Dapatkan lirik nasyid. Klik di sini. alJabal banner :: Pendakian Menuju Impian Nun di sana... a
l
J
a
b
a
l
Dapatkan disini...
Ku coretkan sebuah kisah kehidupan...


-Nasyidblog-

Sesekali ku terkenang...

"Jika bulan itu umpama Rasulullah, aku ingin menjadi pendampingnya yang paling akrab. Jika bulan itu agama kita, aku mahu menjadi pendampingnya yang paling akrab."

 

 

 

 


 

 


coretan terdahulu

August 2003 / September 2003 / October 2003 / November 2003 / December 2003 / March 2005 / April 2005 / May 2005 / June 2005 / July 2005 / August 2005 / November 2005 /


***********************

**Banjaran Kehidupan**


**************************
 

-hiwaar-


***************************

Sebarang komen atau anda ingin berhubung dengan penulis, sila hantar email anda ke sini.

***************************

 

Disklaimer: Cerita ini ada kena-mengena dengan yang hidup, masih meneruskan hidupnya, dan yang hidup tak ingat mati.  Sebarang coretan yang dititipkan tiada bertujuan menyentuh sensitiviti sesiapa sahaja yang sensitif. Jikalau sebarang entri di sini terkena sesiapa, harap dimaafkan. Bukankah seorang mukmin itu saling nasihat-menasihati.
Wallahu'alam.


Paparan terbaik 1024 x 768

hak cipta tak terpelihara jabal_nurr
pergunakanlah isi kandungan sebaiknya

version xxx

 

This page is powered by Blogger. Isn't yours?
Powered by Ukhuwwah!


Weblog Commenting by HaloScan.com
 

*************************************************
Tuesday, April 19


Last weekend pergi Miri. Best betul. Lama tak tengok bandar besar.
 
*************************************************
Saturday, April 16

Sajak: "Janji Kita"
Janji Kami
(bersempena 12 Rabiu’lawal 1426 Hijrah)

Rasulullah,
Kami telusuri tinta panjang sirahmu,
12 Rabiu’lawal yang barakah,
Liku juang penuh duga mehnah,
Buat mengutip semangat segar,
Menggalas syiar menggapai redha.

Ya Allah,
Kami mengadu fakirnya diri,
Kami rindu Muhammad Abdullah,
Tegarnya cinta terhadap kami,
Dijengah ajal setia dengan ‘ummati’,
Sedang kami culas berjuang.

Rasulullah,
Kami kerdil di sisi peribadimu,
Agung kasihmu terhadap kami,
Kepalang sakit tidak terperi,
Dijalari maut masih bertanya,
Ganjaran kami di hari kemudian.

Ya Allah,
Titipkan rindu kami padanya,
Janji kami terhadap junjungan,
Kekal tabah mengusung juang,
Quran dan sunnah sebagai bekal,
Walau kami dinista disisih.



Nukilan,
-H.I.-
 
*************************************************
Friday, April 15

Kebangkitan Pemuda Islam
Dalam satu hadith, Nabi (s.a.w.) kita pernah menyebutkan bahawa islam akan kembali dagang sebagaimana ia dahulunya dagang. Bermakna, akan wujudnya satu golongan minoriti di kalangan manusia yg akan cuba utk perjuangkan islam dan berusaha utk meletakkan islam kembali ke takhtanya...iaitu sebagai Ustaziatul 'Alam.

Dalam tulisan al-Qaradhawi (bukan al-Qardhawi yer...:) ) bertajuk "Kebangkitan Pemuda Islam" (2003), mengatakan bahawa fenomena pemuda-pemuda islam bangkit dan kembali kepada ajaran islam yg sebenar adalah suatu fenomena yg 'real'. Bukannya seperti air bergas yg digoncang dan mengeluar gas sekejap sahaja. Malah ia sedang mengumpul momentum utk melompat dgn lebih jauh.

