sahabat aku yang meng'approach' aku. Berdiskusi dengan aku, tapi aku tak dapat beritahu dia apa yang dia nk tahu. Sebab aku sendiri pun tak tahu apa yang patut dan tak pasti patut ke tak aku beritahu dia apa yang dia nak dengar (ayat yang pening :P). Entahlah, tunggulah sedikit masa sahaja lagi. Ataupun mungkin tunggulah ada yang memulakannya dulu.

Progressing...