Namun begitu, kebangkitan ini perlulah dibimbing oleh golongan-golongan qudama' iaitu syeikh-syeikh yg telah lama berkecimpung dlm dakwah. Semangat orang muda dan kebijaksanaan orang tua. Satu kombinasi yg cukup hebat sekiranya berjaya disatukan. Kebangkitan yg berjaya mestilah mematuhi qanun-qanun atau faktor-faktor yg perlu dituruti atau dilengkapi. Dalam pada menuju kebangkitan ini -atau dengan perkataan yg lebih enak didengar- nahdhah, Syeikh al-Qaradhawi menggariskan beberapa faktor yg diingkari oleh golongan muda dalam usaha mereka. Di sini akan dihuraikan secara ringkas:

1) Kedangkalan dalam memahami islam dan syariatnya.
- Majoriti pemuda yg bergabung dalam kelompok ini mempelajari islam secara pemahaman sendiri. Mereka berguru kepada buku-buku tanpa pembimbing yg dapat mengarahkannya, menafsirkan masalah-masalah dan istilah-istilah kunci yg samar-samar, mengembalikan masalah-masalah cabang kepada akarnya, dan mengikat bahagian-bahagian induknya.
Padahal dalam mempelajari islam tidak dapat dilpenuliskan dgn jalan pintas, sebab tidak akan terlepas dari hal-hal yg rumit dan berisiko. Hal-hal ini tidak dapat diselesaikan kecuali melalui berbagai latihan dan ketekunan. Menjadi fitnah bg seorang pemuda yg merasakan buku-buku yg dibacanya sudah cukup baginya utk memahami islam, lebih lanjut lg memahami cara dakwah islam itu sendiri.

2) Tidak mengpenulisi kebenaran pendapat orang lain
- Kelemahan lain yg ada pada mereka(pemuda) adalah keterppenulisan(statik) pada satu sudut pandang masalah dan tidak mengpenulisi kebenaran pendapat orang lain dalam masalah ijtihadi yg bersifat zhanni (mempunyai lebih drp satu penafsiran). Sehingga dari masalah-masalah tertentu akan muncul pelbagai pemahaman, ijtihad dan penafsiran. Namun begitu, aliran-aliran ini hidup saling berdampingan, bertoleransi dan bekerjasama. Hal ini tercipta kerana adanya pengertian dari para pengikutnya bahawa setiap mujtahid mempunyai sudut pandangan yg tersendiri. Setiap mujtahid memperoleh dua pahala jika ijtihadnya benar dan satu pahala jika salah. Bila terjadi perbezaan pendapat di antara mereka terhadap sesuatu masalah, maka hal itu diungkapkan dalam bentuk dialog membangun, tidak sampai keluar dari etika ilmiah dlm bentk mencela dan melukai perasaan ahli dialog.

3) Sibuk mempersoalkan masalah-masalah sampingan dan mengabaikan yg pokok.
- Para pemuda aktivis terlampau menyibukkan diri pada masalah-masalah yg tidak jelas prinsipnya dan tidak memberikan perhatian yg memadai dalam masalah-masalah besar yg berhubungan keadaan dan masa depan umat. Mereka mempersoalkan kembali masalah-masalah usang yg telah lama diperdebatkan. Misalnya: memelihara janggut, memanjangkan pakaian hingga menutup mata kaki; berbanding masalah umat yg jauh lebih besar -isu palestin, isu umat islam yg semakin jauh dr islam etc.

4) Berdialog (berdebat) dengan pendekatan yg kasar
- Kelemahan lain pada kelompok pemuda ini adalah cara mereka berdialog dgn orang lain atau kelompok lain yg berbeza pendapat, iaitu dgn cara yg kasar dan keras. Mereka menghadapi orang lain secara emosional dan tegang dan menolak cara dialog yg lebih baik terhadap orang yg menentang pendapatnya. Mereka tidak membezakan kawan bicara dari kalangan muda atau orang tua, tidak melihat apakah yg diajak berkomunikasi itu orang yg mempunyai kedudukan khusus seperti ayah-bonda atau orang lain, tidak membezakan antara orang yg banyak makan asam garam dunia dakwah dan jihad dgn mereka yg belum berpengalaman, dan tidak melihat tingkat pemahaman keislaman orang yg berdialog dgn mereka.
Cara keras dan kasar ini merupakan suatu pendirian dari sikap tidak mahu mengpenulisi pendapat orang lain, mempersempitkan dan su'uz-zhan (bersangka buruk). Padahal tujuan asal yg harus diingat adalah menciptakan keadaan keislaman yg damai dan baik. Kelemahan ini juga merupakan akibat dari keadaan psikologi, sosial, politik dan budaya menuntut respon berupa kebangkitan islam.

5) Cenderung memberatkan diri dan mempersukarkan persoalan.
- Ciri lainnya adalah cenderung memperberatkan persoalan dan mempersulitkan persoalan, bersifat kukuh dalam pendirian dan sikap keagamaan, berwawasan agama yg sempit, tidak menyukai keringanan (rukhsah), menolak fatwa-fatwa ulama' fiqh yg memberikan keleluasan mempraktikkan hukum, bahkan dalam batasan-batasan tertentu bersikap ekstrim dalam pemikiran dan perilpenulisnya. Mereka lupa bahawa dasar penerapan hukum islam adalah prinsip memudahkan dan menyenangkan.

Wallahu'alam.

Sumber: "Kebangkitan Pemuda Islam: Suatu kemajuan yg harus dibimbing bukan ditentang" -Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi.
**utk download, right click dan save as di sini (p/s: download ni hanya utk sbhgn buku sahaja, insyaAllah akan diupdatekan)
 
*************************************************
Sunday, April 10

Ciri-ciri Generasi Mujahid
Qiam di tengah malam
Generasi yang bangun dan tahajjud di tengah malam. Madrasah Al-Lail telah mengeluarkan graduan-graduan yang mempertahankan agama Islam dan umat Muslimin serta menghapuskan penyembahan sesama manusia kepada menyembah Allah yang Esa.

Kejelasan Fikrah Islam.
Kefahaman yang mendalam serta kesyumulannya berlandaskan Al-Quran dan Sunnah.

Darjat keikhlasan tajarrud yang tinggi.
Memperjuangkan Islam kerana Allah semata bukan untuk mengejar Material atau manfaat duniawi.

Bersegera dalam kebaikan.
Setiap yang kita laksanakan akan mendapat balasan dari Allah swt dan segalanya untuk diri kita sendiri sebagai bekalan untuk kita berjumpa dengan Allah nanti. Setiap kebaikan yang kita salurkan di jalan Allah akan di beri ganjaran sebanyak orang yang mengikut amal tersebut, begitu juga sebaliknya.

Merendah diri sesama mu’min.
Firman Allah:
“Dan orang-orang yang bersama dengan dia (Muhammad) adalah keras terhadap orang kafir tetapi berkasih sayang sesama mereka (mukmin).”

Merasai penderitaan yang ditanggung oleh saudaranya.
Mengangkat wajahnya dengan rasa IZZAH apabila berhadapan dengan musuh tanpa mengenal takut dan gentar. Sumber Izzah adalah hasil hubungan yang berterusan dengan Allah swt.

Tidak panjang angan-angan
Setiap detik hidupnya sentiasa mengingati saat-saat kematian. Hidup di dunia tidak lebih hanya sebagai pengembara (orang asing) yang sentiasa beringat-ingat untuk pulang ke negeri asalnya (akhirat).
Ibnu Umar berkata bagi pihak dirinya : Apabila kamu berada di waktu petang jangan kamu menunggu waktu subuh. Begitu juga apabila kamu berada di waktu pagi, jangan menanti-nanti waktu petang. Pergunakan masa sihat kamu sebelum masa sakit dan masa hidup sebelum mati.
Umar Al-Khattab berkata: Di setiap hari orang memperkatakan kematian si ‘Fulan’ dan si ‘Fulan’. Nescaya suatu hari nanti mereka akan menyebut : Umar telah meninggal.”

Kaya Jiwa dan Perasaan.
Bukanlah kekayaan sebenar mereka-mereka yang telah berjaya mengumpul harta yang banyak sebaliknya kekayaan sebenar adalah kaya hati dan perasaan. Mampu mengawal perasaan dalam apa keadaan sekalipun, serta tidak mudah melatah.

Menjalinkan persaudaraan kerana Allah.
Mengasihi seseorang kerana sifat-sifat yang ada padanya adalah yang dikasihi oleh Allah bukanlah ukhuwwah kerana mengejar manfaat duniawi. Ukhuwwah yang dapat merealisasikan daripada serendah-rendah martabat ukhuwwahiaitu berlapang dada sehinggalah ke martabat ‘ithar’.
Suatu kisah Ikrimah dan dua orang sahabatnya semasa peperangan Yarmuk, masing-masing dahagakan seteguk air. Apabila tiba giliran untuk meminum air tersebut belum sempat minum mereka serahkan kepada saudaranya kerana sayangnya kepada saudaranya sehinggalah mereka syahid tanpa meneguk minuman tersebut.
Begitulah tingginya martabat ukhuwwah para sahabat, begitu juga dengan diri kita yang mengikut jejak langkah Rasulullah dan para sahabat untuk mencernakan ukhuwwah yang sebenar.

Kesabaran.
Seorang hamba Allah yang bersabar dalam apa jua keadaan adalah suatu kemenangan dan kebahagiaan baginya.
Sabda Rasulullah saw : “Amat menakjubkan sekali urusan hidup seorang mukmin, setiap urusannya adalah baik belaka. Dan ini hanya ada pada orang yang beriman iaitu sekiranya dikurniakan kenikmatan dia bersyukur adalah mendatangkan kebaikan kepada dirinya. Sekiranya di timpa kesusahan dia sabar juga adalah suautu kebaikan untuk dirinya.”
 
*************************************************
Saturday, April 9

Mahabbatullah
"Kecintaan pada Allah itu terwujud pada seorang hamba meninggalkan hawa nafsu, ia berhubungan dgn zikir pada Tuhannya, ia memandang Allah dgn hatinya. Apabila ia berbicara, maka ia berbicara dgn Allah. Apabila ia berbincang, ia berbincang tentang Allah. Apabila ia bergerak, maka ia bergerak kerana perintah Alla. Apabila ia diam, maka ia diam bersama Allah. Jadi, dia DENGAN ALLAH, UNTUK ALLAH dan BERSAMA ALLAH." -al-Junaid al-Baghdadi
 
*************************************************
Thursday, April 7

Mencela Diri
Islam itu syumul. Segala sudut penjuru hidup manusia telah Islam sediakan sebaik-baik cara utk melakukannya e.g. adab-adab, kaedah dan sebagainya. Seperti tajuk di atas, dlm mencela diri pun ada adab-adab yg telah Islam gariskan. Mencela diri, camne tu? Contohnya camni...

"...aku ni bukannya baik sgt..."
"...apalah sgt kelebihan aku ni, satu habuk pun tak reti. Habuk pun lg terer dr aku..."


...dan sebagainya.

Pada asalnya di dalam islam, seorang muslim itu tidak dibenarkan mencela diri sendiri. Di sini penulis ingin membawakan tiga sebab kenapa seseorang itu mencela diri:

1) Mengelakkan diri drp tanggungjawab yg diberikan.
- sebenarnya, orang memberikan tanggungjawab kpd kita kerana mereka tahu kemampuan kita. Malah mungkin lebih tahu drp kita sendiri. Manakan kita nampak batang hidung sendiri.

2) Memuji diri secara halus.
- insyaAllah yg ni boleh faham sendiri ;)

3) Ditipu syaitan
- syaitan menipu kita utk tolak tanggungjawab yg diberikan kpd kita mungkin boleh menyebabkan; satu, kita tak dapat pahala bila kita pikul tanggungjawab tu...dan dua, kalau tanggungjawab tu diberikan kpd orang lain ia tidak dapat dilaksanakan sebaik mana kita yg laksanakan tugas tu.

Kalau macam tu, memang tak boleh langsung cela diri la ye?
Pada asalnya begitulah. Tapi, hanya ada satu kondisi yg membolehkan kita mencela diri -iaitu ketika bersendirian dihadapan Rabbul 'Alamin menangisi dosa-dosa yg telah dilakukan.

****

Sikap mencela diri ni semahunya kita jauhi. Kerana ia akan membawa implikasi yg pelbagai. Di sini penulis ingin membawa satu contoh. Katakan kita diminta utk memberi tugasan yg perlu dilakukan, tetapi kita menolak, dan cuba berdalih sana-sini, dan mungkin kita (secara sedar atau tak) kita mencela diri; mengatakan kita tak layak dan sebagainya. Padahal orang yg memberi tugasan tu telah consider option2 lain (i.e. orang lain utk ambil tugas tadi -rujuk (1)).

Di sini akan berlaku pembaziran masa dan implikasi yg lebih besar lagi adalah ia akan menjejaskan tugasan tersebut. Kenapa? Kerana masa hanya akan dihabiskan utk memujuk kita melaksanakan tugas tersebut berbanding kita bebincang tentang BAGAIMANA sepatutnya kita menjalankannya. Persoalannya adalah "Bagaimana cara terbaik aku lakukan tugas ni?" dan bukannya "Kenapa aku?".

Wallahu'alam.